RIYADH, 18 Syawal 1442H, Ahad – Arab Saudi menarik balik sekatan perjalanan udara dari 11 negara berkuat kuasa Ahad.
Negara terbabit adalah Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Jerman, Ireland, Itali, Portugal, United Kingdom, Sweden, Switzerland, Perancis dan Jepun.
ARTIKEL MENARIK:Virus merebak cepat, PBB mahu pengeluaran vaksin digandakan
Agensi Berita Arab Saudi (SPA) memetik pekeliling terbaru Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA), langkah itu diambil susulan penilaian pihak berkuasa kesihatan mengenai keadaan epidemiologi yang stabil dan keberkesanan mengawal wabak di beberapa negara tersenarai.
Loading...
GACA berkata mereka yang tiba dari negara terbabit masih perlu mematuhi prosedur kuarantin. – Bernama
Kredit -ismaweb.
Post a Comment