Akhirnya terjawab teka teki warganet. Fiza Halim mengesahkan dia dan suami dah berpisah dari tahun lepas. Rupa rupanya ini yang terjadi buat ramai yang tak sangka.

Akhirnya terjawab teka teki warganet. Fiza Halim mengesahkan dia dan suami dah berpisah dari tahun lepas. Rupa rupanya ini yang terjadi buat ramai yang tak sangka.

SEKIAN lama berteka-teki mengenai status diri, akhirnya bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza Halim mengesahkan sudah berpisah dengan Aizat Al Jefri sejak 22 Julai tahun lalu.

Akhirnya terjawab teka teki warganet. Fiza Halim mengesahkan dia dan suami dah berpisah dari tahun lepas. Rupa rupanya ini yang terjadi buat ramai yang tak sangka.



Reda ikatan perkahwinannya dengan juruterbang itu tidak panjang, Fiza berkata perpisahan ini merupakan ujian dan dugaan hidup yang dilaluinya sebagai manusia biasa.

ARTIKEL MENARIK:Tular tentang reaksi Elly Mazlein pandang perempuan yang ada hubungan dengan suami orang. Sekali Elly Mazlein tampil dedahkan situasi sebenar buat ramai yang terkedu.


Justeru itu, Fiza atau nama sebenar Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 43, memohon tiada lagi ftn4h dan hinaan dilemparkan terhadapnya selepas perkahwinan ketiga ini berakhir. “Harap tiada lagi ftnh dan hinaan di luar sana kepada saya. Saya hanya manusia biasa yang tak lepas dari dugaan dan cubaan hidup ini.“Ini bahagian saya. Saya terima segala ketentuan dan takdir yang sudah tertulis untuk saya… hanya reda dan pasrah yang dapat saya ucapkan.


Fiza kongsi berita perpisahan di laman Instagram.

“Harap jangan dihina saya lagi… doakan yang baik-baik untuk saya dan anak-anak,” tulisnya menerusi Instagram pada Isnin. Fiza berkahwin dengan duda anak dua, Aizat Al Jefri sejak Disember tahun 2016. Menerusi perkahwinan ketiga itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata Siti Aleena Adra atau Baby Aleena kini berusia hampir tiga tahun.

“Saya ambil masa untuk merungkaikan hal sebenar. Ia bukan mudah tapi baru saat ini saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri. Kami berpisa talak satu. Saya dilepaskan menerusi aplikasi WhatsApp. “Punca atau sebab kenapa kami berpisah itu, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tak mahu membuka aib sesiapa.

“Saya sedar dengan status pernah berkahwin tiga kali, pasti ada yang akan memandang serong. Namun saya hanya manusia biasa, yang tak lepas diuji. Saya tak hidup dek puji, tak mti dek keji,” katanya. Dalam pada itu itu, Fiza mengakui awalnya sukar untuk dia menerima hakikat sudah kembali hidup sendiri. Namun dia bangkit untuk kembali membesarkan anak-anak dan melalui ujian ini dengan hati tenang.

“Mata mengantuk, tapi tak boleh nak tidur. Otak seolah olah berjalan memikirkan itu ini. Termasuk nasib saya. Saya hilang arah dan terkapar kapar memikirkan pengakhiran hidup nanti bagaimana. “Namun saya bersyukur ada yang datang membuka jalan untuk menggalakkan diri menyertai cabang kerja baru… mungkin saya akan mempertimbangkan kerja itu.

“Cuma saya belum terfikir nak berlakon atau bernyanyi semula setakat ini. Selama ini pun, saya juga membuat ulasan produk dan perkhidmatan di Instagram. Saya juga terbuka jika ada tawaran bergelar duta selepas ini,” ujarnya. Untuk rekod, Fiza mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, namun berpisah pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12. Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013. Perkahwinan kedua juga tak dapat diselamatkan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lama Menyepi Lepas Tular Foto Berpegangan Tangan Dengan Fiza Halim. Akhirnya Saiful Apek Tampil Jawab Persoalan Tentang Isu Tu.

