Baru semalam kerajaan umumkan nak buat total lockdown terkejut tengok ini yang berlaku dekat tol gombak dan tol sungai besi.

Baru semalam kerajaan umumkan nak buat total lockdown terkejut tengok ini yang berlaku dekat tol gombak dan tol sungai besi.

KERAJAAN memutuskan untuk menguatkuasakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara. 

Baru semalam kerajaan umumkan nak buat total lockdown terkejut tengok ini yang berlaku dekat tol gombak dan tol sungai besi.

 


Menerusi satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat, pelaksanaan tersebut berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

ARTIKEL MENARIK:TERKINI: Sudah Lepasi Angka 9k, Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 9,020

Sepanjang tempoh tersebut, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menurut kenyataan tersebut, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

“Sekiranya lockdown Fasa Pertama ini berjaya mengurangkan kes-kes harian Covid-19, kerajaan akan melaksanakan lockdown Fasa Kedua, iaitu dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal. “Lockdown Fasa Kedua ini akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir,” katanya.

Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan. “Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat,” menurutnya.

Selepas tamat Fasa Kedua, langkah seterusnya adalah menguatkuasakan Fasa Ketiga, iaitu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang berkuat kuasa pada masa ini. Pada Fasa Ketiga, aktiviti sosial tidak dibenarkan dan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan.

“Bagaimanapun, keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Penilaian akan dibuat berdasarkan perkembangan kes-kes harian semasa dan kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19,” jelas kenyataan tersebut.

Tambahnya, kerajaan akan memastikan sistem kesihatan awam tidak akan runtuh dan pelbagai sokongan dan bantuan akan diberikan kepada KKM untuk meningkatkan kapasiti hospital di seluruh negara. Di samping itu, jumlah pemberian vaksin turut akan ditingkatkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dalam usaha untuk menghasilkan imuniti kelompok di negara ini.

“Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. “Yang terbaik ialah duduk di rumah atau stay at home untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19,” ujarnya lagi.

Tol sesak

Dalam pada itu melalui perkongsian dari netizan, kelihatan pertambahan kereta di tol-tol utama yang mulai sesak. Dah start bersusun kereta kat tol gombak hala Bentong and tol sungai besi hala ke selatan. Semua pakat² nak keluar dari KL/Selangor ke??

Baru pukul 9.30am wei!!! Aku tak nak speculate. Tapi dah banyak kali sgt jadi…Kalau dalam yg beratur² tu ada yg cuba² nak balik kampung. Harap PDRM suruh patah balik or kompaun je!! Geram pulak tengok. Tak berubah² orang kita ni. Dalam pada itu, tular juga gambar pembelian secara pnik segelintir rakayat Malaysia bagi menghadapi ‘lockdown’ penuh dalam 3 hari lagi


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Akhirnya Lepas 4 Hari Berturut Kes Naik Mendadak Kerajaan Setuju Untuk Laksanakan Total Lockdown Selama 14 Hari. Ramai Yang Tak Tahu Hanya Sektor Ini Dibenarkan Beroperasi.

Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ akan dilaksanakan di seluruh negara selama dua minggu bermula 1 Jun ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media malam ini. “Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri petang tadi telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

“Sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes. Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah pergi menghadap illahi akibat wabak ini dan jumlah pemergian semakin meningkat.

“Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehj4ngkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan hari ini. “Dengan peningkatan kes-kes harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak mutakhir ini, kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19 juga semakin terhad,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa ‘total lockdown’ berkenaan akan dilaksanakan dalam tiga fasa dengan fasa pertama bermula 1 hingga 14 Jun. Jelasnya, sekiranya ‘lockdown’ fasa pertama berjaya mengurangkan kes-kes harian Covid-19, kerajaan akan melaksanakan ‘lockdown’ fasa kedua yang membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.

‘Lockdown’ fasa kedua itu dijangka akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas fasa pertama berakhir. TERDAHULU Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bersidang awal hari ini telah memberi pertimbangan penuh untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh, seperti mana PKP 1.0 yang dijalankan pada tahun lepas.

