Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya dike.jutkan ins.iden perg.aduhan antara dua tonggak sayap, Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid ketika pasukan sedang menikm4ti makanan tengahari di hotel penginapan di Manama, Bahrain, hari ini.
Insiden itu nyata menc.emaskan pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe yang kelihatan agar p.anik ketika Sumareh dan Safawi sedang berg.elut antara satu sama lain.
ARTIKEL MENARIK:Jurulatih Sukan Jadikan Pemainnya Sebagai Hamba Seks Untuk Memuaskan Nafsunya, Dirgol 400 Kali
Bagaimanapun, Cheng Hoe dikejutkan dengan nyanyian hari lahir oleh anak buahnya serta membawa kek sempena hari lahirnya yang ke-53 pada hari ini.
Ins.iden itu rupa-rupanya lakonan dari dua pemain itu semata-mata untuk memberi kejutan buat Cheng Hoe yang menyangka perg.aduhan itu benar-benar berlaku.
“Saya amat terkejut (lakonan pergaduhan antara Sumareh dan Safawi)…terima kasih semua, saya ucapkan semuanya sihat dan harap kita mampu lakar sejarah,” katanya dalam video yang dikongsi pasukan.
Sementara itu, Sumareh memohon maaf sambil mengakui lakonan itu dilakukan untuk membuat kejutan kepada Cheng Hoe.Ketika ini, skuad negara dalam persiapan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 3 Jun ini.
Malaysia akan menentang UAE pada aksi pertama sebelum bertemu Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).
Kredit : HMetro
Bahrain hukum kesilapan sendiri Harimau Malaya
KUALA LUMPUR: Kesilapan sendiri menghukum skuad Harimau Malaya apabila tewas 2-0 kepada Bahrain pada Aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bahrain, Riffa, awal pagi tadi.
Malaysia yang menampilkan persembahan terpuji pada separuh masa pertama, terlebih dahulu menguji gawang gol tuan rumah pada minit kelapan, namun sepakan leret kaki kiri tonggak pertahanan, Matthew Davies tepat ke dakapan penjaga gol Sayed Shobar Alawi.
Pasukan kendalian Helio Sousa hampir menghukum kelekaan barisan pertahanan negara pada minit ke-21, tetapi percubaan penyerang Mahdi Abduljabbar berjaya ditepis keluar Mohd Farizal Marlias.
Bahrain, yang menghuni ranking ke-98 dunia, sepatutnya berada di depan hasil serangan balas dilakukan tuan rumah, namun jaringan Mahdi pada minit ke-28 dibatalkan selepas penyerang berkenaan berada dalam kedudukan offside.
Bagaimanapun, kesilapan pemain pertahanan tengah, Muhammad Irfan Zakaria yang menjatuhkan Mahdi membawa padah dan menyaksikan pengadil tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.
Penggempur Manama Club itu dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-41 untuk meletakkan skuad tuan rumah di hadapan.
Skuad kebangsaan hampir menyamakan kedudukan pada minit pertama masa kecederaan babak pertama, tetapi tandukan Muhammad Syafiq Ahmad yang menyambut hantaran cantik dari sebelah kanan oleh Matthew, hanya melambung tinggi.
Pemain gantian Mohd Jassim Marhoon terus menambah ‘luka’ Harimau Malaya apabila menolak masuk bola ke dalam gawang negara pada minit ke-61 untuk jaringan kedua Bahrain, selepas bijak menghidu tampanan kurang kemas Farizal yang menerima ‘back pass’ daripada pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi.
Peluang terbaik Malaysia pada separuh masa kedua hadir menerusi minit ke-65 Norshahrul Idlan Talaha apabila percubaannya ditepis Sayed Shobar, selepas situasi kelam-kabut di kawasan pertahanan Bahrain berpunca daripada umpanan kapten pasukan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.
Keputusan berkenaan menyaksikan Malaysia mencatat kekalahan kedua berturut-turut selepas tumpas di tangan Kuwait 4-1 pada aksi pemanas badan Ahad lepas di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Malaysia yang berada pada kedudukan kedua Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, akan bertemu UAE pada 3 Jun, diikuti aksi berdepan Vietnam (11 Jun) sebelum menamatkan kempen kelayakan menentang Thailand (15 Jun).
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: citermaya via Komedi Media
Post a Comment