Pernah tular tak suka solat, usahawan kosmetik ditahan polis kes pukul anak

Pernah tular tak suka solat, usahawan kosmetik ditahan polis kes pukul anak

Pernah mengaku tidak suka bersolat, usahawan kosmetik wanita ditahan polis dipercayai akibat memukul anak perempuannya selepas berang dengan status dimuat naik oleh remaja itu di aplikasi WhatsApp.

Pernah tular tak suka solat, usahawan kosmetik ditahan polis kes pukul anak



Menurut laporan Kosmo! Online, mangsa yang berusia 16 tahun dipercayai dimarahi ibunya sebelum diheret oleh bapa tiri dan ditampar beberapa kali dalam kejadian di rumah mereka di Pasir Mas, petang semalam.

ARTIKEL MENARIK:Siti Sarah Menceritakan Sesuatu yg Mengejutkn Slps Apa yg Berlaku pd Siti Jamumall


Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, mangsa yang mengalami luka dan bengkak pada beberapa anggota badan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

“Wanita berkenaan telah bertindak memukul kepala anaknya menggunakan tangan. Ibu remaja itu kemudian telah cuba memukul mangsa dengan kayu hoki, namun dia sempat melarikan diri.
“Siasatan awal mendapati, kejadian itu berpunca daripada status dikongsi mangsa mengenai ibunya yang mengungkit mengenai soal harta selain turut memarahi remaja berkenaan kerana tidak bekerja,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang sudah mendirikan rumah tangga tinggal bersama kedua-dua suspek yang berusia 33 tahun itu serta suaminya di rumah tersebut.



Loading...


Mohd. Nasaruddin berkata, kedua-dua suspek ditahan malam tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Terdahulu, usahawan tersebut menjadi perhatian warganet apabila didakwa mempersendakan agama Islam selepas video pengakuan tidak suka bersolat menerusi rakaman Facebook Live tular di media sosial.

Sumber: Kosmo! Online (Yatimin Abdullah) via Oh My Media




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post