KUALA LUMPUR : Dilihat sudah memadam gambar bersama bekas madunya, Intan Liana Saleh semalam, pelakon Izreen Azminda, 36, menjelaskan tindakan itu dirasakan lebih afdal bagi mengelak lebih banyak kritikan.
Menurut Izreen, dia tidak memadam terus gambar bersama Intan kerana ia cuma berada dalam ruangan simpanan dalam akaun Instagram selain beranggapan telah selesai tugasannya mempromosikan program Melodi Raya baru-baru ini.
ARTIKEL MENARIK:Mungkin lepas ni bertiga. Muat naik gambar raya dengan suami sekali warganet perasan Neelofa seakan bagi hint sesuatu.
“Gambar itu untuk tujuan membantu urusan mempromosikan program berkenaan. Jadi, bila sudah habis, saya simpanlah. Bukan buang atau padam. “Jangan pula salah faham. Perbuatan minta maaf tempoh hari bukan pula untuk tujuan promosi. Maaf yang saya luahkan, sama ada dalam program atau dalam hantaran berserta gambar dengan Intan itu benar-benar ikhlas dari hati kecil saya,”katanya.
Izreen berkata demikian semasa dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas mengenai misteri kehilangan gambar dan hantaran berbaur kemaafannya yang sebelum itu dimuat naik dalam Instagram dan mendapat respons pelbagai daripada pengikut dan warga net.
Menjelas lanjut, kata Izreen, dia sedar ramai menzahirkan respons dan pandangan berbaur kritikan teruk kepadanya mengenai pertemuan yang disatukan oleh pihak Melodi tersebut. Tetapi katanya, gambar dan luahan kata yang dikongsikan terdahulu dalam Instagramnya bukan dilakukan bagi meraih perhatian atau simpati orang ramai.
“Bukan saya nak kata diri baik, bahkan sedar, diri tak perlu memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai kata maaf yang diluahkan. “Tapi kerana ia juga adalah permintaan penerbit demi tujuan yang dimaklumkan tadi, maka saya muat naik. Tiada niat apa pun, saya memang ikhlas,”katanya.
Dalam pada itu, Izreen berterima kasih kepada pasukan Melodi dan semua pihak termasuk pengikut yang sentiasa memberikan sokongan kepada setiap perkara yang mendatangkan kebaikan. Izreen berkahwin dengan Muhammad Radzi Abdul Wahid, 31,atau Ude, pada 8 Ogos 2017 secara rahsia atas permintaan pemuzik tersebut yang ketika itu masih bergelar suami kepada Intan.
Ude bagaimanapun dilaporkan telah melepaskan isteri pertamanya itu pada 22 Mac 2018 setelah lima tahun berkahwin. Bersama Intan, Ude memiliki dua orang anak iaitu Arish Muqry, 4, dan Ariq Muqry, 2. Sebelum Ude, Izreen pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada tahun 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia enam tahun.
Perkahwinan bersama Riza cuma bertahan selama tiga tahun setelah rumah tangga mereka dilanda badai juga bersabit orang ketiga. Lebih menimbulkan persoalan apabila Intan seolah-olah belum lagi memaafkan aktres berkenaan dan memberitahu dia menerima undangan ke program berkenaan atas dasar profesional.
Malah menerusi Instagam, Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh , 35, menulis luahan hati yang menggambarkan niat seseorang diumpamakan seperti surat dan perlu dikirimkan pada alamat yang betul. “Niat itu seperti surat. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempat. Setiap orang akan kembali kepada apa yang diniatkan. Jadi, betulkan niat.
Intan dan Izreen dipertemukan dalam program Melodi Raya. “Selagi tak ada rasa bahagia. Selagi ada kesulitan. Mana mungkin akan melupakan. “Lihat pada situasinya, jika ikhlas hanya Allah, aku dan dia,” tulisnya yang turut meletakkan hastag #buatapayangAllahsuka dan #akubukansiapasiapa.
Malah, reaksi berkenaan turut menerima komen pengikutnya yang mengaitkan luahan itu ada kena mengena dengan pertemuannya dengan Izreen, 35, pada rakaman Melodi Raya itu. Selagi tak ada rasa bahagia. Selagi ada kesulitan. Dalam pada itu, seorang pelakon yang juga kawan rapat Intan iaitu Nazia Mustafar berpendapat permohonan maaf yang dilakukan Izreen hanya ‘permainan’ semata-mata.
“Kesian adik aku ni kena game, permainan demi permainan@ritrud727, haaa kan nampaklah konon-konon baik nak minta maaf, orang akan kata pulak ko yang tak nak maafkan dik, tapi orang tak tahu apa jadi selama ini, ” tulisnya. Izreen berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017.
Sekitar tahun 2017, berita perkahwinan Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pernah mendapat perhatian warganet. Izreen menerima kritikan warganet dan dikatakan permpas memandangkan ketika itu suaminya sudah mempunyai seorang isteri iaitu Intan Saleh.
Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013 dan membuat keputusan untuk berpisah talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini berpisah selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup. Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.
Manakala, Izreen kini hamil lima bulan untuk kali ketiga dan anak keduanya bersama Ude. Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 2. Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar daripada perkahwinan lalunya.
Sumber : limauasamboi
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kecoh Pasal Izreen Azminda Dan Bekas Madu. Kali Ni Janna Nick Pula Dikritik Teruk Gara Gara Tanya Soalan Sensitif Pada Intan Liyana.
Pelakon dan pengacara Janna Nick sekali lagi dikritik oleh warganet gara-gara bertanyakan soalan sensitif kepada personaliti media sosial, Intan Liana Saleh mengenai calon pengganti selepas dilepaskan oleh suaminya, Ude Wahid. Soalan itu ditanya oleh Janna ketika segmen ‘Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih’ dalam siaran program Melodi Raya yang disiarkan semalam (Ahad).
“sudah jumpa pengganti atau belum?” tanya Janna kepada Intan yang ketika itu turut disaksikan oleh bekas madunya, Izreen Azminda. Dalam segmen tersebut, produksi Melodi telah menemukan buat pertama kalinya Intan dan Izreen dalam program televisyen bagi melupakan persengketaan diantara mereka berikutan pelakon itu didakwa merampas suami Intan ketika itu sekitar tiga tahun lalu.
Warganet Tertanya Mengapa Tidak Jemput Sheila Rusly
Di media sosial, rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan soalan-soalan yang diajukan Janna kerana disifatkan tidak sensitif dengan situasi Intan sekaligus mencetuskan amarah dan persoalan daripada mereka. Malah tidak kurang juga, ada yang mempertikaikan segmen tersebut seharusnya turut menemukan Janna bersama penerbit dan pelakon popular, Sheila Rusly selepas kedua-duanya dikatakan mempunyai perselisihan faham sehingga ke hari ini.
Sebagai info, Intan dan Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid bercerai pada 22 Mac 2018 selepas 5 tahun mendirikan rumah tangga bersama. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4. Terdahulu, Intan dan Izreen ‘sempat bermadu’ selepas pemuzik bebas itu bernikah dengan Izreen pada 8 Ogos 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
Hasil perkongsian hidup Izreen dan Ude,mereka mempunyai seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim,2 dan pelakon itu juga sedang menghamilkan anak kedua mereka yang kini berusia 5 bulan. Menerusi perkahwinan Izreen terdahulu, dia juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Murai
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Izreen Dan Intan Dikatakan Dipaksa Daripada Melodi. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Penerbit Tampil Bersuara Bongkarkan Perkara Sebenar Buat Ramai Yang Terkejut.
Kuala Lumpur: “Saya sendiri menghubungi Izreen dan juga Intan untuk mendapatkan persetujuan mereka bagi dipertemukan dalam rakaman Melodi Raya kami. Tak ada paksaan langsung,” kata Penerbit Melodi, Noradillah Abdullah atau Adeed.
Adeed dihubungi menjelaskan pihaknya sebagai media bertanggungjawab sudah melakukan urusan secara beretika yang betul dan sedikit pun tidak memaksa mana-mana pihak untuk bersetuju. Katanya, jika tak mahu atau belum bersedia boleh sahaja menolak terus.
“Ketika hubungi Intan, saya terlebih dahulu sudah jelaskan mengenai satu segmen yang kami nak buat dinamakan Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih. Segmen ini, kami (Melodi) nak pertemukan Intan dan Izreen untuk program Melodi Raya. Kalau setuju, kita nak jemput dia (Intan).
“Begitu juga, yang saya cakap pada Izreen ketika hubungi dia dan bertanya. Malah, dia (Izreen) kata boleh, tapi minta saya dapatkan persetujuan daripada Intan. Jadi, mereka dipertemukan selepas kedua-duanya bersetuju tanpa sebarang paksaan pun,” katanya kepada Harian Metro.
Ujar Adeed, Melodi juga bukanlah pihak yang cuba nak mempermainkan sesiapa. Katanya, persetujuan memang diminta terlebih dahulu dan dia tidak sesekali bertindak melulu atau bersikap memandai-mandai. “Saya ingat jawapan yang diberikan Intan dan dia sangat profesional. Sejujurnya, saya kagum dengannya. Dia kata okay, boleh dan saya tanyakan dua kali padanya untuk ‘confirm’. Saya ulang cakap, segmen ini nak pertemukannya dengan Izreen dan dia kata, boleh.
“Di pihak kami (Melodi), memang takkan paksa. Malah, itu adalah cara kerja saya. Pada saya, kalau orang nak datang, datang. Kalau belum bersedia, mereka boleh cakap terus dan kami pun bukan jenis memaksa,” ujarnya. Jelas Adeed lagi, pihak Melodi sebenarnya ada meminta persetujuan daripada beberapa artis lain yang didapati terkait masalah dan ingin dipertemukan untuk segmen berkenaan.
