Keputusan PKP penuh dilanjut atau ditamatkan hari ini

Keputusan PKP penuh dilanjut atau ditamatkan hari ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan keputusan berkaitan pelanjutan atau penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang bakal berakhir 28 Jun ini hari ini.

Keputusan PKP penuh dilanjut atau ditamatkan hari ini



Keputusan berkaitan perkara tersebut dijangka diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang ini.

ARTIKEL MENARIK:Kerajaan akan umumkan bantuan moratorium dan i-Sinar


Berdasarkan situasi jangkitan Covid-19 semasa, PKP penuh berpotensi untuk terus dilanjutkan buat satu tempoh oleh kerajaan.

Semalam, jumlah kes positif Covid-19 mencatatkan angka 5,803 kes, manakala 5,812 kes pada Jumaat dan 5,841 kes (Khamis).



Loading...


Ia sekali gus menjadi petanda bahawa PKP penuh bakal dilanjutkan memandangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya akan menamatkan PKP Fasa Satu sekiranya jumlah jangkitan Covid-19 kurang daripada 4,000 kes selama tujuh hari berturut-turut. – K! ONLINE

Kredit - Kosmo Digital



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post