Patutlah Jerawat Timbul, Ini 6 Kesalahan Penjagaan Kulit Wajah Yang Sering Kita Lakukan

Patutlah Jerawat Timbul, Ini 6 Kesalahan Penjagaan Kulit Wajah Yang Sering Kita Lakukan

Tanpa sedar, setiap hari kita ada melakukan kesilapan dalam soal penjagaan muka. Ingatkan elok, rupa-rupanya makin teruk pula kesannya pada kulit. Apakah kesilapan itu? Jom kita semak!

Patutlah Jerawat Timbul, Ini 6 Kesalahan Penjagaan Kulit Wajah Yang Sering Kita Lakukan



Kesilapan 1 : Cuci muka terlalu kerap

ARTIKEL MENARIK:Aduhai nikmatnya tembikai! Selain segar tinggi khasiatnya




Photo by Vitória Santos from Pexels

Cuci wajah terlalu kerap boleh membuatkan kulit menjadi terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci. Selain itu, kulit akan cenderung untuk menjadi lebih berminyak dan berjerawat.

Kesilapan 2 : Gosok muka terlalu kuat


Photo by Ron Lach from Pexels

Ramai yang ingat bahagian yg ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat bagi keluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma. Sebenarnya, menggosok kulit terlalu kuat boleh menyebabkannya menjadi kemerahan dan mencederakan kulit dari dalam.

Kesilapan 3 : Skrub muka terlalu kerap


Photo by Ron Lach from Pexels

Krim atau gel skrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana boleh menyebabkan kulit menjadi lebih nipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan kegatalan. Seeloknya skrublah kulit wajah anda 2 kali seminggu.



Loading...


Kesilapan 4 : Membiarkan syampu rambut terkena kulit muka


Photo by cottonbro from Pexels

Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Jika terkena pada wajah, minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit  dan boleh menyebabkan jerawat.

Kesilapan 5 : Biar peluh kering sendiri tanpa dilap


Photo by cottonbro from Pexels

Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya. Oleh itu, laplah muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda dari kering dan menyerap ke dalam kulit muka anda.

Kesilapan 6 : Berkongsi tuala badan dan tuala muka


Photo by Dom J from Pexels

Lap muka menggunakan tuala badan. Pasti ramai yang buat beginikan? Salah tu! Sebaiknya asingkan tuala anda untuk muka dan badan. Jika tuala badan anda mempunyai sisa kotoran, ia akan sangat mudah merebak ke wajah anda juga. Tambahan pula, tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.

kredit: Farain Mohammad via Hijabista.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post