Terlepas Tarikh Vaksinasi? Tak Perlu Risau & KKM Ada Kongsikan Cara Dapatkan Tarikh Baharu. Cukup Mudah!

Terlepas Tarikh Vaksinasi? Tak Perlu Risau & KKM Ada Kongsikan Cara Dapatkan Tarikh Baharu. Cukup Mudah!

Kadang-kadang terasa juga betapa lamanya menunggu berkenaan bila kah masanya kita akan mendapat pengesahan tarikh pemberian vaksin Covid-19.

Terlepas Tarikh Vaksinasi? Tak Perlu Risau & KKM Ada Kongsikan Cara Dapatkan Tarikh Baharu. Cukup Mudah!



Tidak mahu terlepas info, hingga ada sebahagian antara kita akan memantau maklumat terkini MySejahtera miliknya. Tiap waktu!

ARTIKEL MENARIK:Bila Dah Habis Bayar Pinjaman Kereta Atau Motosikal Pada Bank, Kena Buat Perkara Penting Ni Barulah Jadi Hak Sepenuhnya!


Namun tidak dinafikan ada juga kes-kes di mana tarikh temujanji yang diberikan tidak disedari muncul di MySejahtera. Ini disebabkan tidak semua selalu periksa dan bila terdetik hati untuk buat semakan, akhirnya didapati tarikh penerimaan vaksin telah dijadualkan dan terlepas untuk menghadirinya.


Disebabkan perkara begini ada yang terjadi dan orang ramai tidak mahu tercicir namanya untuk  tersenarai mendapatkan  semula tarikh vaksinasi. Maka ramai bertanyakan solusi kepada maslaah tersebut kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Loading...


Jadi inilah jawapan yang dikongsikan oleh KKM di akaun facebook rasmi mereka, dan sekurang-kurangnya memberi rasa lega kepada mereka yang terlepas janji temu atau tidak boleh hadir untuk menerima vaksin sebelum ini.


Apa yang anda boleh buat hanya menunggu lagi dan tidak perlu menghubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan untuk mendapatkan temujanji baharu. Ini kerana ia akan diperbaharui secara automatik.

Apa yang penting selepas ini jangan terlepas pandang dan perlu buat semakan SMS/MySejahtera  selepas 7 hari (dari janji temu asal) untuk notifikasi janji temu baru.

Pun begitu, KKM memaklumkan penjadualan semula janji temu ini TIDAK TERPAKAI untuk tempahan vaksin AstraZeneca.

Sumber : KKM




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post