Anak Langsung Tak Reti Kemas Rumah Semua Masih Harapkan Mak. Satu Hari Mak Terpaksa Masuk Hospital Dan Ada Sakit Ni. Sebak Lepas Je Mak Pergi Habis Terbongkar Perangai Sebenar Ayah Selama Ni.

Anak Langsung Tak Reti Kemas Rumah Semua Masih Harapkan Mak. Satu Hari Mak Terpaksa Masuk Hospital Dan Ada Sakit Ni. Sebak Lepas Je Mak Pergi Habis Terbongkar Perangai Sebenar Ayah Selama Ni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca. AKu merupakan anak sulung daripada 3 adik beradik. Aku seorang sahaja perempuan dan yang lain semua lelaki. Umur aku 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan penting tahun ini.

Anak Langsung Tak Reti Kemas Rumah Semua Masih Harapkan Mak. Satu Hari Mak Terpaksa Masuk Hospital Dan Ada Sakit Ni. Sebak Lepas Je Mak Pergi Habis Terbongkar Perangai Sebenar Ayah Selama Ni.



Di sini aku ingin menceritakan tentang kesedihanku sejak tahun lepas. Ceritanya Ramadhan tahun lalu,ibuku telah pergi buat selamanya akibat sakit payudara.

ARTIKEL MENARIK:Mak Mentua Selalu Perli Aku Bila Tgk Aku Bermewah Takut Habiskan Duit Anak Dia. Tapi dia tak tahu anaknya sudahpun…


Semasa hidupnya, ibuku seorang wanita yang hebat. Setiap subuh selepas solat, ibu akan siapkan sarapan untuk kami semua dan menguruskan kami sebelum ke sekolah. Selepas itu, barulah ibu pergi kerja. Ibu berkerja di syarikat swasta dan memegang jawatan penting dalam syarikat tersebut. Ekonomi keluarga kami sangat baik disebabkan pendapatan ibu yang agak tinggi, sedangkan ayah bekerja biasa-biasa sahaja. Pernah juga ayah menganggur.

Ibu sangat memanjakan kami. Tidak pernah ibu melukakan kami. Marah yang teruk-teruk pun tak pernah. Sebab tu kami semua rapat dengan ibu. Ibu buat semua kerja di rumah, aku cuma tolong sikit-sikit saja. Aku tak banyak masa di rumah.

Lepas sekolah, aku akan pergi ke pusat tusyen. Aku tak pandai buat kerja rumah. Goreng telur, masak nasi, bahkan cuci kasut sekolah pun aku tak pandai buat. Semua ibu yang buatkan untuk kami. Saat-saat terakhir ibu bersama kami seperti mimpi. Sangat mengejutkan. Aku tidak pernah terfikir ibu akan pergi tinggalkan kami begitu cepat. Aku menyangka ibu cuma sakit biasa.

Sebelum ibu pergi, memang ibu sakit. Ibu dimasukkan ke wad. Bila ada saudara-mara yang datang melawat, ibu cakap ibu ditahan sebab sakit gstrik yang melampau. Sakit ulu hati. Memang itulah jawapan ibu setiap kali ditanya. Selepas beberapa hari ditahan di wad, ibu boleh pulang. Kami pun lega akhirnya ibu boleh pulang, sebab kehidupan kami serabut tanpa ibu. Syarikat ibu kerja memberi cuti sehingga ibu betul-betul sembuh.

Suatu hari, ibu pitm dan terjatuh. Kami adik-beradik panik dan terus memanggil ayah. Ayah datang dan terus mengangkat ibu untuk pergi ke hospital. Tapi ibu bersuara, “Abang tak perlu hantar saya ke hospital. Waktu saya sudah tiba.”

Saya dah tak nampak apa-apa lagi. Masa tu ayah menangis dan tidak peduli cakap ibu. Ayah tetap hantar ibu ke hospital dan dibawa ke bahagian kecmasan. Tidak lama kemudian, doktor cakap ibu tidak dapat diselamatkan lagi. Ibu hanya mampu bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Masa tu aku tidak tahu apa yang aku rasa. Seluruh badanku terasa lemah, lututku rasa seolah-olah tiada tulang. Aku lihat ayah menangis.

“Ayah tanya doktor, kenapa dengan isteri saya doktor? Kenapa tiba-tiba macam ni?” Doktor menjawab, “Encik tak tahu ke sakit isteri encik?, Isteri encik hidap sakit pyudara tahap akhir.” Bagaimana mungkin ayah tak tahu penykit ibu? Ya Allah, masa tu aku sangat berharap semua tu cuma mimpi buruk dan ingin cepat-cepat bangun bangun dari tidur. Tapi malangnya, semua kenyataan.

Rupanya sudah bertahun ibu menyimpan rahsia tentang penykit ibu. Barulah aku terfikir, mengapa ibu selalu mengadu sakit bila adik bongsu bermanja di dada ibu. Baru aku terfikir mengapa ibu selalu beli tisu banyak-banyak dan meminta aku hantarkan tisu itu di pintu bilik air setiap kali ibu mandi.

Barulah aku faham mengapa ibu tidak mahu membuka pakaian dalamnya masa ditahan di wad sebelum ini. Mengapa ibu sembunyikan semua ini? Sekarang ibu sudah tiada dan aku masih tertanya-tanya mengapa ibu biarkan diri ibu tersiksa seorang diri.