Sumber memberitahu Astro AWANI, mereka yang terlibat dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan dengan penuh teliti semua langkah dan pilihan yang dirasakan terbaik. Menurutnya lagi, langkah sebesar itu perlu mengambil kira bukan sahaja keselamatan dan nywa rakyat, tetapi juga demi meminimakan sebaik mungkin kesannya ke atas ekonomi negara, seperti mana pengajaran yang boleh diambil pada PKP pertama.

Sejak dilanda gelombang ketiga COVID-19 bermula Mac tahun ini, negara terus menyaksikan pertambahan kes COVID-19 secara mendadak dengan 8,290 kes baharu dicatat pada Jumaat. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitter sebentar tadi turut memaklumkan, Selangor terus kekal sebagai negeri tertinggi dengan 2,052 kes baharu.

Menurut beliau, negeri-negeri lain dengan kes tertinggi ialah Kelantan (851 kes), Kuala Lumpur (830 kes), Johor (762 kes) dan Sarawak (698 kes). Dalam pada itu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciapan terbaharunya berkata, beliau mengambil maklum bilangan kes yang meningkat mendadak hari ini.

“Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah tetapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas Sungai Buloh Kini Giliran Hospital Selayang Pulak Terpaksa Sediakan Kontena Untuk Orang Yang Pergi Menghadap Illahi Gara Gara Positif Covid 19.

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 pada hari ini berada pada tahap membimbangkan apabila mencatatkan bilangan yang hampir mencecah 8,000 kes sehari. Kenyataan tersebut terbukti apabila Kementerian Kesihatan (KKM) berkongsi mengenai sebuah lagi hospital yang terpaksa menyediakan kontena khas untuk menampung jnzh pesakit Covid-19.

Selepas Hospital Sungai Buloh, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas untuk menyimpan jnzh yang pergi menghadap illahi akibat COVID-19. KKM menerusi laman sosial rasmi mereka memberitahu kontena terpaksa disediakan selepas peti untuk menyimpan di Hospital Selayang tidak lagi mampu untuk menampung jumlah kes pemergian yang semakin meningkat.

“Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Fornsik Hospital Selayang ini boleh menempatkan 20 orang yang telah pergi menghadap illahi tambahan memandangkan peti di hospital itu sentiasa penuh,” jelas KKM. Pertengahan Mei lalu, peningkatan kes COVID-19 yang semakin membebankan sistem kesihatan negara menyebabkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat menyimpan orang yang telah pergi menghadap illahi yang akibat COVID-19.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




Loading...


Pecah Rekod Kes Positif Naik Mencanak 4 Hari Berturut. Terkini Malaysia Mencatatkan 8290 Kes Baru Positif Covid 19. Rupa Rupanya Ini Punca.

Malaysia hari ini sekali lagi mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan jumlah kes sebanyak 8,290 kes. Untuk pengetahuan korang, hari ini dah empat hari berturut-turut kes harian pecah rekod setiap hari. Perkara ini diumumkan oleh Dr Noor Hisham Abdullah sendiri di Twitter peribadinya.

Berdasarkan infografik yang turut disertakan dalam ciapannya, Selangor hari ini mencatatkan sebanyak 2,052 kes sekaligus menjadikan ia negeri dengan kes tertinggi. Ini diikuti dengan Kelantan dengan 854 kes dan Kuala Lumpur yang menunjukkan peningkatan mendadak dengan 830 kes berbanding 561 kes semalam.

Selain Kuala Lumpur, Putrajaya juga turut menunjukkan peningkatan dengan 44 kes selepas hanya merekodkan 12 kes positif semalam. Ekoran peningkatan kes ini, Dr Hisham menyeru rakyat Malaysia untuk melakukan lockdown kendiri bagi membantu sistem kesihatan negara.

Manakala warganet terus berharap agar vaksin dipercepatkan serta kerajaan dapat menimbang semula keputusan mereka dan melaksanakan full lockdown di seluruh negara. Ini kerana masih ramai rakyat yang sukar untuk buat lockdown kendiri apabila mereka masih perlu keluar bekerja seperti biasa. Kita sama-samalah doa agar Malaysia selamat dan berjaya keluar dari wabak ini.

30 Individu Dari Zon Merah Covid 19 Degil Pulang Ke Terengganu Dengan Banyak Alasan. Sekali Jadi Punca Jangkitan 90 Kes Baru Positif Covid 19 Di Terengganu.

Kes rentas negeri melibatkan 30 individu dari zon merah COVID-19  yang pulang ke Terengganu dengan pelbagai alasan untuk menyambut Aidiltri menyebabkan jangkitan kepada 90 kes baharu di negeri tersebut, lapor Bernama. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata kisah pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi pencegahan COVID-19 itu terbongkar apabila ramai dalam kalangan ahli keluarga dijangkiti di samping peningkatan mendadak kes dalam lokaliti di tiga daerah.

“Di Kuala Terengganu, seramai 40 orang disahkan positif COVID-19 hasil aktiviti rentas negeri yang dilakukan 13 individu manakala di  Hulu Terengganu, rentas negeri yang dilakukan sembilan individu mengakibatkan 26 orang lagi terkena jangkitan.

“Di Kemaman, lapan individu yang merentas negeri dan daerah akhirnya menyebabkan 24 orang disahkan positif COVID-19. “Kalau betul mereka mematuhi SOP, sudah tentu jangkitannya kecil sahaja tanpa melibatkan datuk, nenek, makcik, pakcik, cucu hingga sepupu,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Beliau bagaimanapun memuji langkah yang diambil oleh sesetengah individu dari zon merah yang membuat penilaian risiko dan kuarantin diri sendiri kerana tindakan bijak itu berjaya menghalang penyebaran COVID-19 dalam skala yang besar.

Sumber: Bernama

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Satu Lagi Kes Masa Hari Raya. Individu Ini Rentas Negeri Guna Surat Kerja Untuk Beraya Di Kampung Dan Jangkiti Keluarga Dengan Covid 19.

Ramai yang kecewa tak dapat pulang beraya di kampung minggu lalu, tapi dengan situasi Covid-19 yang makin meruncing, kita tetap duduk di rumah dan tak keluar beraya. Namun, masih juga terdapat segelintir individu yang pentingkan diri sendiri dan sanggup cuba pelbagai cara semata-mata untuk merentas negeri dan beraya bersama keluarga.

Seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah di Facebook, seorang individu telah merentas negeri untuk menyambut Hari Raya di kampung dan menjangkiti beberapa ahli keluarga dengan Covid-19. Seorang individu telah menyalahgunakan surat pengesahan majikan dan pas pekerja dengan merentas daerah bagi tujuan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama ibu-bapanya baru-baru ini.

“Sedangkan beliau tinggal dan menetap di daerah lain. Akhirnya, disebabkan tindakannya yang tak patuh SOP PKP yang ditetapkan telah menyebabkan ramai ahli keluarganya turut dijangkiti Virus COVID-19.” Malah, selepas siasatan lanjut dijalankan, tiada SOP yang diamalkan semasa sambutan hari raya dan ekoran dari tindakannya ini, ibu bapa dan anak-anak saudaranya yang masih kecil kini sedang dirawat di hospital.

JKN Kedah kongsikan perkara ini untuk memberi peringatan kepada orang ramai supaya terus mengikut SOP yang ditetapkan dan menjadi rakyat yang lebih bertanggungjawab. Cubalah Tuan/Puan bayangkan sekiranya Kerajaan membenarkan aktiviti ziarah di Hari Raya dilakukan pada baru-baru ini? Adakah kes akan melonjak lebih tinggi atau bagaimana? “Kepada rakyat yang sentiasa terus mematuhi SOP, anda adalah warganegara yang amat bertanggungjawab, anda juga adalah anak yang bertanggungjawab kepada keluarga.”

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Wanita Warga Emas Jangkiti Tujuh Individu Lain Lepas Lari Dari Pkpd. Nak Sambut Raya Punya Pasal Sampai Sanggup Lari.

Peningkatan kes Covid-19 di negara kita makin hari makin membimbangkan. Hari ini je, kita dah merekodkan kes positif harian tertinggi sebanyak 6,806 kes. Perkara ini berlaku dah tentunya disebabkan tindakan segelintir individu yang masih degil untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengawal penularan wabak ini.

Salah satunya seperti yang berlaku di Bachok, Kelantan di mana seorang wanita warga emas dari Mukim Bunut Susu telah bertindak untuk melarikan diri sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kampungnya.

Dikatakan, wanita yang berusia dalam lingkungan 60-an ini telah lari dari rumahnya untuk menetap dengan ahli keluarganya di Pulau Beluru, Tumpat. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kelatan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin tindakan wanita ini disedari selepas pihaknya gagal mengesan wanita tersebut walaupun namanya terdapat dalam senarai.

Kami mendapat maklumat wanita itu lari ke rumah saudaranya di Tumpat. “Kami kemudiannya mengarahkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tumpat untuk mengesan warga emas berkenaan sebelum mengambilnya untuk tujuan ujian swab.”

Malangnya, keputusan ujian swab yang keluar pada hari raya kedua lalu menungjukkan wanita ini positif Coid-19 dan telah pun menjangkiti tujuh individu lain iaitu ahli keluarganya di Tumpat. Zaini Hussin turut menambah yang wanita itu dipercayai keluar dari kampungnya selepas mendapat tahu PKPD akan dilaksanakan selain mahu menyambut Aidilfitri.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Bekas Pesakit Covid 19 Alami Simptom Susulan Melebihi Hampir Empat Minggu. Terkejut Rupa Rupanya Ini Punca Sampai Ada Simptom Lama Macam Tu.

KUALA LUMPUR: Masyarakat ketika ini banyak didedahkan mengenai simptom jangkitan COVID-19 namun masih tidak banyak mengetahui sebenarnya terdapat simptom susulan bagi pesakit yang sudah sembuh. Simptom susulan selepas sembuh COVID-19 atau dikenali sebagai ‘Long COVID’ ini juga merupakan salah satu perkara yang perlu penelitian kerana ia akan beri kesan kepada kesihatan seseorang individu sekiranya tidak menerima rawatan sewajarnya.

Bagi Pakar Mikrobiologi Klinikal USIM, Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed, adakalanya ia simptom yang sama seperti jangkitan COVID-19 ini boleh berpanjangan sehingga empat minggu selepas pulih. “Long COVID ataupun dikenali sebagai simptom COVID berpanjangan ini adakah keadaan seseorang yang masih bergejala COVID-19 walaupun sudah pulih.

“Gejala ini adakala berpanjangan sehingga lebih empat minggu yang mana gejalanya lebih kurang sama dengan simptom jangkitan,” kata Dr Nurul Azmawati dalam temubual program AWANI Pagi pada Rabu. Jelas Dr Nurul, simtpom yang kerap dilaporkan adalah kelesuan dan keletihan termasuk batuk. “Simptomnya tidak terbatas kepada sistem pernafasan malah mengganggu sistem lain kesihatan mental yang boleh akibatkan kesukaran fokus, bercelaru, keresahan dan sukar untuk tidur.”

Antara simptom lain adalah sakit otot dan sendi dan juga ganggu bahagian usus yang boleh sebabkan cirit birit dan muntah,” katanya. Bagi Dr Nurul, mengetahui dengan lebih jelas mengenai simptom ini dapat memastikan individu dirawat dengan cepat supaya tidak menjejaskan lagi kesihatan mereka. Pengambilan vaksin COVID-19 adalah penting bagi setiap bekas pesakit COVID-19 supaya antibodi mereka bertahan lebih lama menentang wabak itu.

“Walaupun kajian menunjukkan seseorang bekas pesakit COVID-19 boleh bertahan terhadap virus selama enam bulan, namun pengambilan vaksin akan memanjangkan lagi dan tingkatkan imuniti badan mereka untuk cegah jangkitan dan kurangkan simptom kronik,” jelasnya. Pendedahan mengenai ‘Long COVID-19’ ini perlu disebarluaskan lagi supaya bekas pesakit dapat memantau perkembangan kesihatan mereka.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Kena Tahap 2 Tapi Dah Teruk Macam Ni. Wanita Ini Tampil Dedahkan Pengalaman Dijangkiti Covid 19. Terkejut Sampai Sakit Macam Ni Sekali Dia Kena.

“Covid-19 ni sakit weh. sakit paling teruk yang saya pernah alami seumur hidup. Setiap saat rasa macam saya akan pergi menghadap illahi, dan saya hanya stage 2. Jangan la buat main dengan virus ni”. Demikian tulis seorang pesakit covid-19 menerusi satu ciapannya di Twitter yang sehingga kini meraih 15,000 retweet.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Meera berkata, episod ngeri tersebut bermula selepas dia mengalami beberapa gejala penyakit covid-19 hampir dua minggu lalu. “Saya mula demam dan selsema yang teruk, sakit kepala teruk dan sakit-sakit badan.

Hilang deria bau dan rasa. Saya juga alami sesak nafas. Semuanya berlaku dalam tempoh 24 jam sahaja! “Memandangkan seorang anak buah saya diuji positif virus covid-19, jadi keluarga kami semua buat swab test dan saya seorang saja yang positif.

“Saya memang macam dah boleh agak yang saya mungkin positif covid-19. Jadi bila keputusan keluar, saya hanya bertenang… cuma risaukan anak sebab dia baru empat tahun, dan suami sebab tidur sekali,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.

Menurut Meera, dia masih lagi dirawat dan dikuarantin di sebuah hospital di Johor sejak 14 hari yang lalu dan masih dikategorikan sebagai pesakit covid-19 tahap 2. Bercerita mengenai pengalamannya sepanjang dua minggu dirawat, Meera berkata dia tidak mungkin dapat melupakan kesakitan setiap kali prosedur pengambilan cairan merah.

“Setiap hari kena ambil arterial bld. Memang sakit sungguh sebab hari-hari kena ambil cairan merah, kena cuck macam-macam. Peringkat awal, keadaan saya teruk juga. Sesak nafas… setiap kali nak ambil nafas tu dada macam kena remuk.

“Saya juga muntah-muntah yang teruk… ada tahap sampai keluar ketulan cairan merah,” ujarnya. Menyaksikan keadaan pesakit lain yang lebih teruk di hadapan mata sendiri juga merupakan antara pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan oleh ibu kepada seorang anak ini.

“Ada satu kes wanita mengandung. Oksigen dah tak cukup sampai baby dalam perut dia tak bergerak dah. pesakit tersebut terpaksa dipindahkan ke unit rawatan rapi dan dia ditidurkan untuk intubated.“Setakat ini tak ada lagi nampak pesakit pergi menghadap illahi di depan mata…

tapi ada masanya akan dengar jururawat kelam kabut bila ada kes pergi menghadap illahi. Saya risau dan terfikir, bimbang keadaan saya juga bila-bila masa boleh teruk,” ujarnya yang juga seorang pekerja di sektor swasta. Memaklumkan keadaan kesihatannya semakin pulih, Meera berkata dia bagaimanapun masih perlu dipantau dan sehingga kini masih tidak pasti bilakah dirinya akan dibenarkan keluar hospital.

“Memang akan rasa down dan rindu dengan keluarga. Tapi suami selalu video call, hantar gambar anak. Kurang la sikit rasa down bila tengok muka anak. Lebih bersemangat untuk lekas sembuh jadi boleh balik cepat. “Kepada mereka di luar sana, tolonglah jaga porsedur operasi standard (SOP). Pakai mask, kerap cuci tangan dan jagalah jarak. Jangan sesekali ambil mudah.

“covid-19 bukan demam biasa atau selesema biasa. sakit sangat-sangat dan ia memang real, bukan hoax (khabar angin) atau tipu. Saya sendiri dah melihat keadaan pesakit yang begitu teruk, sampai ditidurkan untuk masuk tiub. “Saya baru stage 2 dah sksa, apa lagi stage 3,4, 5? Minta jauh… jagalah diri dan keluarga masing-masing,” katanya lagi.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Ketua Pengarah Operasi Pfizer Cadangkan Suntikan Vaksin Pfizer Mungkin Perlukan Dos Ketiga Untuk Menentang Covid 19.

Washinton: Suntikan dos ketiga vaksin C0VID-19 mungkin diperlukan dalam tempoh setahun selepas menjalani inokulasi. Ketua Pengarah Operasi Pfizer, Albert Bourla, berkata vaksinasi tahunan untuk menentang coronavirus juga mungkin diperlukan.

