Jika bercakap mengenai Datin Seri Haflin Saiful, pasti ramai yang tidak tahu terdapat beberapa fakta menarik di sebalik figura ini. Ketepikan segala kontroversi yang melanda, murai.my bawakan 5 trivia mengenai superwoman ini!
ARTIKEL MENARIK:Sampai Doakan Kapal Terbang Terhempas? Ibu Mertua Tiri Nora Danish Teruk Dikecam Netizen
1. Isteri Kepada Datuk Seri Nazri Aziz
Benar, Haflin Saiful kini bergelar isteri kepada menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dimana berdasarkan pelbagai sumber mereka telah berkahwin pada Ramadhan 2014 yang lalu.
2. Mempunyai Jenama Pakaian Sendiri
Diam-diam ubi berisi, siapa sangka Haflin turut mempunyai jenaman pakaiannya sendiri iaitu Haflins.
Tidak hairanlah beliau sering kali terbang ke kota fesyen luar negara bagi mencari pelbagai inspirasi jenama pakaiannya.
3. Fashionista!
Sebelum bergelar isteri kepada VVIP lagi, Haflin sudah mempunyai minat yang mendalam terhadap fesyen. Lihat saja pada penampilannya, so hot, so gorgeous!
4. Sahabat Karib Datin Ezurin Yaakob
BFF Relationship goals mungkin boleh diumpamakan pada persahabatan Haflin dan Datin Ezurin Yaakob.
Kedua-duanya mempunyai minat dalam dunia fesyen dan turut dilihat menghadiri pertunjukan fesyen Stella Mccartney bersama-sama.
5. Mempunyai Tali Pinggang Hitam Taekwando
Di sebalik perwatakannya yang kelihatan begitu feminin, Haflin terlebih dahulu mencuri perhatian dan memberi inspirasi apabila beliau mempunyai kemahiran mempertahankan diri, Taekwando serta memperoleh tali pinggang hitam dalam seni ini.
6. Pengacara Salam Bollywood
Tidak kenal siapakah Haflin? Apa kata anda throwback kembali rancangan Salam Bollywood. Benar, itulah Haflin sebelum bergelar isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata.
7. Villa Danialla Milik Keluarga Haflin
Jika bercakap mengenai Villa Danialla di Tok Bali, Kelantan pasti ramai yang begitu teruja untuk kesini. Untuk pengetahuan anda, villa yang tular ini adalah milik keluarga Haflin dan selain itu beliau turut menguruskan bisnes dan syarikat IT Megatron Sdn Bhd, Kedai Makan dan Restoran Red Warror Station di Kota Bahru Kelantan.
Kredit -Hangat.com
Post a Comment