Sebelum ini, tular sebuah foto ‘mesra’ pernah dikongsi melalui laman Instagram pelakon Fiza Halim yang dikatakan dia ‘berpegangan tangan’ dengan Saiful Apek. Foto tersebut secara tidak langsung mencetuskan persoalan ramai pihak mengenai hubungan antara kedua pelakon ini.

Terbaru, setelah sekian lama mendiamkan diri, akhrinya pelakon Saiful Apek tampil memberi respon berhubungan foto ‘mesra’ itu dan sekali gus memohon maaf atas kekhilafan yang telah mengundang spekulasi ramai. Pelakon Cicak Man itu mengakui menjalin hubungan rapat

dengan mana-mana pelakon yang telah menganggap dirinya sebagai ‘abang’. Dia turut memohon maaf kepada warganet dan berterima kasih kerana memberi teguran terhadap dia dan Fiza Halim di ruangan komen foto berkenaan.

Saya tidak menafikan benda itu memang berlaku. Saya juga tidak mengatakan yang perkara itu adalah sesuatu yang dibolehkan. Saya mohon maaf kepada mereka semua yang nampak dan tegur. Boleh dikatakan, saya memang rapat dengan ramai dan menganggap saya sebagai ‘abang’. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk sampai ke tahap macam tu kan.

Sementara itu, Saiful Apek turut menjelaskan mengenai foto yang kelihatan ‘berpegangan tangan’ bersama Fiza Halim. Katanya, mereka langsung tidak berpegang tangan malah, foto berkenaan di ambil dari sudut kamera yang menampakkan situasi tersebut berlaku.

Ada gambar tu yang nampak saya macam ‘berpegang tangan’ tapi sebenarnya tu memang angle. Tangan itu tidak bersentuhan langsung. Saya minta maaf kepada mereka yang salah taksif hubungan kami macam adik-beradik. Hubungan kami bukan satu rahsia pada suami beliau sendiri. Memang saya dah kenal dia dari mula saya bekerja dengan mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://ohbulan.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Fiza Halim Selamba Je Muat Naik Foto Mesra Dengan Saiful Apek Sampai Dikritik Teruk. Sekali Warganet Kantoikan Sesuatu Lepas Tengok Foto Dengan Suami Banyak Dah Padam.

Foto pelakon Fiza Halim bersama pelawak Saiful Apek yang dilihat mesra telah mengundang pelbagai andaian warganet tentang status terkini bekas penyanyai kumpulan Elite itu. Fiza yang memuat naik foto tersebut ke akaun Instagram (IG) memberitahu, Saiful Apek merupakan pasangan kegemarannya dalam salah satu program televisyen.

“My forever couple seat… sifu Saiful Apek. Jangan hampakan hasrat pengurus kita,”katanya. Menerusi entri tersebut foto dilihat duduk rapat berlaga bahu dan bersentuhan tangan bersama Apek. Rata-rata mengkritik tindakan Fiza yang dilihat tidak sesuai dengan statusnya yang diketahui sudah berkahwin.

“Lain macam gambar ni, ada apa-apa ke?” tanya salah seorang pengikutnya. “Peliknya duduk rapat-rapat pegang tangan, suami fiza tak kisah ke? Jagalah batas isteri orang,” nasihat salah seorang warganet. “Allahuakbar, kalau dah suami isteri, tahniah ya Fiza, tak mungkin nak pegang-pegang tangan kalau bukan dengan yang dah halal..” kata salah seorang warga maya.

Bukan itu sahaja, warganet juga mula membuat spekulasi bahawa Fiza sudah kembali solo memandangkan foto bersama suaminya sudah pun dipadam dari laman sosial tersebut. “Rasa dah solo…tak kan lah dia ada suami dia berani pegang tangan macam tu,” teka salah seorang warganet.

“Macam dah single saja gambar suami pun dah tak ada, banyak dah padam,” speku salah seorang warganet. Pada tahun 2017, Fiza dilaporkan berkahwin kali ketiga dengan seorang juru terbang bernama Aizat Al-Jefri Abdul Kudus dan dikurniakan seorang cahaya mata Aleena, 3 tahun.