Semasa menguruskan ibu, aku berada di samping ibu dari awal sampai akhir. Aku ikut memandikan dan membaluti ibu dengan baju baru dan baju terakhir ibu. Waktu itu, tiada lagi air mata yang mampu menitis. Sudah kering. Yang aku harapkan, agar ibu pergi dengan tenang.

Aku mencium ibu buat kali terakhir, aku merasakan luka kesedihan yang paling dalam waktu itu. Sebaknya tidak mampu untuk kutahan lagi. Ibu telah pergi tinggalkan kami buat selamanya. Aku melihat ibu diturunkan ke tanah persemadian. Di situlah aku menangis semahu-mahunya. Ibuku yang kusayang, yang selama ini selalu menemani kami sebelum tidur, kini akan tidur sendiri di dalam tanah. Ya Allah.. sayangilah ibu kami ya Allah, sebagaimana dia menyayangi kami selama hidupnya.



Loading...


Setelah selesai urusan prsemadian ibu, kami pulang ke rumah. Aku menangis lagi. Rumah ini tiada ertinya tanpa ibu. Hatiku meronta-ronta mencari ibu. Tiada lagi sosok tubuh ibu yang kami peluk setiap hari. Adik bongsuku seperti tidak mengerti apa-apa.

Tiap kali dia melihat aku menangis, dia akan cakap, “Kakak jangan la nangis. Ibu pergi kejap je. Ibu tidur je tu.” Dan aku semakin sebak mendengarnya.Ibu, macam mana kami nak lalui hari-hari seterusnya tanpa ibu?

Selepas pemergian ibu, aku belajar berdikari. Aku belajar buat semua kerja rumah, mak cik aku ajar. Ayah aku? Ayah aku jarang pulang ke rumah selepas ibu pergi. Maka kami adik-beradik menyambut aidilfitri yang paling menyedihkan dalam hidup kami. Tanpa ibu.

Lebih kurang sebulan lebih selepas pemergian ibu, aku mendengar berita yang mengejutkan. Ayah ada wanita baru dalam hidupnya. Bahkan wanita itu sudah pun update status di laman sosial dan ‘tag’ ayah. Dia update gambar mereka berdua dengan caption,

“Finally after all this years, we’ve been through a lot of bla bla bla bla blaa…” Aku sedih. Aku marah. Apa semua ni? Maksudnya selama ni ayah ada perempuan lain selain ibu ke? Ya, memang ayah sudah lama ada hubungan dengan wanita tu. Sampai hati ayah.. sampai hati ayah buat macam tu pada ibu. Apakah makna air mata ayah di hari pemrgian ibu? Adakah ayah sedih sebab tak nak kehilangan ibu? Atau sedih sebab mengenangkan d0sa ayah terhadap ibu? Atau lakonan semata-mata? Hanya Allah yang tahu.

Aku bnci ayah. Aku ingat ibu. Ya Allah.. kenapa ibu pendam semuanya sendiri? Kenapa ibu? Aku semakin sebak dan kasihan mengenangkan nasib ibuku semasa hidupnya. Sudahlah menanggung skit, ditambah lagi dengan keselingkuhn ayah.

Beberapa bulan selepas itu, ayah pun berkahwin dengan wanita itu. Majlis disambut dengan meriah. Ayah tak ingat dengan ibu ke? Tanah ibu masih merah! Semudah itu ke ayah lupakan ibu? Ibu, wanita yang mendampingi hidup ayah selama 20 tahun.Aku ingat kembali, memang ibu seorang saja yang over excited setiap kali ada tarikh2 istimewa (anniversary dan birthday). Ayah tidak excited. Kami fikir memang ayah seorang yang tidak romantik, tapi rupanya.. sampai hati ayah.

Sekarang, ayah jarang balik rumah. Adik bongsu aku dijaga oleh mak cik aku. Aku dan seorang adik lagi hidup berdikari. Tinggal di rumah peninggaln ibu. Sekali-sekala mak cik akan datang melawat dan bermalam di rumah.

Ayah sibuk dengan isteri barunya. Mungkin akan menimang anak baru, entah la. Aku malas ambil tahu. Ayah juga tidak pernah membawa isteri barunya datang ke rumah. Kalau ayah balik, dia cuma balik sendiri. Mujurlah ibu ada banyak wang simpanan semasa hidupnya. Wang itulah yang mak cik aku belanjakan untuk kami. Harapkan duit ayah, dia kan sibuk bagi nafkah pada isteri barunya.

Ibu juga ada buat akaun simpanan atas nama kami dulu. Simpanan itulah yang akan kami gunakan untuk sambung belajar di masa hadapan. Terima kasih ibu. Ibu wanita terhebat. Tahun ini merupakan kali kedua kami beraya tanpa ibu. Aku terima takdir ini. Aku cuma berharap, aku dapat jadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat. Ibu, semoga kita dipertemukan di syurga kelak.

Kami rindu ibu. Rindu yang tiada penghujungnya. Al-fatihah untuk ibu. Buat ayah, berbahagialah ayah dengan isteri baru ayah. Semoga kami mampu teruskan hidup walaupun kehilangan kasih sayang ayah. Terima kasih semua yang sudi membaca. Doakan aku lulus cemerlang SPM tahun ini.

Kredit : Dunia Kini via apampink





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post