Batu Nisan Ratu Hantu Indonesia Suzanna, Tiada Tarikh Kematian? Ini Sebabnya!

Batu Nisan Ratu Hantu Indonesia Suzanna, Tiada Tarikh Kematian? Ini Sebabnya!

Suzzanna Martha Frederika Van Osch atau Suzanna sangat dikenali ramai di Indonesia dan juga Malaysia pada era 90-an, aktres yang banyak membawa watak seram ini mendapat jolokan ‘Ratu Hantu’ dek kerana lakonan hantunya yang mantap.

Batu Nisan Ratu Hantu Indonesia Suzanna, Tiada Tarikh Kematian? Ini Sebabnya!





ARTIKEL MENARIK:“Lepas ni kalau korang tgk aku ada jual harta2 kesayangan tu ..paham2 jela” Demi ibu, Achey rela


Selepas 12 Tahun Baru Perasan Batu Nisan Tiada Tarikh Kematian

Dipetik dari Wiken, setelah 12 tahun pemergian aktres legenda ini orang ramai baru dapat tahu bahawa di batu nisan pelakon ‘Sundel Bolong’ ini tidak terukir tarikh kematiannya yang ada cuma nama penuh dan tarikh lahir Suzanna sahaja.

Wasiat Suzanna


Foto – Grid Health/Liputan6

Menurut suami Suzanna iaitu Clift Sangra, aktres jelita ini meninggalkan beberapa surat wasiat di mana dirinya mahu dimakamkan bersama anak sulungnya Ari Adrianus dan kakaknya Irene Beatrix Van Osch dalam satu liang lahat.

Semasa aktres ini masih hidup Suzanna sudah merancang menyediakan makam pengebumiannya sendiri, hal ini dikongsikan Clift bahawa Suzanna sudah siap menyediakan lakaran tempat istirehatnya.

“Dia meminta agar kertas HVS, gambarnya ada di atas seramik warna coklat dan dibawahnya ada batu-batu.” Ujar Clift

Dimaklumkan semasa makam tersebut disiapkan tukang ukir telah mengukir nama dan tarikh kelahiran Suzanna, manakala ruang tarikh kematian dikosongkan dahulu kerana waktu makan disiapkan aktres tersebut masih hidup.

Tiada Sumber Elektrik Punca Tarikh Kematian Tak Dapat Diukir


Foto – Jawa Pos


Loading...


Setelah Suzanna meninggal dunia, Clift meminta tukang ukir batu nisan mengukir tarikh kematian Suzanna 15 Oktober 2008 pada seramik pemakaman.

Tapi tukang ukir tidak dapat mengukir tarikh kematian aktres jelita ini kerana alat yang digunakan menggunakan elektrik, dan di kawasan pemakaman tersebut tiada sumber eletrik lalu sehingga sekarang batu nisan Suzanna tidak mempunyai tarikh kematian.

Tak sangka selepas 13 tahun pemergian aktres legenda ini, baru orang ramai tahu kenapa makam pelakon ‘Sundel Bolong’ ini tidak mempunyai tarikh kematian.


Kredit - Hangat.com



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post