Ibu Neelofa buat laporan polis, nafi hina Sultan Johor

Ibu Neelofa buat laporan polis, nafi hina Sultan Johor

KUALA LUMPUR – Ibu selebriti Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung tangkap layar di media sosial miliknya yang tersebar dan menghina sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia.

Ibu Neelofa buat laporan polis, nafi hina Sultan Johor



Noor Kartini menjelaskan, perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerjanya yang mempunyai akses kepada sosial medianya.

ARTIKEL MENARIK:Kecoh cerita Mawar Karim dah berkahwin dengan Ahli politik sampai kena tahan dengan sjr. Rupanya ini cerita yang tersebar.


“Berhubung tangkap layar daripada media sosial (Instagram story) saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada sosial media (Instagram) saya.

Pix-2-1
Tangkap layar daripada media sosial Noor Kartini yang tersebar da menhina sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia.

“Beliau yang merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuatnaik instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorkartini).

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Kepada Istana Negeri Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Loading...


Sebelum itu, hantaran Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di akaun Instagramnya hari ini dikaitkan dengan isu yang sama.


“Sesungguhnya adab itu tidak akan boleh didapati dengan jual beli, akan tetapi ia adalah suatu yang terbit di dalam hati setiap insan yang dididik dengan baik…” tulisnya.

Hantaran itu dipercayai ada kaitan dengan tangkap layar dari akaun Instagram @noorkartini iaitu milik Noor Kartini .- MalaysiaGazette




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post