5 Fakta Mengenai Siti Bainun, Tertuduh Dalam Kes #JusticeForBella

5 Fakta Mengenai Siti Bainun, Tertuduh Dalam Kes #JusticeForBella

Siapa sangka, wajah remaja yang penuh keceriaan kini berubah menjadi sebaliknya. Keliru,tidak mengerti apa yang berlaku, trauma segalanya jelas terpancar pada raut wajah adik Bella,

5 Fakta Mengenai Siti Bainun, Tertuduh Dalam Kes #JusticeForBella



remaja istimewa sindrom down setelah dia didapati didera di sebuah pusat penjagaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara.

ARTIKEL MENARIK:3 tahun cerai masih ingat butiran peribadi, wanita terkejut jumpa bekas suami di PPV

5 Fakta Mengenai Siti Bainun

Hikmah di sebalik disahkan positif COVID-19, ada insan yang berjaya membongkarkan segala-galanya termasuklah mengenai sikap sebenar Bainun, pengasas rumah kebajikan tersebut yang dikenali sebagai Rumah Bonda. Sejak tular kempen #JusticeForBella di media sosial sebagai tanda solidariti terhadap remaja istimewa ini, pelbagai kisah dan fakta disebalik identiti empunya nama sebenar Siti Bainun Ahd Razali.

Bukan Lagi Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang

Rata-rata netizen mendakwa bahawa Bainun merupakan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang yang dilantik sejak tahun 2016 yang kemudiannya menawarkan diri sebagai calon Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang dan calon Parlimen Belia Malaysia pada tahun 2018. Menerusi carian terkini Murai.my, Bainun tidak menggalas jawatan berkenaan bagi sesi ini(2021).

Penerima Anugerah Tokoh Muda Puteri UMNO Malaysia

Untuk rekod, Bainun merupakan tokoh Puteri UMNO yang menerima Anugerah Khas Pergerakan Puteri UMNO dari bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2016.

Najib Nafi Kenal Rapat Dengan Bainun

Susulan daripada pendedahan netizen mengenai Bainun merupakan penerima anugerah khas dari Najib pada 2016, bekas Perdana Menteri itu menerusi sebuah hantaran di media sosial menafikan bahawa beliau mengenali secara peribadi pengasas Rumah Bonda.

Rumah Bonda Pernah Mempunyai Kes Kematian

Mungkin ada yang masih ingat akan kisah adik Adam, bayi istimewa yang telah meninggal dunia di Rumah Bonda pada 3 Mei 2020. Susulan daripada tularnya kes adik Bella, netizen menuntut agar kertas siasatan adik Adam dibuka semula kerana disyaki mempunyai kes yang mencurigakan.

Seperti perkongsian Fdaus Ahmad yang tular di laman Facebook, ramai yang terkejut melihat keadaan fizikal adik Adam ketika di awal kelahirannya sehinggalah meninggal dunia.

Dalam hantaran Mohd Fadli Salleh pula, difahamkan Bainun tidak membenarkan post-mortem terhadap Allahyarham dibuat.


Loading...


Mas Ermieyati Ketepikan Persahabatan, Tuntut Keadilan

Seperti yang dipetik oleh Najib Razak, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin menerusi hantaran di laman Facebook nya akui mengenali Bainun. Malah sebelum tularnya kes tersebut, Bainun ada menghubunginya dan memohon bantuan untuk kes anak di dalam jagaan Rumah Bonda.

Ketepikan soal persahabatan, Mas sebaliknya menyerahkan isu ini pada pihak berkuasa dan sekiranya didapati bersalah dia memohon agar pesalah tersebut dikenakan hukuman sewajarnya.

Kredit -murai



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post