Baru-baru ini pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) telah mengesahkan dirinya positif wabak COVID-19.
Nafi Dijangkiti Kerana Bercuti Di Bali
ARTIKEL MENARIK:Rizalman Ibrahim Akui Berubah, Tiada Lagi ‘Tayangan’ Di Media Sosial
Bagaimanapun, terdapat dakwaan pelantun 12 Tahun Terindah itu dijangkiti wabak berkenaan selepas pulang dari bercuti di pusat peranginan Bali. Menjelaskan lebih lanjut mengenai perihal tersebut, BCL tampil dengan sebuah kenyataan di laman Instagram.
Menafikan bahawa dirinya disahkan positif kerana pulang dari Bali, dedah BCL dia menjadi kontak rapat kepada beberapa penarinya dan hanya disahkan positif selepas mereka bertemu untuk urusan kerja pada 10 Jun lalu. Malah BCL turut berkata dia telah menjalani ujian calitan (swab) pada 12 Jun namun disahkan negatif.
“Kepada yang berkenaan, Saya pergi ke Bali dari 29 Mei hingga 2 Jun lalu. Saya sudah melakukan aktiviti dan mula bekerja di Jakarta dengan menjalankan proses yang ada dan melakukan ujian calitan pada 12 Jun lalu dan keputusannya adalah negatif”
“Beberapa orang penari saya disahkan positif pada 13 Jun selepas bertemu dengan saya pada 10 Jun lalu.
“Saya lakukan ujian calitan lagi pada 14 Jun dan disahkan positif,” jelas BCL
BCL Titip Pesanan
Dalam kenyataan itu, BCL menegaskan kepada semua pihak agar mendapatkan info yang lebih tepat sebelum berkongsi berita kepada umum.
“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saya dijangkiti Covid selepas bercuti di Bali.
“Mohon dapatkan pengesahan info terlebih dahulu dengan lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan,” tegasnya
Via Instagram Bunga Citra Lestari
Menerusi beberapa hantaran sebelum ini, BCL memaklumkan dirinya kini sedang menjalani kuarantin dan mengalami beberapa simptom COVID-19 seperti sakit tekak, batuk dan demam.
Kredit -
Post a Comment