Bagi penduduk rumah flat, kehilangan selipar yang diletakkan di bahagian koridor pastinya suatu perkara yang biasa namun ianya semestinya akan menimbulkan rasa yang tidak senang.
Itulah yang terjadi kepada sebuah keluarga di Sengkang, Singapura ini.
ARTIKEL MENARIK:Dikatakan sengaja nak tayang badan masa suntik vaksin. Sekali tak boleh berdiam pemuda ni tampil jelaskan cerita sebenar.
Namun begitu, misteri kehilangan selipar tersebut akhirnya terbongkar apabila mereka berjaya mengenal pasti si pencuri itu.
Bercakap kepada Mothership, Amirah, mangsa kecurian, menyatakan bahawa kejadian kecurian itu kali pertama berlaku pada akhir tahun 2020.
Salah satu selipar ahli keluarganya telah hilang.
Yang menjadi tanda tanya kepada Amirah dan keluarganya adalah, hanya sebelah sahaja seliparnya yang hilang. Jika betul nak curi selipar, pasti si pencuri itu akan mencuri kedua-duanya kan?
Walaupun keluarga tersebut berasa ‘marah’, mereka berkeputusan untuk menghiraukan sahaja perkara itu dan beranggapan bahawa tukang sapu telah secara tidak sengaja menyapu selipar tersebut.
Namun begitu, seliparnya telah dilaporkan hilang sekali lagi untuk kali kedua, dan seterusnya, untuk kali ketiga. Seperti yang pada kali pertama itu, hanya sebelah sahaja seliparnya yang diambil.
Pada ketika ini, Amirah dan keluarganya berasa sangat pelik, dan dia beranggapan bahawa ada orang yang cuba untuk prank mereka.
Amirah juga menyatakan bahawa hanya selipar lelaki yang berjenama sahaja yang dicuri antaranya ialah Vans, Adidas dan Puma.
Hanya selepas kejadian keempat, rakaman CCTV di rumahnya berjaya membongkar pencuri licik tersebut.
Identiti si pencuri itu adalah luar daripada jangkaannya.
Satup klip rakaman pendek yang dikongsikan Amirah melalui akaun Twitter miliknya menunjukkan bahawa terdapat seekor kucing yang melewati bahagian depan unit rumahnya sebelum mencuri selipar di rumahnya dengan membawanya menggunakan mulutnya.
Amirah berkata, keluarganya gelak besar apabila mereka akhirnya mengetahui identiti si pencuri selipar di rumahnya itu.
Menurut Mothership, kucing itu bukan kucing liar, tetapi kucing tersebut milik jiran mereka yang berada di tingkat atas.
Amirah dan keluarganya kemudian pergi ke rumah jirannya itu dan memberitahu kepadanya berkenaan kejadian yang menimpa keluarganya itu.
Jirannya itu sebenarnya tahu bahawa kucingnya itu kerap membawa pulang selipar ke rumah.
Kucing terkenal dengan sifat suka membawa ‘hadiah’ bangkai haiwan atau barang-barang secara random untuk menunjukkan kasih sayang mereka kepada tuan mereka.
Oleh kerana jirannya itu tidak tahu selipar tersebut milik siapa, dia telah meninggalkannya berhampiran dengan lobi lif di tingkatnya dengan harapan pemiliknya akan menemui selipar tersebut.
Amirah mendedahkan bahawa kucing itu adalah ‘teman lelaki’ kepada kucing peliharannya, dan bergurau bahawa ia mahu ‘membalas dendam’ atas hubungannya yang terdahulu.
Perkongsian Amirah di Twitter telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah mengumpul sebanyak lebih 6 ribu kali ulang ciap dan lebih 5 ribu Likes.
Its weird that we lost one side of our flip flops 4 times and we wonder why the thief only took one side? Guess what? We finally caught the thief pic.twitter.com/HD4ZlSMPPf
— Mommy Aurora (@amyramrn) June 9, 2021
Sumber: Mothership via Siakap Keli
Post a Comment