Masa nak daftar buku pink tu wanita ini sengaja larikan terikh datang bulan supaya doktor tak tahu yang dia mengandung sebelum nikah. Tapi terkejut bila tiba tiba nurse bagitahu sesuatu.

Masa nak daftar buku pink tu wanita ini sengaja larikan terikh datang bulan supaya doktor tak tahu yang dia mengandung sebelum nikah. Tapi terkejut bila tiba tiba nurse bagitahu sesuatu.

Sebelum saya dan suami nikah kami terIanjur sampai mengandung tapi saya tak sedar. Saya takut jadi saya tipu tarik last period dekat nurse dan doktor.

Masa nak daftar buku pink tu wanita ini sengaja larikan terikh datang bulan supaya doktor tak tahu yang dia mengandung sebelum nikah. Tapi terkejut bila tiba tiba nurse bagitahu sesuatu.



Sepatutnya kandungan dah 16 minggu tapi saya tipu jadi 12 minggu. Sehinggalah nurse scan perut, dia terkejut tengok size perut dan baby. Dia kata tak macam 12 minggu dan nak refer doktor takut kembar atau ketumbuhan. Tolong bantu saya…

ARTIKEL MENARIK:Hanya bertahan 2 minggu dan sijil nikah pun belum daftar. Perkongsian wanita ini raih perhatian ramai


Assalamualaikum buat semua pembaca, tolong hide luahan saya ni ye admin. Terima kasih. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf. Kisah saya macam ni. Saya sudah berkahwin dengan lelaki yang saya cintai dan kami berdua baru mendirikan rumah tangga dalam 6 bulan. Umur saya sekarang berumur 21 tahun dan suami pula berumur 23 tahun.

Masalah yang saya aIami, sebelum saya dan suami diijab kabul saya dan suami pernah terIanjur sampai mengandung tapi saya tak tahu yang saya mengandung sampailah kami berdua selamat akad nikah. Bermula lah kehidupan kami suami isteri. Selepas 2 minggu kami berdua pergi bercuti dan dalam masa yang sama saya merasa diri saya lain dari sebelumnya. Munth munth, mbk laut, makan tak lalu dan sebagainya.

Suami takut saya sakit apa apa jadi kami pun pergi klinik terdekat untuk check. Selepas check doctor bagi tau yang saya dah mengandung sebulan. Maknanya masa akad nikah kandungan saya sudah nak masuk sebulan. Saya tak tahu apa perasaan nak digambarkan ketika itu. sedih gembira takut menjadi satu. Saya tahu saya dan suami sudah pun melakukan dosa yang besar.

Dan saya rasa sangat menyesal tapi walau bagaimanapun saya terima kandungan ni dengan reda dan ikhlas dan saya bahagia sangat. Yang menjadi masalah saya sekarang adalah untuk buat buku merah di klinik. Baru baru ini. Saya ada pergi di klinik kerajaan untuk buat buku merah. Masa ini baby sudah 16 minggu . Tapi bila saya pergi di sana saya tipu nurse sana. Saya larikan tarikh first period saya .

Sepatutnya tarikh period saya 16/6 tapi saya tukar jadi 16/7 jika saya bagi tau tarikh yang betul nurse akan tahu yang saya ada baby sebelum kami nikah . Maksudnya saya mengandung sebulan awal dari tarikh kami nikah. Jadi dalam proses buat buku merah semuanya berjalan lancar. Tiba lah masa dia check payudra dan perut .

Dia terkejut sebab perut saya besar 18cm sepatutnya dia cakap orang yang mengandung 12w perut dia tak besar macam ini. Saya hanya diam tanpa cakap apa – apa. Tapi lepas check up dia ada tanya saya. “awak pernah bersama dengan suami sebelum nikah ke?“ saya cakap tak sebab saya takut nanti di pendaftaran nama anak saya tak boleh dibinkan nama suami saya sebab anak luar nikah. Sebab itu saya tak cakap benda betul.

Tapi nurse cakap tak ape dia akan buat temu janji untuk saya jumpa doc check kandungan takut kembar ataupun ketumbuhan sebab perut besar. Padahal perut saya besar sebab kandungan saya sudah 16w bukan 12w. Allahu saya nak menangis sangat masa tu. Saya menyesal dengan perbuatan bdoh saya dan suami. Sekarang saya dan suami puas fikir macam mana hendak berterus terang atau pun menipu lagi.

Tapi nanti jika tarikh temu janji dengan doc tiba . Doctor akan tahu memang tiada kembar atau pun ketumbuhan. Maaf ye akak – akak dan abang – abang yang baca status ni . Saya tak tahu nak buat ape lagi, fikiran saya buntu. Saya sayang kandungan ini tak mungkin saya akan buang untuk menyelesaikan malasah saya. Saya dah buat kesalahan yang terbesar dalam hdup saya tak mungkin saya mengulanginya lagi

Tolong la saya. Saya dan suami takut jika berterus terang nanti nama anak tak boleh dibinkan atau dibintikan nama suami saya. Tarikh temu janji semakin hampir saya semakin tertekan dan buntu apa patut saya buat. Saya malu dengan diri saya, saya malu dengan Allah s.w.t

dan saya malu dengan semua orang. Pembaca – pembaca adalah ‘orang’ kedua yang tahu pasal masalah saya. Puas saya mengadu dekat yang maha esa. Puas saya menangis tapi saya tak dapat jawapan nya lagi. Harap ada yang dapat membantu dan bagi nasihat untuk kami. Wasalam

Komen Warganet :

Anum Azani : Ni pentingnya kena ada ilmu, ilmu ada mengatasi keinginan yang ada. Bab hukvm jangan buat main dengan keinginan. Hukvm tetap hukvm walau nak sorok dengan penipuan anak tetap tak sah dan kalau anak permpuan nak kahwin nanti pon tetap kena pakai wali hakim. Lebih baik adik pergi jumpa ustaz, ustazah atau pagawai agama tanya macam mana. Jangan buat hukvm sendiri. Sebelum ni dah tersasar dan buat hukvm sendiri atas kejahiIan diri, jangan Iibatkan anak pulak atas kejahiIan ni.

