Kacang botor matang apabila lenggainya berwarna hijau, berukuran 15-30 cm panjang dan 3 cm lebar. Biasanya buahnya dimakan apabila ianya masih muda, lenggai yang terlalu matang dan keras tidak sesuai lagi untuk dimakan. I ajuga dikenali dengan nama Kacang Kelisa,.
ARTIKEL MENARIK:Makan Dua Ulas Bawang Putih Mentah Seminggu, Jadi ‘Penawar’ Kepada Kanser Paru-Paru
Kacang botor tumbuh menjalar, memanjat dan melilit maka penanaman secara komersial perlu menggunakan trellis bagi menggalakkan penghasilan yang tinggi.
Kacang botor sesuai ditanam disemua jenis tanah asalkan sistem pengairannya baik. Ditanam menggunakan biji benih namun biji benih haruslah direndam semalaman sebelum disemai kerana bijinya susah bercambah.
Walaupun pokok kacang botor sangat mudah untuk ditanam, ramai alami
masalah pokoknya tak berbuah langsung. Hanya mabuk daun. Rupanya,
selain membaja ada perkara lain yang perlu anda lakukan kalau nak hasil
tuaian yang banyak. Jom baca perkongsian puan Hashimah Mohamad Shariff untuk mengatasi masalah tersebut.
bunga kacang botor x putus brbunga
Alhamdulillah hasil kutipan hari ini …berbagi rezeki dengan jiran..ramai yang tanya kenapa kacang botor tak berbuah dan mabuk daun …petua dia senang je …buang daun dan tunas2 dipangkal pokok…letak baja organik ..hasilnya dengan izin Allah ..
Batang pokok kacang botor…dibuang pucuk dan tunas dipangkal pokok.
Loading...
Pokok yang tak putus berbuah.
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia & Hashimah Mohamad Shariff
Post a Comment