Aduhai! Apa nak jadi, meja letak barang ‘food bank’ pun kena kebas

Aduhai! Apa nak jadi, meja letak barang ‘food bank’ pun kena kebas

SELAIN daripada kempen bendera putih banyak pihak khususnya surau, masjid dan badan bukan kerajaan mengambil inisiatif melaksanakan tanggungjawab sosial ‘food bank’ menyediakan bekalan makanan buat golongan terjejas.

Aduhai! Apa nak jadi, meja letak barang ‘food bank’ pun kena kebas



Namun begitu, disebalik bantuan yang disediakan terdapat sesetengah individu cuba mengambil kesempatan.

ARTIKEL MENARIK:Tular Perkongsian Bomba Yang Terpaksa Gunakan Jengkavt Gara Gara Nak Angkut Sesuatu Ini. Sekali Melihat Saiznya Buat Ramai Terkedu.


Sebelum ini heboh di media sosial golongan tanpa segan silu mengambil semua barangan yang disusun di rak food bank sehingga mengundang kecaman ramai.

Tapi, kali lebih mengejutkan meja yang digunakan untuk meletakkan barang sumbangan turut lesap dilarikan mereka tidak bertanggungjawab.

Menerusi satu gambar yang tular di laman sosial Facebook, kelihatan beberapa barangan bantuan seperti tepung dan bihun berada di atas lantai selepas meja digunakan hilang dipercayai dikebas.



Loading...



Elaun RM100 beli barang asas, selama 3 bulan. Semak kelayakan segera


Pada masa sama, kelihatan penganjur food bank meninggalkan satu nota berbunyi ‘Tolong kembalikan meja saya’.

Menjengah ke laman media sosial, orang ramai mengecam tindakan individu yang bertindak sedemikian.

“Aduhai… pulanglah semula meja orang tu…”

“Orang suruh ambil barang sahaja yang awak rembat sampai meja pun hilang apa ke hal? Meja pun satu keperluan ke sekarang?”

“Macam ini pun ada ya? Dah disediakan barang keperluan tapi meja diambilnya.”

“Mungkin orang sudah serik untuk memberikan bantuan food bank ini kerana ramai yang ambil kesempatan bukannya betul-betul terdesak.”

Bagaimanapun, SinarPlus tidak mempunyai maklumat lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.

Ada-ada sahaja ya!


Kredit -Sinar Plus.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post