Pemberian Vaksin Secara Bergerak Ke Kawasan Pedalaman

Pemberian Vaksin Secara Bergerak Ke Kawasan Pedalaman

Bagi memastikan setiap rakyat di negara ini menerima suntikan vaksin, pakar kesihatan telah mencadangkan dua kaedah yang boleh digunakan bagi mempercepatkan lagi

Pemberian Vaksin Secara Bergerak Ke Kawasan Pedalaman



proses pemberian vaksin covid-19 terutamanya ketika negara perlu menjalani Sekatan Pergerakan Penuh.

ARTIKEL MENARIK:“Janganlah Asyik Nak Tuding Jari Pada Perempuan Sahaja” Pakar Dedah Mungkin Poligami Punca Wanita Diserang K@Nser Pangkal Rahim



Pemberian Vaksin Secara Bergerak Ke Kawasan Pedalaman

Dua cadangan yang diketengahkan itu antaranya adalah kaedah pemberian vaksin secara bergerak. Kaedah ini boleh diguna pakai untuk memberikan suntikan vaksin kepada rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman. Manakala cadangan yang kedua adalah melibatkan industri sektor kesihatan swasta dalam aktiviti pemberian vaksin.

Pakar Kesihatan Awam, Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, kaedah pemberian vaksin secara bergerak membolehkan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke kawasan yang sukar diakses seperti pedalaman dan penempatan orang asli. Sekiranya kaedah ini diguna pakai, proses pemberian vaksinasi akan menjadi lebih cepat. Golongan warga emas akan turut sama menerima manfaat sekiranya kaedah ini diguna pakai.



Loading...


Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempercepatkan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Berdasarkan unjuran, pelaksanaan PICK secara keseluruhan hanya disasarkan selesai menjelang Disember 2021.

Pemberian dos pada Mei lalu mencapai purata 80,000 dos sehari dan menjelang akhir Jun ini, negara dijangka mencapai sasaran sebanyak 150,000 dos sehari melalui penambahan terimaan vaksin dari syarikat pengeluar, penambahan pusat pemberian vaksin, memperkenalkan kaedah pemberian secara pandu lalu dan penambahan anggota sukarelawan.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar menyokong pemberian vaksin secara bergerak di kawasan pedalaman. Katanya, pihak KKM sering menggunakan kaedah pemberian vaksin di perkampungan orang asli dan tiada masalah berbangkit berhubung alternatif itu.“Cara paling baik ialah pemberian vaksin bergerak kerana lagi ramai penduduk terima vaksin, lagi cepat program vaksinasi disempurnakan,”.

Sumber: Sinar Harian  via KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post