Nampaknya kemelut kisah pergaduhan antara Ustaz Ebit Lew (UEL), Caprice dan Nadir masih belum selesai. Semalam (24 Julai 2021), Firdaus Wong ada memuat naik satu ciapan di Twitter yang memuji kemualiaan Nadir, tetapi reaksi pengguna di Twitter nampaknya tidak menyebelahi Firdaus Wong.
Puji Sikap Mulia Nadir
ARTIKEL MENARIK:Nafi terima sumbangan RM20 juta setiap tahun, Nadir Al-Nuri jawab soalan Ebit Lew
Dalam ciapan Firdaus Wong, dia seolah-olah menceritakan kembali perbualan bersama Nadir dengan memuji sikap mulia Nadir apabila menolak sumbangan yang ingin diberikan dan fokus utamanya adalah kepada program kemanusian Cinta Gaza Malaysia sahaja.
Allah pilih dia wakil kita di Gaza. Moga Allah rahmati & pelihara kamu, saudaraku Nadir
Selesai program, saya minta Nadir bagi no akaun peribadi untuk kami berikan sedikit saguhati. Dia jawab;
“Eh takpe bro. Is ok. Nak sumbang, bagi kat Cinta Gaza Msia je.”
Dalam hati saya; “Allah pilih dia wakil kita di Gaza.”
Moga Allah rahmati & pelihara kamu, saudaraku Nadir.
— Firdaus Wong (@FirdausWong) July 24, 2021
Netizen Persoalkan Ciapan Firdaus Wong
Pelbagai reaksi dari pengguna witter mengenai status yang ditulis Firdaus Wong. Rata-rata netizen mempersoalkan kembali status yang ditulis oleh Firdaus Wong.
Untuk apa up status ini? Nak Kasi tahu, so nadir tu bagus ke? Kalau dia bagus, tiada la kecoh macam ini…
via Twitter Badsutan
Orang Ke Empat Yang Ingin Melihat Kehancuran
Ada juga yang menyatakan dalam isu pergaduhan antara mereka bertiga, pasti akan ada orang ke empat yang cuba melihat kehancuran akhlak umat Islam.
…pada pendapat saya laa diantara mereka bertiga pasti ada yang keempat sedang merancang sesuatu untuk melihat kehancuran akhlak ummat islam. Yang keempat itu pasti seronok melihat mereka bertiga berkelahi dan mencetuskan fitnah diantara mereka.
via Twitter Imani Ismail
Netizen Bagi Nasihat Untuk Firdaus Wong
Jika dilihat, kebanyakkan netizen menasihati Firdaus Wong supaya tidak menjadi bara api yang cuba mengeruhkan lagi pergaduhan ini. Firdaus Wong sepatutnya menjernihkan lagi keadaan bukanlah menjadi orang yang cuba menghangatkan lagi isu ini.
Sepatutnya settle kan problem sama-sama, bukan tambah lagi bara api. Jadilah orang tengah untuk berdamai.
via Twitter Azurahabdaziz
Betul juga apa yang dikatakan netizen, pergaduhan ini akan menjadi lebih damai jika tiada pihak yang cuba menghangatkan lagi isu ini. Sebaiknya pihak lain cuba mendamaikan mereka bertiga supaya kemelut ini dapat diselesaikan dengan cara baik.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment