Anak Saudara Alyah ‘Dikomakan’, “Beratnya Dugaan Kakak. Aku Hanya Mampu Berdoa Dari Kejauhan”

Anak Saudara Alyah ‘Dikomakan’, “Beratnya Dugaan Kakak. Aku Hanya Mampu Berdoa Dari Kejauhan”

Berkongsi kisah duka, Penyanyi Datin Alyah memohon orang ramai mendoakan anak saudaranya Siti Nazirah Aziz yang ‘dikomakan’ kerana kesukaran bernafas akibat jangkitan virus Covid-19.

Anak Saudara Alyah ‘Dikomakan’, “Beratnya Dugaan Kakak. Aku Hanya Mampu Berdoa Dari Kejauhan”



Paling menyedihkan Alyah memberitahu, kakaknya sekeluarga yang tinggal di Johor Bahru positif Covid-19 dan dugaan tersebut sangatlah besar buat keluarga kakak kesayangannya.

ARTIKEL MENARIK:‘Baru Je Kahwin, Tiba-Tiba Mengandung?’ – PersoaI Usia Kandungan, lni Respon ‘Padu’ Ayda Jebat Buat Netizen




Alyah Pohon Doa Orang Ramai

Alyah juga menerangkan selain anak buahnya Siti Nazirah dikomakan, kakak, abang ipar, seorang anak buah di Pasir Gudang dan tiga lagi dikuarantin di rumah. Ternyata dugaan besar buat keluarga kakaknya ini.


Keluarga kakak Alyah. 

Anak saudara Alyah, Siti Nazirah.



“Wahai sahabat ig ku sesungguhnya aku buntu kerna aku tidak mampu berbuat apa apa kecuali berdoa.Duduklah dibelakangku bersama berdoa dgn ku buat kakakku yg berada di wad c19.

“Abg iparku yg dikuarantinkan,seorang anak sedaraku yg telah dikomakan,seorang lagi yg dikuarantinkan di pasir gudang dan 3 dikuarantin dirumah.Dugaan besar buat keluarga kakakku.


“Terima kasih atas doanya wahai sahabat ig ku….

Aku benar benar harap kilang2 yg tak sepatutnya beroperasi di tutup sementara wabak ini tidak dapat dibendung.

“Kakak ku berniaga di kafe sebuah kilang di gelang patah (yeh brother) semasa keputusan kedua anak sedaraku positive c19 kilang terbabit masih beroperasi dan kilang terbabit adalah kilang Perabot,” luah Alyah di akaun Instagram miliknya.



Loading...


Dibanjiri Doa Oleh Rakan-Rakan




 

 

Sumber/Sumber Foto: Instagram Alyah via Mingguan Wanita




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post