Calon SPM 2020, teruji dan terpuji

Calon SPM 2020, teruji dan terpuji

PASTINYA keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diumumkan semalam merupakan antara yang ditunggu-tunggu bukan sahaja calon dan para ibu bapa, malah seluruh rakyat Malaysia.

Calon SPM 2020, teruji dan terpuji



Umum ingin mengetahui apakah wabak Covid-19 yang menyebabkan sekolah terpaksa ditutup selama 110 hari sejak Mac tahun lalu itu memberi kesan kepada prestasi pelajar.

ARTIKEL MENARIK:PdPR Akan Lanjut Selama 25 Hari Selepas Cuti Penggal 13 Jun Ini


Tambahan pula, ekoran wabak tersebut bukan sahaja pelajar terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), malah sebilangan mereka hilang tumpuan, putus asa dan amat sukar menghadapi norma baharu pembelajaran seperti itu.

Keadaan disulitkan lagi dengan tiadanya pengalaman menghadapi masalah tersebut dalam kalangan guru-guru, manakala ibu bapa pula yang selama ini bergantung penuh kepada sesi persekolahan melahirkan rasa sukar untuk membantu anak-anak menjalani kelas secara online.

Semua itu bagaimanapun terjawab semalam apabila Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, Gred Purata Nasional (GPN) tahun 2020 lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan pencapaian calon meningkat 0.06 mata iaitu 4.80 berbanding 4.86.



Loading...


Malah lebih membanggakan, GPN tahun lalu merupakan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun sejak 2016. Sementara pelajar cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran turut meningkat 535 orang berbanding 8,876 calon pada 2019.

Kenyataan itu seperti menjelaskan bahawa wabak Covid-19 tidak mengugat prestasi dan pencapaian pelajar secara keseluruhannya.

Keadaan itu sekali gus menolak andaian dan kajian pendidikan global oleh badan seperti Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan Tabung Kecemasan Kanak-Kanak

Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) bahawa pandemik telah menyebabkan tahap pembelajaran pelajar dalam keadaan lemah, motivasi menurun dan prestasi akademik merosot.

Kelihatannya, Malaysia telah berjaya mengharungi permasalahan wabak Covid-19 dalam aspek prestasi pendidikan.

Namun, jangan dilupa golongan yang paling terkesan ialah calon SPM tahun ini (2021) kerana mereka terpaksa menghadap PdPR lebih lama berbanding calon SPM 2020 yang dapat menghabiskan pelajaran tingkatan empat dengan baik.

Kepada pelajar SPM 2020 yang memperoleh keputusan cemerlang, penulis ingin merakam ucapan tahniah kerana anda semua bukan sahaja telah teruji, malah mencatat sejarah tersendiri apabila terpaksa melalui pahit getir menjalani peperiksaan dalam saat yang amat sukar.

Gunakanlah sijil tersebut sebagai pasport untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang masing-masing.

Semoga ada dalam kalangan 401,105 calon SPM 2020 ini mampu menjadi saintis terkemuka suatu hari nanti, sekali gus membolehkan negara menjadi pengeluar vaksin sendiri bagi menentang Covid-19 yang kelihatannya sentiasa berubah-ubah dan amat sukar dikekang. – K! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post