PKP 3.0 muIa tunjuk kesan positif kata lsmaiI Sabri, sekaIi Najib Razak tampiI beritahu apa yang rakyat mahu sekarang

PKP 3.0 muIa tunjuk kesan positif kata lsmaiI Sabri, sekaIi Najib Razak tampiI beritahu apa yang rakyat mahu sekarang

Fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lepas telah menunjukkan perkembangan positif dalam usaha melandaikan lengkuk jngkitan c0v1d-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PKP 3.0 muIa tunjuk kesan positif kata lsmaiI Sabri, sekaIi Najib Razak tampiI beritahu apa yang rakyat mahu sekarang



Beliau berkata, perkara itu terbukti selepas kes harian C0vid-19 berjaya diturunkan daripada rekod tertinggi lebih 9,000 kes pada bulan Mei kepada 5,419 semalam dan beliau berharap kes harian akan terus menunjukkan penurunan.

ARTIKEL MENARIK:Raja-Raja Melayu Sependapat Tiada Keperluan Darurat Selepas 1 Ogos – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja


“Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut c0v1d-19. Pelan ini mengambil kira semua pertimbangan bagi memastikan keputusan yang diambil adalah demi menyelamatkan nyawa serta kelangsungan hidup rakyat.

“Fasa pertama PKP menyeluruh ini terpaksa dilaksanakan susulan peningkatan kes mendadak yang mengancam sistem kesihatan awam. Justeru, kerjasama anda semua amat diperlukan bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini,” menurutnya dalam kenyataan mengenai PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD) pada Rabu.

Ismail Sabri juga berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerima 266 aduan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) mengikut kategori yang memerlukan tindakan penguatkuasaan pelbagai kementerian dan agensi dari 6 hingga 14 Jun lepas.

Menerusi laman facebook rasmi Najib Razak, beliau telah memuat naik satu posting tentang apa yang terjadi sepanjang PKP 3.0. Perkara ini sebenarnya telah pun berulang kali bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak utarakan.

Dengan kenyataan dari Menteri Ismail Sabri yang memberitahu bahawa ada kesan positif selepas PKP 3.0 dilaksanakan tetapi jika dilihat pada rakyat terutama golongan b40 pasti kerajaan akan tahu bahawa rakyat sedang susah.

Justeru itu Najib Razak telah keluarkan beberapa cadangan kepada kerajaan.

1) Moratorium pinjaman autom4tik tanpa faedah untuk tempoh 3 bulan bagi B40, M40 dan PKS. Arahkan bank juga untuk hentikan panggilan dan surat menuntut bayaran dari peminjam selagi negara masih dalam Total Lockdown.

2) i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0.

3) Naikkan bantuan tunai bagi kategori B40, bujang dan perkenalkan bantuan tunai bagi M40.

4) Kembalikan diskaun bagi bil elektrik.

Najib razak memohon agar kerajaan jangan tunggu lagi dan laksanakan terus untuk membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan ini. Tidak sampai 30 minit, jumlah tanda suka pada posting beliau telah mencecah 14 ribu dan jumlah perkongsian menghampiri 600.



Loading...


Komen Netizen:

“Terus perjuangkan nasib rakyat bossku,,i sinar i lestari 2.0 kasi cepat,,kilang diminta tutup beroperasi abis mana datang sumber pendapatan kalau tidak bekerja,,fikir logik la menteri pakatan nasional allah taala bagi otak dan akal”

“Assalamualaikum Dato’seri.. Datuk seri Tolong la bangkit kan lagi berkenaan I-SINAR serta I-LESTARI Supaya di sambung lagi..Kami perlu kan duit sendiri. Menteri kewangan tak apa la gaji berpuluh ribu.. Tu rezeki dia..Kami nk duit kami ja”

“Saya yakin cadangan datuk sri ini bernas dan mengambil kira kesimbangannya. Mana yg baik dan perlaksanaan nya manpu dilaksana buat rakyat kita mesti sokong”

Sumber: Sinar Harian | FB Najib Razak


Kredit -kualalumpurviral



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post