“Akibat Tak Puas Hati…” -Wanita TerbaIikkan Barang JuaIan Gerai SebeIah Sampai BerseIerak

“Akibat Tak Puas Hati…” -Wanita TerbaIikkan Barang JuaIan Gerai SebeIah Sampai BerseIerak

PERSAINGAN antara asam garam dalam dunia perniagaan, apatah lagi perlu ‘berlumba-lumba’ menjual produk yang sama ditawarkan peniaga lain.

“Akibat Tak Puas Hati…” -Wanita TerbaIikkan Barang JuaIan Gerai SebeIah Sampai BerseIerak



Baru-baru ini tular di media sosial satu video yang menunjukkan seorang wanita dipercayai bertindak menterbalikkan barang jualan peniaga di gerai berhampiran di Kajang, Selangor.

ARTIKEL MENARIK:Gara gara tekanan perasaan sebab tak ada kerja masa pkp. Suami kurung anak dan isteri dalam rumah sampaikan terpaksa panggil anggota bomba.


Pun begitu, difahamkan dua peniaga tersebut tidak berniaga produk sama yang mana masing-masing menjual laksa dan keropok lekor .

“Kak, apa salah saya? Saya cuma berniaga sebelah khemah akak.

“Saya pun macam akak berniaga nak teruskan hidup.

“Tapi kenapa akak terbalikkan barang dagangan saya? Kita berniaga benda berbeza kan?,” antara luahan yang ditulis dalam video TikTok pengguna dikenali sebagai @nurul_anuar.

Lebih menyedihkan dalam video itu turut memaparkan situasi peniaga yang menjadi mangsa mengutip bahan-bahan jualan yang berselerak di tapak gerai.

Perkongsian video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet. Bahkan, ada bersimpati dan mendoakan yang terbaik.

 

Kata-kata warga maya:

– “Demi ALLAH mereka lupa rezeki bukan milik mereka. Sabar, ALLAH akan ganti yang terindah buat hamba-hambanya.”

– “Sampai hati. Zalim. ALLAH memberi rezeki, kita kena usaha bukan tamak macam ni. Ya ALLAH Engkaulah MAHA MENDENGAR.”

– “Apahal nak melampau sangat tu. Aku pula yang geram.”

– “Ya ALLAH tergamaknya. Dia tak percaya rezeki pada ALLAH ke? Semoga sis dilimpahkan rezeki berlipat ganda.”



Loading...


– “Sabar ya, doa orang teraniaya makbul. Terus kuat.”

“Semoga ALLAH gantikan dengan yang lebih baik. Sabarlah atas ujian ini.”

Difahamkan wanita yang bertindak kasar berkenaan sudah memohon maaf kepada ahli keluarga peniaga itu. Bagaimanapun laporan polis telah dibuat berkaitan insiden ini.

@nurul_anuar

🥺🥺🥺🥺🥺

♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Dalam perniagaan jangan jadikan pesaing sebagai musuh, sebaliknya berbaiklah kerana ia menguatkan semangat ‘persaingan’ yang sihat dan positif.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://sinarplus.sinarharian.com.my/

 


Kredit -Terengganu TV



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post