Firdaus Shakirin : 16w ni, dalam lingkungan 4 bulan kan? Jadi masih ada 5 bulan lebih, kerisauan tu munasabah sebab awak takut anak tu jadi anak tak sah taraf, tapi kalau boleh, tolong hadirkan diri ke pejabat agama. Bagitahu semua kerisauan tu, di situ nanti akan ada penyelesaian.  



Loading...


Mintalah ustazah mana – mana bantu kes ni. Insyaallah, akan dapat jawapan yang awak cari tu. Berkata benarlah walaupun ianya pahit disebabkan kita tak nak anak tu hidup dalam status yang meragukan kelak.. Jangan silap menasabkan anak, nanti ianya akan menjadi kesilapan dan dsa yang berterusan dan berpanjangan.

Nurazmiratul Shazreena : Berterus terang dengan nurse dan doktor. Ni melibatkan nyawa. Ko cakap 12w sedangkan dah 16w, beza 4 minggu tu dik. Katakanlah ko bersalin time 37w, tapi dalam rekod klinik jadi ko bersalin time 33w. 33w tu diaorg kira bayi pramatang. 37w ke atas baru normal. Tolong pikir panjang sikit.

Nyawa baby tu jangan dibuat main. Lagipun nanti diorang scan, diorang ada estimated week. Bukan diaorg tak boleh tau ko menipu. Tapi kalau info ko bagi berbeza dengan apa yang diaorg jangkakan, ko rasa bila ada masalah nanti diaorg boleh cepat – cepat bertindak tak, ikut prosedur yang betul?

Ko nk baby berbin suami, sila rujuk pejabat agama bagi jelas betul – betul boleh ke tidak. Sebab kalau sebenarnya tak boleh berbin/binti suami ko, sepanjang hayat berdosa weh. Kena ikut nasab. Kalau pejabat agama cakap boleh sebab bawah 6 bulan,

ko boleh la letak bin/binti suami. Kalau diorang kata tak boleh, kalau ko letak jugak rasa – rasa apa hukvm dia? Kalau anak perempuan, dan sebenarnya tak boleh binti suami ko tapi ko letak jugak, nanti dah besar nak kahwin macam mana?

Bagi je suami jadi wali? Sah ke tak kahwin dia nanti? Kalau tak sah, sepanjang hidup dia berdsa sebab ingatkan dah kahwin tapi sebenarnya buat perkara yang tak elok. Ni CONTOH implikasi bila buat tak rujuk pada yang ahli. Aku bukan kata tak boleh bin/binti tu sebab aku bukan ahli. Tak layak nak tentukan sebab ilmu tak cukup. Sebab tu kena refer pejabat agama. Jangan dibuat main.

Aziha Nuril : Tarikh boleh tipu tapi size rahim tak boleh tipu dik. Bin binti ni melibatkan nasab dik. Sangat serious. Nasab ni menentukan status wali, status mahram dan status waris faraid. Kalau dua minggu nikah kandungan sebulan, ikut hukum boleh dinasabkan. Tapi berterus terang dan berhadapan dengan mereka yang pakar lebih baik. Tolak tepi malu, yang salah adik dan suami bukan anak.

Rizal Rodzuan : Rasanya jujur tu lebih baik. Ni bukan semata – mata demi nasab keturunan, malah demi kesihatan. Takut kalau makan ubat atau diberi suntikan yang salah masa kerana kekeliruan umur baby tu dan sebagainya bagaimana? Saya cadangkan kalau tak nak anak tu malu, suami tu yang pi pejabat pendaftaran tukar nama kepada nama hamba Allah tapi jangan nasabkan, selagi tak dapat pengesahan dari pakar agama ya.

Sambungan..

Assalammualaikum, mohon hide admin ,

Saya yang 2 hari lepas post pasal saya menipu kandungan saya tu. Alhamdulillah atas semua nasihat kakak dan abang – abang hari ini saya sudah pun selesai temu janji dengan doc dan saya bagi tau benda yang betul . Alhamdulillah juga doc tak sibuk pun hal saya yang terdahulu .

Terima kasih banyak banyak yang memberi nasihat kepada saya. Dan terima kasih jugak kepada yang berkata kesat dekat saya. Tak apa saya maafkan. Siapa saya nak hukvm orang. Saya tau salah dsa saya tapi mulut orang saya tak boleh tutup. Saya

hanya minta nasihat tapi dicci dan dimki. Allahu semoga Allah memaafkan kalian wahai kakak – kakak dan abang – abang sekalian . Saya post luahan ni semata – mata nk ucap terima kasih saja kepada yang memberi nasihat kepada saya. Semoga Allah membaIas kebaikan anda semua. Maaf jika saya salah berkata kata. Terima kasih admin siarkan post saya.

Sumber : www.two.e-kesah.com



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post