Kalau Tanam Pokok Buah Dalam Pasu, Ikut 5 Tip Penjagaan Ini Supaya Pokok Subur & Berbuah

Kalau Tanam Pokok Buah Dalam Pasu, Ikut 5 Tip Penjagaan Ini Supaya Pokok Subur & Berbuah

Mangga, longan, jambu batu, jambu air, limau, lemon dan sebagainya antara pokok buah yang sesuai ditanam dalam pasu.

Kalau Tanam Pokok Buah Dalam Pasu, Ikut 5 Tip Penjagaan Ini Supaya Pokok Subur & Berbuah



Ramai yang tinggal di kediaman teres menanam pokok atau membeli anak benih pokok buah ini untuk ditanam di rumah.

ARTIKEL MENARIK:Ramai yang ingat makan coklat punca jadi gemuk. Ketahuilah ini 4 tips cara untuk kurus dengan coklat.


Agar ia subur dan dapat merasa hasil, pokok buah yang ditanam dalam pasu atau kaedah tambulapot (tanam buah dalam pot) ini sebenarnya memerlukan penjagaan khusus. Boleh ikut panduan oleh pembekal anak pokok Durian Monthong Tani ini.

Penjagaan pokok buah yang ditanam dalam pasu

1. Siraman- pokok harus disiram setiap pagi dan petang, bukan pada keadaan yang terlalu panas, untuk mengelakkan pokok lecur. Penyiraman tidak diperlukan selepas hujan turun pada hari tersebut.

2. Baja – penggunaan baja adalah berkala, seminggu sekali dan seterusnya 2 kali sebulan. Boleh gunakan baja organik.


3. Cantas – pencantasan perlu dilakukan supaya pokok tidak terlalu besar, dan buah tidak terlalu banyak yang akan mengakibatkan buah kurang manis dan lebih kecil.



Loading...


4. Gembur tanah – penggemburan tanah harus dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau jika tanah kelihatan padat dan kering.


Semasa proses penggemburan, bersihkan kawasan tanah, daripada pokok-pokok kecil. dan jika ada benih yang terhasil, putuskan dari induk dan cambahkan kepada pasu yang lain.

5. Kawalan serangga juga penting untuk mengelakkan pokok dijamah serangga/pepijat.

Selamat mencuba

Sumber: Durian Monthong Tani Foto : TenTen Ternak


Kredit -Vanilla Kismis.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post