Mayat Pesakit Covid-19 Dibuang Ke Dalam Sungai

Mayat Pesakit Covid-19 Dibuang Ke Dalam Sungai

Sebuah video telah menjadi tular di Uttar Pradesh, India. Video yang tular itu menunjukkan dua orang individu sedang membuang mayat ke dalam sungai. Dipercayai bahawa mayat yang dibuang itu merupakan mayat kepada salah seorang pesakit covid-19 di negara itu.

Mayat Pesakit Covid-19 Dibuang Ke Dalam Sungai



Dua orang suspek iaitu Sanjay Kumar dan Manoj Kumar telah berjaya diberkas oleh pihak berkuasa negara itu .

ARTIKEL MENARIK:Kapal Kargo Bawa Bahan Kimia Tenggelam Di Sri Langka


Mereka berjaya ditangkap hasil daripada maklumat pengguna yang menggunakan jalan itu ketika kejadian itu berlaku. Mereka ini dikira sebagai saksi terhadap perbuatan kedua suspek sabtu lalu.

Berdasarkan video yang tular itu, kelihatan dua orang lelaki iaitu suspek dengan salah seorang daripada mereka memakai pakaian perlindungan diri PPE sedang berdiri di jambatan di Balrampur. Kemudian kedua-dua mereka ini telah bertindak dengan membuang jenazah pesakit covid-19 itu ke dalam sungai Rapti.

Jurucakap polis memaklumkan, pihaknya mengenal pasti mayat itu sebagai Premnath tanpa menyatakan hubungannya dengan kedua-dua suspek. Premnath dilaporkan dimasukkan ke hospital pada 25 Mei lalu selepas disahkan positif Covid-19.



Loading...


Dia dikatakan telah meninggal dunia semasa menjalani rawatan dan pihak hospital pada awalnya menyerahkan mayat kepada keluarga untuk upacara pembakaran mayat. Namun, mayat Premnath dipercayai dibawa oleh kedua-dua suspek ke sungai untuk dibuang begitu saja.

Video itu tular dua minggu selepas pihak berkuasa India menemui 70 mayat yang terapung di Sungai Gangga dipercayai mangsa Covid-19.

Sumber: Harian Metro  via KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post