Loading...


Perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan ketiga buat Fiza selepas mengalami dua kegagalan termasuk bersama penyanyi Adam AF. Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, dia dikurniakan dua anak, Ferra Aryana Ahmed Farriq, 12, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq,11.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.tehtarikkaw.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gembira Bergelar Isteri Selepas Memegang Status Ibu Tunggal Selama Tujuh Tahun. Sabrina Ali Akhirnya Dedah Perkara Sebenar Foto Perkahwinan Bersama Saiful Apek

Pelakon Sabrina Ali rasmi menjadi isteri sahabat baiknya sendiri selepas selamat bernikah dengan Wanji Aswandi, 42, pada Sabtu.Sabrina, 38, melahirkan rasa syukur dan berasa sangat gembira bergelar isteri Wanji selepas memegang status ibu tunggal selama tujuh tahun.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah, saya gembira berkahwin dengannya selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal,” kata Sabrina bahagia.
Sabrina kemudian menceritakan detik awal perkenalan dengan Wanji yang terjadi pada Ogos lalu, sebelum dilamar sebulan kemudian dan lamaran diterimanya buat kali kedua pada bulan November.

“Kami berkenalan pada bulan Ogos lalu, sebelum ini saya memang anggap dia sebagai kawan baik kerana kami memang rapat dan saya banyak meluah dan berkongsi perkara dengannya.“Pertama kali Wanji melamar saya adalah pada bulan September, tapi ketika itu saya memberitahu saya perlukan masa untuk berfikir

“Kemudian dia melamar lagi saya pada bulan November, dan saya telah menerima lamarannya yang kedua ini.“Sebelum itu saya memang perlukan masa untuk berfikir, jadual penggambaran sebelum ini pun agak sibuk,” katanya lagi.Pada masa yang sama, Sabrina mengakui kes4l dengan artikel laporan Gempak sebelum ini yang memaparkan foto dia dan pelakon Saiful Apek memakai baju pengantin yang mencetuskan spekvlasi mereka ‘berkahwin’.

Menurutnya, ia bukanlah satu kebenaran (dia dan Saiful Apek berkahwin), sebaliknya ia hanya babak dalam lakonan mereka ketika itu.“Saya kes4l dengan artikel tersebut, saya dan Saiful Apek bukan berkahwin betul-betul, itu hanya babak untuk drama lakonan kami,” katanya.Apapun, Gempak mengucapkan tahniah kepada Sabrina dan suami, semoga rumah tangga sentiasa dikurniakan kebahagiaan oleh Allah SWT.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral.Sumber: GEMPAK

Selamat Bergelar Isteri Bekas Vokalis Handy Black Wanji Aswandi. Wanji Dedah Detik Perkenalannya Bersama Sabrina Ali Yang Ramai Tak Tahu

Pasangan ini mula rapat sejak empat bulan lalu.PELAKON Sabrina Ali selamat mendirikan rumah tangga dengan bekas vokalis kumpulan Handy Black, Wanji Aswandi pagi Sabtu lalu.Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.30 pagi.Pasangan itu kemudiannya diraikan dalam satu majlis sederhana di Seksyen 16, Petaling Jaya pada sebelah petang dengan kehadiran 70 ahli keluarga dan teman rapat.

Wanji, 42, yang juga pengarah aksi lagk ngri filem Bunohan itu memberitahu, dia dan Sabrina sudah lama berkenalan mulai rapat sejak empat bulan lalu.”Saya dah lama kenal dengan Sabrina sebab kami dalam industri yang sama.”Kami mula rapat sejak empat bulan lepas dan akhirnya sudah sampai seru kami untuk berkahwin,” katanya kepada mStar.

Sabrina bersama tiga anaknya.Ini merupakan perkahwinan ketiga Sabrina atau nama sebenarnya, Sabrina Ali Dad Khan.Hasil perkahwinan terdahulu, Sabrina mempunyai tiga cahaya mata iaitu, Ariyana, 12, Syed Aryan Khan, 9, dan Syed Adrian Khan yang kini berusia tujuh tahun.