“Kami perlu melihat apa langkah seterusnya dan bila tiba masanya, kita akan tahu apa yang perlu dilakukan. “Senario yang ada sekarang menunjukkan kemungkinan dos ketiga diperlukan antara enam hingga 12 bulan selepas dos terakhir.

Malah, vaksinasi bagi C0VID-19 juga mungkin perlu dilakukan setiap tahun kerana adalah penting untuk memastikan ramai orang tentang virus itu, katanya dalam temubual bersama CNBC. Saintis ketika ini masih belum pasti, sejauh mana vaksin C0VID-19 memberi ketahanan menetang coronavirus.

Pfizer pada awal bulan ini menerbitkan satu kajian mengatakan suntikan vaksin itu berkesan sehingga 91 peratus untuk melindungi daripada virus. Ia juga lebih 95 peratus berkesan mengatasi kompikasi teruk akibat C0VID-19 sehingga enam bulan selepas suntikan kedua dilakukan, namun perlu dikaji lebih lanjut.

Sumber : cari.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/19/svntikan-vksin-pfizer-mungkin-

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Dr Noor Hisham Dedahkan Hampir 40 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid 19 Lepas Lengkapkan Dua Dos Vaksin. Rupanya Ini Punca.

KUALA LUMPUR: Seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti COVlD-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 31 kees yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksln COVlD-19. 

Manakala sembilan kes selebihnya dijangklti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin. Dalam entri terbaharu Dr Noor Hisham di laman Facebooknya, beliau turut memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti C0VID-19 selepas menerima dos pertama vaksin. 

Namun kesemua mereka yang dijangklti tidak mempunyai simptom yang teruk. Jelas beliau, ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti COVlD-19. Tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini wujud dalam komuniti. Justeru, beliau menegaskan agar semua individu dapat meneruskan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVlD-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/40-petugas-

Masih Ada Anggota PDRM Yang Enggan Terima Vaksin Covid19. Akhirnya Ketua Polis Negara Jelaskan Punca Mereka Enggan Ambil

Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan bahawa hampir 95 peratus anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia di seluruh negara bersedia terima suntikan vaksin Covid19. Beliau juga menjelaskan kira kira 3 peratus tak dapat terima vaksin atas faktor kesihatan. Bagi yang tak mahu ambil vaksin ini ada di beberapa negeri antaranya Kelantan, Kedah dan Perak. Beliau menjelaskan beliau berusaha untuk terangkan kepada baki 2 peratus ini tentang kebaikan kerana kita ambil pandangan daripada Kementerian Kesihatan.

“Itulah tempat rujukan. Bukan bom0h, pendeta, guru ajaran sest. Kalau saya tahu mereka ikut ajaran ssat, saya suruh mereka keluar daripada PDRM,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pemakaian sayap juruterbang dan penutupan kursus lesen juruterbang peribadi di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini, semalam.Abdul Hamid berkata, demikian ketika ditanya mengenai segelintir pegawai dan anggota PDRM di Kelantan yang dilaporkan enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Mengulas isu kompaun RM10,000 terhadap individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard Covid-19, Abdul Hamid menjelaskan tindakan itu diambil demi keselamatan orang ramai.“Kelmarin tular satu notis kompaun ditulis RM10,000. Kesalahan individu itu ialah gagal mendaftar MySejahtera. Peraturan itu dibuat dan dilaksanakan demi keselamatan orang yang berkunjung ke tempat itu. Jika mana-mana individu tidak mengikut peraturan, ia membawa risiko yang besar kepada lain-lain pengunjung di premis terbabit.

“Saya sudah jelaskan, mana-mana tindakan ialah atas budi bicara pegawai yang diberi kuasa untuk kompaun RM10,000, RM1,000, RM50 atau dimaafkan. Begitu juga saman trafik. Kita ada ruang untuk penjelasan dan justifikasi. Boleh merayu.“Jangan khuatir mengenai RM10,000 ini, tetapi khuatirlah jika dijangkiti Covid-19. Kompaun RM10,000 itu juga untuk pencegahan. Balik-balik muka yang sama atau premis yang sama buat kesilapan,” katanya.



Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post