Pernah viral maki polis di SJR, wanita bernama ‘Wawa’ ditahan untuk siasatan

Pernah viral maki polis di SJR, wanita bernama ‘Wawa’ ditahan untuk siasatan

Pada minggu lepas, sebuah video memaparkan seorang wanita yang menggelar dirinya sebagai ‘Wawa’ dari ‘Wahid Enterprise’ menjadi tular apabila dia dilihat mengamuk di sebuah sekatan jalan raya (SJR) di Sabah.

Pernah viral maki polis di SJR, wanita bernama ‘Wawa’ ditahan untuk siasatan



Memetik laporan Sinar Harian, wanita berusia 34 tahun berkenaan telah ditahan oleh pihak polis pada jam 11.20 pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung insiden yang berlaku pada 1 Jun lalu.

ARTIKEL MENARIK:Isu Pukul Anak : Usahawan Kosmetik Dibenarkan Dijamin RM9 Ribu Kerana Hamil 5 Bulan


Direman selama 2 hari

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabali, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, wanita itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan permohonan reman dibuat pada Isnin.

“Proses siasatan sedang dilakukan termasuk merakam percakapan, membuat kawat cam dan dokumentasi terhadap wanita ini. Siasatan sudah 80 peratus siap.
“Kita menjangkakan siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam dan kita akan memohon tahanan reman untuk tempoh dua hari.
“Dalam tempoh itu, kita akan lengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan selanjutnya,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Kota Kinabalu pada Isnin.

Polis nafi anggota SJR cetus provokasi

Sementara itu, Mohd Zaidi menafikan kejadian tersebut berlaku kerana anggotanya melakukan provokasi seperti yang didakwa wanita itu di dalam Facebook.

“Kejadian awal mendapati, wanita itu membuat provokasi kerana marah pada anggota yang mahu mengeluarkan saman terhadap dua kesalahan lalu lintas.
“Bukan kerana beliau diprovokasi terlebih dahulu oleh anggota seperti yang tersebar dalam Facebook sebelum ini. Dakwaan wanita itu tidak betul kerana proses ditahan untuk saman tidak mengambil masa sehingga 30 minit,” katanya.




Loading...


Tambahnya lagi video itu direkod oleh seorang anggota petugas di SJR kerana melihat berlaku kekecohan di tempat berkenaan bukan bertujuan untuk disebarkan.

Terdahulu, pihak polis merampas beberapa barang milik wanita itu termasuklah kunci kereta, kenderaan, pakaian dan telefon bimbit serta 3 lagi telefon bimbit milik anggota yang terlibat.


Difahamkan lagi, pakaian itu dirampas bagi mengenal pasti ia adalah pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian yang dirakam dalam video berkenaan.

Tonton video penuh:

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin) via Oh My Media




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post