Tanda-Tanda Hati Yang Sudah Mati, Muhasabah Diri Sebelum Tidur!

Tanda-Tanda Hati Yang Sudah Mati, Muhasabah Diri Sebelum Tidur!

Setiap kebaikan yang dilakukan di atas muka bumi ini pasti akan dibalas dengan kebaikan kelak. Sebagai umat Islam, ganjaran pahala akan diberikan kepada mereka yang sentiasa beramal dan melakukan kebaikan.

Tanda-Tanda Hati Yang Sudah Mati, Muhasabah Diri Sebelum Tidur!



Solat 5 waktu itu sudah sememangnya menjadi amalan utama bagi kita. Namun, kebaikan-kebaikan lain juga usahlah kita lupakan kerana Allah S.W.T menyayangi umatnya yang sentiasa berbuat amal soleh dan perbuatan yang baik.

ARTIKEL MENARIK:Masih Ada Yang Tidak Tahu Cara Berwuduk Dengan Sempurna. Ikuti Cara Berwuduk Yang Betul


Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu memperbaiki amalan, mendekatkan diri kepada Allah dan berbahagialah. Sesungguhnya tiada amalan yang dapat memasukkan seseorang ke dalam syurga. Mereka (para sahabat) berkata: Apakah termasuk dirimu wahai Rasulullah? Ya, aku pun tidak, hanya Allah saja yang menganugerahkanku keampunan dan rahmat-Nya.” (Riwayat al-Bukhari)

Namun, apakah akan terjadi jika kita tinggalkan segala amal soleh dan tidak melakukan segala perkara yang disuruh oleh Allah S.W.T?

Firman Allah S.W.T;

“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya segala dosa yang selalu mereka lakukan telah menutup hati mereka.”

Surah Al-Muthaffifin : 14

Hati yang mati antara perkara yang paling ditakuti oleh kita sebagai umat Islam. Apabila hati sudah mati, maka banyaklah perkara yang tidak baik yang akan dilakukan oleh kita.


Sumber gambar: Learn Religions

Antara tanda-tanda hati yang mati adalah:

1. Berani Meninggalkan Solat

Solat lima waktu wajib dilakukan sepanjang hayat dan jika sengaja meninggalkan satu waktu solat sahaja pun maka dosanya sangat besar.

Sebagai umat Islam, kita sudah sedia maklum, orang yang tidak solat akan diazab di dalam kubur, di padang mahsyar dan di dalam neraka. Orang yang telah mati hatinya tidak merasa bimbang sedikit pun dengan azab yang sedang menunggunya.

2. Merasa Tenang Walaupun Setiap Hari Melakukan Dosa

Bagi mereka yang hatinya sudah mati, mereka akan rasa selesa dan tenang bila melakukan dosa. Sama ada besar mahupun kecil, mereka akan berasa tidak bersalah dan tidak merasa untuk kembali insaf ke jalan yang benar.

Firman Allah S.W.T;

“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya segala dosa yang selalu mereka lakukan telah menutup hati mereka.”

Surah Al-Muthaffifin : 14



Loading...


3. Jauh Dari Al-Quran

Dalam kehidupan harini yang serba sibuk, mereka ini sentiasa menjadikan alasan tidak ada masa untuk membuka Al-Quran, membaca dan memerhatikan maknanya. Bagi mereka, sibuk dengan perkara lain yang dianggap lebih baik dari membuang masa membaca dan memerhatikan makna Al-Quran. 

Firman Allah S.W.T;

“Maka kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan Al-Quran bahkan hati mereka sebenarnya telah terkunci.”

Surah Muhammad : 24


Sumber gambar: mesbar.org

4. Tidak Ada Masa Memikirkan Perkara Agama

Firman Allah S.W.T;

“Mereka itulah orang-orang yang hati mereka, telinga mereka dan mata mereka telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Surah An-Nahl : 108

5. Mudah Bersangka Buruk

 Mereka ini sentiasa mmepunyai perasaan bersangka buruk terhadap orang lain walaupun orang lain tidak menganggu hidupnya.

Firman Allah S.W.T ;

“Wahai orang-orang yang beriman. Tinggalkan perangai suka sangka buruk kerana sangka buruk itu adalah dosa dan jangan kamu mencari-cari salah orang lain.”

Surah Al-Hujurat : 12

6. Tidak Suka Mendengar Nasihat

Firman Allah S.W.T ;

“Dan sesungguhnya akan Kami isikan dalam neraka Jahanam ramai dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telingan (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatang bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai dari mendengar kebenaran,”

Surah Al-A’raf : 179

Usahlah kita alpa keseronokan di dunia sehinggakan kita lupa untuk mengumpul ganjaran pahala untuk di akhirat kelak. Sesungguhnya, kita sebagai umat Islam pasti mahu dimasukkan ke syurga. Oleh itu, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri semoga menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Selamat beramal!


Kredit -Hijabista.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post