Baru-baru ini, jurusolek artis terkenal Datuk Alha Alfa ada memuat naik video memberikan bantuan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) dan peniaga kecil di tepi jalan.
Bagaimanapun, video tersebut dikatakan mengundang rasa kurang senang netizen. Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Alha berkata tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.
ARTIKEL MENARIK:Alhamdullilah, Akhirnya Jep Sepahtu Dedah Nama Dan Wajah Bayl. Hensem Dia, Nama Pun Ringkas
“Saya ada nampak beberapa artis yang muat naik status mengatakan jangan jadikan orang dalam kesusahan sebagai content di laman sosial.
“Ada juga netizen yang komen larang saya kongsi content sebegitu. Tapi niat saya kongsi bukan nak viral atau mengaibkan orang susah. Ia sekadar perkongsian biasa yang saya buat hari-hari,” katanya.
Sebelum ini, ada segelintir netizen meminta Alha untuk tidak merakam tindakannya memberi bantuan kepada mereka memerlukan di media sosial kerana bimbang membuka aib individu tersebut.
Meskipun dikecam, namun ia tidak mematahkan semangat Alha untuk terus menghulurkan bantuan. Katanya, jika tidak kongsikan video pasti ada mulut jahat mengatakan dia tidak pernah hulurkan bantuan.
“Saya pelik juga, bila Ustaz Ebit Lew kongsi dia tolong orang, ada program TV seperti Bersamamu bantu golongan susah itu boleh pula orang terima. Tapi bila saya kongsi, kena kecam pula.
“Saya kongsi itu pun untuk menarik ramai lagi orang nak bantu golongan susah. Kalau saya buat senyap-senyap, kata saya tak pernah hulur bantuan pula,” katanya.
Post a Comment