“Sejuk Kaki Tangan” Rozita Ibrahim Kongsi Kenangan Bertemu Rosmah Mansor

“Sejuk Kaki Tangan” Rozita Ibrahim Kongsi Kenangan Bertemu Rosmah Mansor

Usahawan kosmetik terkenal, Rozita Ibrahim berkongsi kenangannya ketika menerima beberapa pengiktirafan dan anugerah suatu ketika dahulu.

“Sejuk Kaki Tangan” Rozita Ibrahim Kongsi Kenangan Bertemu Rosmah Mansor





ARTIKEL MENARIK:Isu Pukul Anak : Usahawan Kosmetik Dibenarkan Dijamin RM9 Ribu Kerana Hamil 5 Bulan


‘Throwback’ Kenangan 

Menyifatkannya sebagai kenangan yang cukup manis, ujar Rozita pencapaian yang diterimanya itu merupakan hasil titik peluhnya sebelum ini sepanjang bergelar usahawan. Malah, dia turut menegaskan tidak membayarnya untuk memperoleh penghargaan tersebut.

“Saya bukan famous (popular) yang dapat banyak anugerah pun, adalah sikit sahaja antara yang grand(besar) yang saya boleh ingat kenangan manis saya menerima trofi Sri Nona TV3. Dalam banyak-banyak anugerah saya dapat ada 2 paling saya suka (saya bukan jenis orang yang membayar untuk nak dapat penghargaan atau status)” tulisnya

Gemuruh Bertemu Rosmah 

Dalam pada itu, ibu kepada jutawan kosmetik Dato Sri Aliff Syukri ini turut mengimbas kembali kenangannya bertentang empat mata dengan bekas wanita pertama negara, Datin Seri Rosmah Mansor. Dedah Rozita, ketika itu dirinya berasa terlalu gemuruh sehingga berkali-kali pergi ke tandas. Di kesempatan itu, figura ini menitipkan doa buat Rosmah agar kekal sihat dan mendapat rahmat Allah.



Loading...


“Setiap kali dapat anugerah ada benda lucu berlaku. Kali ini saya sendiri sangat takut nak berdepan dengan 1st lady(bekas). Sejuk kaki tangan berkali-kali ke tandas. Kini tengok gambar ini saya kesian padanya, bonda doakan agar Datin Sri Rosmah sihat dan mendapat rahim & rahmat Allah diusianya begini” tulisnya lagi

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut termasuk Aliff berasa kagum dengan pencapaiannya sebelum apatah lagi bertungkus-lumus untuk berjaya dan membesarkan-anak dengan penuh cabaran.


Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post