Tapi, apabila mereka menolak atau salah satu pihak belum bersedia, kami akur dan menerima sahaja keputusan itu. Terdahulu, di media sosial heboh diperkatakan oleh warganet mengenai sesi pertemuan Izreen dan Intan dalam program Melodi Raya kerana kedua-duanya saling bermaaf-maafan.
Malah, Adeed turut menepis dakwaan seorang warganet yang mempersoalkan tindakan pihak Melodi dengan menyifatkan cuba membli Intan apabila mempertemukannya dengan Izreen pada program itu. “Kami ada etika. Bukan bli seperti apa yang awak cakap tu. Pertemuan atas persetujuan Intan dan Izreen juga. Sebelum jemput pun, kami sudah fikir,” katanya.
Menurut Adeed, kebanyakan warganet lebih memilih membuat andaian terlalu awal sebelum menonton program itu. Katanya, Intan sendiri ketika ditanya oleh pengacara Melodi, apa yang membuatkannya terbuka hati untuk bertemu menjawab, dia bersikap profesional.
Sehubungan itu, program Melodi Raya yang mempertemukan Intan dan Izreen itu disiarkan di TV3, hari ini. Ia dihoskan gandingan pengacara Awal Ashari dan Janna Nick. Intan adalah bekas isteri kepada pemuzik bebas, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid yang kini suami, Izreen.
Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013, sebelum berpisah talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini berpisah selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup. Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.
Dalam pada itu, Izreen kini hamil lima bulan untuk kali ketiga dan anak keduanya bersama Ude. Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, berusia dua tahun, selain Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar daripada perkahwinan lalunya.
Pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu berkata, dia mengakui jujur memohon maaf yang lahir dari hati sebanyak tiga kali sepanjang pertemuan tersebut. “Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya.
Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama.“Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf. Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak,” ujarnya.
KOMEN WARGANET
Terdahulu, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin dengan Izreen secara rahsia pada Ogos 2017 sebelum melepaskan Intan pada Mac 2018. Pernah bermadu, akhirnya dapat minta maaf pada Intan. Ude dan Intan mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Hasil perkahwinan dengan Ude yang juga pemuzik, Izreen kini sedang hamil anak kedua selepas dikurniakan cahaya mata pertama, Aaron Ibrahim. Pernah bermadu, akhirnya dapat minta maaf pada Intan. Menerusi perkahwinan pertama bersama bekas suami Muhamad Riza Baharudin, Izreen dikurniakan cahaya mata sulung Muhammad Adrian Umar.
Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Akhirnya Termakbul Doa Dia Selama Ni. Izreen Azminda Tampil Bersuara Bongkarkan Apa Yang Terjadi Sebelum Dia Berjumpa Dengan Bekas Isteri Suaminya.
Kuala Lumpur: “Saya minta maaf tiga kali pada dia (Intan).” Itu kata pelakon terkenal Izreen Azminda apabila dipertemukan dengan bekas isteri suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude iaitu Intan Liana Saleh pada rakaman program Melodi Raya baru-baru ini.
Izreen, 36, atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam berkata, dia bersyukur apabila Melodi menjadi orang tengah untuk mempertemukan mereka selain menganggap doanya selama ini dimakbulkan Allah SWT. “Alhamdulillah, syukur pada Allah. Apabila pihak Melodi bertanyakan perkara ini, saya okay dan tidak ada apa-apa halangan. Bukan sebab ia untuk program, tapi saya memang sudah lama menantikan peluang ini.
“Apabila dia pun sudi dan bersetuju datang, bagi saya ia satu rahmat. Saya cakap pada diri, doa saya dimakbulkan Allah. Kiranya ini adalah pertemuan pertama kami selepas empat tahun. “Bagi saya, apa saya nak buat selama ini, Melodi sudah realisasikan untuk saya. Ibaratnya Melodi menjadi orang tengah,” katanya kepada Harian Metro.
Izreen yang kini hamil anak ketiga berkata dia tidak melepaskan peluang itu dengan meminta maaf terhadap Intan.
“Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya. Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama. “Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf. Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak,” katanya.
Kisah membabitkan pertemuan Izreen dan Intan itu bakal ditayangkan pada program Melodi Raya di TV3, esok. Berkongsi mengenai kehamilannya yang kini mencecah usia lima bulan, Izreen berkata pada awalnya dia mengalami alahan teruk.
“Alhamdulillah, sekarang ini semuanya okay. Cuma pada awal kehamilan saja yang mana alahan dirasai berbeza dengan dua anak sebelum ini. “Kali ini sampai bau minyak masak pun tak boleh hidu. Jadi, saya tak masak. Masuk bulan keempat, semuanya kembali okay,” katanya.
Mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, Izreen meraikan bersama suami dan anak mereka, Aaron Ibrahim serta ibunya. Sementara anak sulungnya, Adrian Umar beraya bersama bekas suami juga pengarah, Muhammad Riza.
Sumber: HMetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kredit -
Post a Comment