Dugaan yang melanda kepada ibu tunggal 45 tahun, Siti Suzanne Anton ini ternyata dapat membuka mata kita bahawa betapa besarnya impak pandemik Covid-19 ini terhadap seseorang bahkan ekonomi juga.
Dia yang pernah bertugas disebuah syarikat cari gali sebagai penganalisis kini telah kehilangan pekerjaan sejak 8 bulan lalu. Siapa sangka sebelum ni tergolong dalam kalangan M40 berubah menjadi B40.
ARTIKEL MENARIK:KWSP Mampu Laksanakan PengeIuaran One-Off RM 10,000
Pernah ‘putus beras’
Dengan hanya bantuan zakat bernilai RM 500, Siti Suzanne harus cekal untuk teruskan hidup untuk menanggung 5 anak-anaknya.
“Ada masa (keadaan) saya memang teruk, tiada beras, dan lain-lain keperluan. Saya terpaksa bertanya di mana boleh dapatkan beras.”
“Kalau kita buat hantaran di Facebook, meminta bantuan, biasanya ada pihak yang akan respons balik. Alhamdulilah ada yang bagi makanan. Pernah dua tiga kali beras habis, duit pun tiada. Terpaksa tanya siapa yang ada beli beras,”
Katanya lagi menerusi Astro AWANI, kesemua anaknya yang berusia 21,17,13 dan 10 tahun ini masih belajar.
Lebih hiba lagi, Siti Suzanne menghidap penyakit jantung, biarpun begitu mendahulukan wang yang ada untuk pastikan anak-anak cukup makan berbanding dengan ubat-ubatan yang dia perlukan.
“Saya mengalami serangan jantung (lapan bulan lepas), tetapi saya tidak beli ubat-ubat saya sebab tak mampu. Jadi, peruntukan untuk ubat saya tukar ke makanan anak-anak. Itu paling penting bagi saya.”
“Sebenarnya saya bergantung kepada ubat, saya sudah buat pembedahan masukkan belon di urat jantung. Jadi, saya mengharapkan ubat.”
“Tetapi buat waktu ini saya tak mampu beli ubat, kecuali ubat cair darah sahaja. Ubat lain saya tak mampu beli sebab agak mahal,” kata Siti Suzanne lagi.
Susah dapat bantuan sebab masih dikategorikan sebagai M40
Tidak dapat menahan sebak semasa menceritakan halnya, Siti Suzanne masih cekal untuk terus bergerak kehadapan untuk mencari pekerjaa biarpun dah lebih 8 kali permohonannya tidak diterima.
“Walaupun banyak saya mohon kerja, tetapi tiada rezeki. Memang sedih. Tiada sokongan. Dan memang saya tertekan juga. Mencari kerja sekarang tidak macam dulu.”
“Bagi saya, yang paling utama untuk dapat kerja, kemudian saya nak dapatkan hidup saya macam dulu.”
“Sebenarnya, semangat saya sudah tiada, tetapi anak-anak yang buatkan saya kuat semangat untuk lalui dugaan ini,” jelasnya.
Kata Siti Suzanne lagi, dia sukar untuk mendapatkan bantuan B40 kerana namanya masih dikategorikan sebagai M40.
Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Siti Suzzanne boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB miliknya bernombor 7629047415.
Sumber: Astro AWANI via Lobak Merah
Post a Comment