Viral di media sosial apabila seorang lelaki yang dikatakan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) didakwa telah memuat naik satu status di mana dia sedang mencari perkhidmatan untuk merbhkan sebuah rumah lama dalam masa terdekat.
Berikutan daripada itu, bekas isteri PU tersebut telah mengaku bahawa rumah yang dimaksudkan itu merupakan rumah yang pernah didiami oleh mereka.
ARTIKEL MENARIK:Tak habis lagi isu rumah. Tak boleh berdiam akhirnya bekas isteri Pu Raihan bongkarkan harga sebenar banglo tu buat ramai yang terkedu.
Terbaru, wanita yang bernama Ain ini berharap bekas suaminya dapat membuat permohonan maaf secara terbuka kerana status yang dimuat naik itu seakan berbaur ugutan memandangkan isu rumah mereka belum dibicarakan di mahkamah.
Siapa buka aib sendiri?
Tak salah mohon maaf secara public atas posting untuk runtuhkan rumah itu. Siapa dulu yang start up status nak runtuhkan rumah dekat media sosial? Sebelum ini tak ada siapa yang tahu siapa bekas suami saya. Siapa yang buka aib sendiri. Menurut Ain, dia tidak bercakap bahawa pihaknya berada dalam keadaan yang betul. Ini kerana, dia juga mempunyai kesalahan dan kekurangan sebagai manusia. Tambahnya lagi, dia tidak mahu bekas suaminya itu melakukan provokasi berkaitan isu rumah, perempuan atau menggtnya dengan menggunakan polis, peguam dan mahkamah.
Kalau dah pisah tu pisah dah. Habis cerita. Ya
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Hanya kepdamu aku meminta pertolongan. Jangan main-main dengan balasan Tuhan. Kalau Allah nak buka aib kita sekelip mata sahaja. Jangan aniaya orang. Jangan rasa angkuh. Takutlah dengan Allah. Takutlah dengan balasannya. Jelas Ain lagi, tidak salah sekiranya bekas suaminya itu melakukan permohonan maaf berhubung isu hendak meruntuhkan rumah mereka.
Adik ipar kesayangan
Ya As*** Hu** adik ipar kesayangan kakak. Hanya As*** orang pertama yang tahu punca dan sebab kakak berpisah. Dah tahu kan salah abang PU dekat mana? Masih nak tegakkan perkara yang batil? Jaga keluarga baik-baik. Takut suami cari nombor tiga pula nanti. Sementara itu, Ain turut memuat naik satu posting terhadap adik ipar kesayangannya. Menurut Ain, adik iparnya merupakan orang pertama yang tahu mengapa dia dan bekas suami berpisah.
Dakwaan mahu robh banglo bekas isteri, PU Raihan tampil beritahtu perkara sebenar
BARU-BARU ini Pencetus Ummah (PU) Raihan Husni menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan warganet apabila muncul dengan status di Facebook mencari perkhidmatan untuk merbhkan sebuah rumah ‘batu’. Bagaimanapun persoalan itu segera terjawab apabila bekas isteri PU Raihan atau Raihan Husni yang dikenali sebagai Ain Qaiyimah tampil menjelaskan kisah di sebalik rumah berkenaan.
Ujar Ain, dia kecewa apabila Raihan mahu mendahului mahkamah berhubung status rumah tersebut yang dibina menggunakan wangnya di atas sebidang tanah milik bapa pendakwah berkenaan. Tampil menjelaskan mengenai hal itu Raihan muncul menerusi kenyataan terkini dan berkata bahawa isu dia dengan sengaja mahu merobhkan rumah berkenaan sebenarnya tidak berbangkit.
Malah kini dia berkata mahu menunggu proses mahkamah berhubung tuntutan mut’ah bekas isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di Hulu Langat pada 16 Jun depan. Menerusi perkongsian di Facebook, Raihan mendedahkan butiran tuntutan Ain selaku plaintif yang meminta bekas suaminya membayar mut’ah sebanyak RM300,000.
Ujar Raihan, dia bagaimanapun tidak bersetuju dengan jumlah tuntutan berkenaan. Saya pasti rumah itu nilainya tidaklah seperti jumlah yang dituntut, apatah lagi setelah segala perabot dan perhiasan dibawa keluar nanti. “Pada 6 Mei lalu saya tanpa gagal hadir ke Majlis Sulh di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat tepat pada masanya.
“Tetapi apabila mendapat tahu tentang tuntutan mut’ah sebanyak RM300,000 itu sebenarnya adalah bayaran tebus harga rumah, sememangnya saya berhak untuk tidak bersetuju,” kata Raihan. Tambah pemenang tempat keempat rancangan Pencetus Ummah 2016 ini, dia yakin nilai rumah berkenaan tidak seperti yang dituntut Ain atas beberapa faktor.
Notis tuntutan mut’ah. “Kenapa saya tidak bersetuju? Kerana ia merupakan rumah dua bilik yang dibina atas tanah yang pemiliknya masih ayah kandung saya sehingga saat ini. “Saya pasti rumah itu nilainya tidaklah seperti jumlah yang dituntut, apatah lagi setelah segala perabot dan perhiasan dibawa keluar nanti.
“Jadi bagi saya tiada isu tentang saya tidak bertanggungjawab, tidak beri kerjasama atau jauh sekali dengan sengaja ingin meruntuhkan rumah itu,” katanya seperti yang dipetik daripada hantaran Facebook. Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapat penjelasan terperinci daripada Raihan tidak berhasil.
“Saya dah buat laporan polis dan kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) serta serahkan kepada peguam. “Saya tak boleh nak cakap apa-apa sebab ini privasi saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kredit -
Post a Comment