Kisah Pramugari Terjatuh Dari Angkasa Ke Bumi Pada Ketinggian 10, 160 Kaki Tanpa Payung Terjun Tapi Terselamat

Kisah Pramugari Terjatuh Dari Angkasa Ke Bumi Pada Ketinggian 10, 160 Kaki Tanpa Payung Terjun Tapi Terselamat

Seolah-olah sukar untuk dipercayai namun itulah yang terjadi pada 1972, yang mana seorang wanita berusia 22 tahun terselamat daripada tragedi malang yang menyebabkannya terjatuh dari pesawat pada ketinggian 10, 160 meter tanpa sebarang payung terjun.

Kisah Pramugari Terjatuh Dari Angkasa Ke Bumi Pada Ketinggian 10, 160 Kaki Tanpa Payung Terjun Tapi Terselamat



Vulovic berpindah ke London sebagai pelajar universiti sebelum kemudiannya menjadi pramugari syarikat penerbangan Yugoslavia JAT pada 1971.

ARTIKEL MENARIK:(Video) 'Setiap hari saya minum' - Ahli Parlimen India minum air kencing lembu untuk elak dijangkiti Covid-19


Kejadian tragis tersebut terjadi dalam tempoh hanya kurang dari setahun ketika Vulovic berkhidmat sebagai seorang pramugari.


Menurut laporan, difahamkan bahawa Vulovic terperangkap oleh troli makanan di bahagian ekor pesawat ketika ia jatuh ke bumi dalam suhu beku.

Ekor pesawat tersebut dikatakan mendarat di bahagian lereng gunung yang berhutan tinggi dan berselimutkan salju, yang dianggap telah mengurangi dampaknya.

Vulovic diselamatkan oleh Bruno Honke, seorang tukang kayu yang terdengarnya menjerit dalam kegelapan sementara serpihan jatuh di sekitar mereka.

Setibanya di hospital, Vulovic koma selama 10 hari, dia mengalami kecederaan pada bahagian tengkorak, kedua-dua tulang belakangnya hancur termasuklah tulang di bahagian pinggan, rusuk dan kakinya.



Loading...


Ketika ditemu ramah New York Times pada 2008, Vulovic berkata, “Tidak ada yang menyangka saya akan hidup selama ini.”

Tragedi tersebut membuatkan nama Vulovic direkodkan dalam Guinness Book of Records pada 1985 kerana mampu bertahan tanpa payung terjun dari kejatuhan yang tertinggi.

Seolah-olah ajaib apabila pesakit yang mempunyai kemungkinan besar untuk mengalami kelumpuhan dari bahagian pinggang hingga ke bawah mampu untuk pulih sepenuhnya, malahan juga kembali bekerja untuk syarikat penerbangan tersebut dengan tugasan dari dalam pejabat.

Biarpun begitu, Vulovic dikatakan tidak pernah ingat tentang kemalangan mahupun saat ketika dia diselamatkan. Bahkan, dia juga terus menaiki pesawat tanpa sebarang perasaan gerun.

“Orang selalu ingin duduk di sebelah saya ketika berada di dalam pesawat,” ujarnya.

Pada 2016, Vulovic akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di usia 66 tahun.

kredit syok



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post