Rody bersama anak buahnya yang juga disahkan positif Covid-19. GITARIS kumpulan Kristal iaitu Rody disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat adik iparnya yang dijangkiti wabak tersebut terlebih dahulu.
Menurut Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin, adik iparnya mengalami demam selama tiga hari dan isteri serta anak mereka turut dijangkiti Covid. Tambahnya lagi, jangkitan itu berlaku disebabkan mereka kini menetap di rumah ibu bapanya sejak dua bulan lalu.
ARTIKEL MENARIK:Abby Abadi muat naik gambar terbaru sekali marissa Dania jadi bualan wargamaya. Memang cantik betul anak Abby Abadi ni.
Rody luah rasa rindu terhadap isteri dan anak-anaknya di Instagram.
“Saya disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian calitan pada semalam (Sabtu). Saya lakukan swab test selepas menjadi kontak rapat adik ipar yang juga disahkan positif. Dia sudah tiga hari alami demam dan bila buat swab test, keputusan positif. Adik saya dan anak mereka juga positif. Mereka sekeluarga memang duduk bersama ibu bapa saya. Kebetulan, kereta saya berada di bengkel selama hampir dua bulan sebab rosak. Jadi, saya tak ada kenderaan dan terpaksa menumpang rumah mak sebab nak pinjam kereta bapa bila ada kerja,” katanya. Sebelum ini, Rody berkongsi berita sedih mengenai dirinya dijangkiti Covid menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad dan rata-rata warganet mendoakan agar pemuzik itu dan adik serta keluarganya cepat sembuh.
Masa selepas tahu adik dan suaminya positif, keadaan saya ok lagi… tak ada rasa apa-apa.
Dalam pada itu, Rody meluahkan rasa syukur apabila ibu bapanya dan isteri, Niena Azman, serta dua orang anak mereka tidak dijangkiti. Berkongsi mengenai simptom, Rody memberitahu dia ada mengalami sakit kepala dan badannya menggigil pada malam sebelum melakukan ujian calitan.
Isteri dan dua orang anak Rody tidak dijangkiti Covid-19.
“Alhamdulillah, keputusan swab test isteri, anak dan ibu bapa saya negatif dan mereka kini tinggal di rumah saya. Manakala saya kuarantin di rumah ibu bapa bersama adik, suaminya dan anak mereka. Masa selepas tahu adik dan suaminya positif, keadaan saya ok lagi… tak ada rasa apa-apa. Tapi bila dah malam, baru mula batuk, nak tidur pun tak selesa sebab berpeluh tapi badan menggigil. Bangun pagi tu memang rasa tak sedap badan… habis badan jadi sengal-sengal, sakit kepala dan sendi-sendi sakit. Sebab itu saya terus pergi klinik buat swab test dan keputusan tak baik… saya positif,” ujarnya. Rody berkahwin dengan Niena yang juga penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan di Kulai Johor pada 27 April 2018 dan dikurniakan dua anak lelaki, Adithya Jabbar, 2 dan Barie Habibullah yang lahir pada 7 Julai tahun lalu.
Kredit -
Post a Comment