Ahli Perniagaan Maut, Ditemui Tergantung Dalam Bilik Di Rumahnya

Ahli Perniagaan Maut, Ditemui Tergantung Dalam Bilik Di Rumahnya

Seorang ahli perniagaan ditemukan mati tergantung pada kipas siling di bilik tidur kediamannya di Taman Putra kerana didakwa mengalami tekanan selepas perniagannya terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Ahli Perniagaan Maut, Ditemui Tergantung Dalam Bilik Di Rumahnya



Isteri kepada mangsa yang berumur 58 tahun itu dilaporkan telah menemui suaminya tergantung pada kira-kira pukul 1.45 petang sebaik tiba di rumah selepas keluar untuk membeli barang keperluan harian.

ARTIKEL MENARIK:Runner temui aj4l di jalan raya selepas banyak kali b4iki, tukar motor! Isteri terg4mam lihat foto suaminya terbaring k4ku sehari selepas habis p4ntang


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya telah mendapat laporan berkenaan kejadian itu melalui orang awam kira-kira pukul 2.04 petang.

“Ketika kejadian isterinya tiada di rumah kerana keluar membeli barang keperluan dan hanya menyedari kejadian sebaik tiba di rumah.

“Mangsa yang mempunyai tiga cahaya mata mendiami rumah teres dua tingkat itu bersama isteri dan anak bongsu berusia 26 tahun, bagaimanapun anak bongsunya yang berada di dalam bilik lain tidak menyedari kejadian itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini memetik laporan Kosmo.

Menurutnya, ahli keluarga mangsa memaklumkan bahawa mangsa mengalami kemurungan dan pernah beberapa kali menjalani rawatan psikiatri di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC).



Loading...


“Siasatan awal juga mendapati mangsa dipercayai mengalami masalah kemurungan selepas syarikat perniagaannya mengalami masalah kewangan yang teruk sejak PKP dilaksanakan menyebabkan operasi perniagaan terpaksa ditutup.

“Pemeriksaan di tempat kejadian dan pada tubuh badan mangsa tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” memetik laporan Kosmo.

p/s: Sekiranya anda mengalami kemurungan, menghadapi tekanan hidup atau ada kecenderungan untuk membunuh diri, hubungi talian 24 jam Befrienders: 03-76272929 untuk mendapatkan bantuan dan sokongan.

Sumber: Kosmo via Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post