Berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di negara kita, ramai pihak menyatakan kebimbangan terhadap musibah yang menimpa seluruh dunia itu.
Bagi membendung wabak berbahaya itu, pelbagai cara dan kaedah dijalankan oleh pihak kerajaan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
ARTIKEL MENARIK:“M4ti ke kalau you all tangguhkan sekejap balik kampung tu?” – Catriona Ross ‘sekolahkan’ rakyat Malaysia nak ‘lockdown’ di kampung
Dalam pada itu, golongan rakyat turut berkongsi pendapat dan candangan berkaitan alternatif yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha menangani penularannya.
Tidak ketinggalan juga, bekas pelakon Zul Yahya tampil memberi cadangan supaya masjid dijadikan pusat kuarantin bagi pesakit COVID-19.
Cadang masjid dijadikan pusat kuarantin pesakit COVID-19 beragama Islam
Menerusi ‘posting’ yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, pemilik nama Zulkifli Yahya itu berkata cadangan berkenaan dirasakan wajar sebagai satu cara mengimarahkan masjid selama 24 jam.
“Kenapa tak dikuarantinkan umat Islam positif COVID-19 gejala ringan di masjid, bukankah itu lebih baik, mereka dapat hidupkan amalan-amalan masjid 24 jam dan masjid pun tak sepi.
“Kenapa tak digunakan peluang ini untuk hidupkan solat fardu di masjid-masjid menjadi suasana yang sangat luar biasa seperti solat Jumaat. Lebih banyak manfaat, mungkin boleh menambah kebaikan pada mereka dan kita semua,” tulisnya.
Menurut lelaki berusia 48 tahun itu, perkara itu dapat memberi kebaikan buat pesakit supaya berpeluang menjalankan amal ibadah di samping menghidupkan masjid yang kini sepi berikutan larangan solat jemaah.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Zul menyokong kenyataan bintang filem Usin UFO itu. Pada masa yang sama, ada juga yang membantah cadangan tersebut dengan memberikan alasan tertentu.
Setuju, hidupkan semula masjid2
Harap kerajaan gunakan masjid sebagai tempat kuarantin umat Islam
Bagus cadangan tu
Boleh solat jemaah ramai2 tanpa jarak
Indonesia ada buat begini
Orang sakit tak wajib ke masjid
Ahli masjid bukan kerja 24 jam
Terdahulu, pihak kerajaan mengeluarkan SOP aktiviti masjid baru yang hanya membenarkan bilangan jemaah solat sangat terhad, sementara aktiviti lain dan pengimarahan ditangguhkan.
Sumber: Facebook Zul Yahya via Oh My Media
Post a Comment