Mengejutkan Bila Saiful Apek Dan Sabrina Muat Naik Foto Dengan Kapsyen Buat Warganet Tertanya. Akhirnya Saiful Apek Tampil Bersuara Bongkarkan Sesuatu Buat Warganet Terkedu.

Pelakon dan pelawak Saiful Apek mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik foto berbaju Melayu putih bersama Sabrina Ali Khan. Malah, Saiful turut menulis kapsyen yang mencetuskan tanda tanya ramai seakan-akan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon wanita itu.

“Syukur Alhamdulillah, selesai sudah,” tulisnya. Mengulas lanjut mengenai foto tersebut, Saiful ketika dihubungi Gempak memberitahu akan mengumumkan mengenainya tidak lama lagi. “Saya minta maaf, saya tak boleh bagitahu sekarang atas sebab-sebab tertentu. Tapi saya akan beritahu nanti.“Tiba masanya nanti, Insya-Allah,” jawabnya ringkas. Sabrina yang pernah popular menerusi drama Gerak Khas itu turut berkongsi foto sama di Instagramnya. “Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah. Selesai sudah,” tulisnya.

Perkongsian foto-foto terbabit dihujani dengan ucapan tahniah selain ada yang turut berspekulasi pasangan itu hanya digandingkan untuk berlakon bersama. Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan rasmi dari Saiful dan Sabrina.Instagram: @saifulapek, @sabrina_ali_dad_khan.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: GEMPAK

Saiful Apek mahu cipta empayar seni keluarga

PELAWAK Saiful Apek, 50, mendedahkan pernah melarang dua anaknya Mohd Riyadh Aslam, 24, dan Mohd Radzin Aiman, 21, menceburi bidang seni sekiranya belum mempunyai ilmu dan persediaan secukupnya. “Suatu ketika dulu saya bercakap dengan mereka, kalau kamu belum cukup kenal diri sendiri, jangan duduk di barisan hadapan.

“Walau minat macam mana pun, kamu masih boleh duduk di barisan belakang tapi menghasilkan karya yang ‘sampai’ dan beroleh manfaatnya untuk diri sendiri. “Contohnya Datuk Ahmad Nawab, dia hanya main saksofon dan bukan penyanyi tapi semua orang kenal. Maksudnya sampaikan kreativiti seni itu tapi bukan di barisan hadapan,” katanya kepada Harian Metro.

Apek atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff berkata, tanggungjawab berada di barisan hadapan sangat berat, namun dia tidak bertujuan menghalang anaknya meneruskan legasi seni apabila bersedia sepenuhnya. “Saya bukan menghalang tapi nak bagi mereka faham. Alhamdulillah, mereka dah bersedia dan akan masuk bidang seni selepas ini.

“Anak sulung sekarang belajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam. “Manakala yang kedua, akan dimasukkan dalam akademi muzik kerana dia meminati muzik. Dalam elemen ini juga sebenarnya tiada unsur paksaan. Saya tak nak anak buat sesuatu yang mereka tak faham,” katanya.

Pelawak yang popular menerusi sitkom Senario dan pelbagai filem komedi itu berkata, dia mahukan anaknya mempunyai ilmu sebelum melangkah masuk dalam bidang seni. “Seorang dalam filem dan animasi manakala seorang lagi dalam bidang muzik. Apabila mereka bergabung dengan saya nanti, tak perlu panggil orang lain lagi.

“Mereka akan menggerakkan syarikat keluarga kami. Contohnya seperti kumpulan KRU yang dianggotai oleh tiga beradik. Mana ada adik-beradik lain yang berjaya seperti mereka. “Begitu juga keluarga Bell Ngasri, Opie Zami serta Aziz M Osman di mana berjaya menguruskan syarikat keluarga dengan baik,” katanya.

Apek berkata, dia mahu mencipta empayarnya sendiri dalam bidang seni bersama keluarga. “Anak sulung bakal tamat belajar tahun depan dan saya akan mencarikan tempat untuknya menjalani latihan praktikal selama enam bulan. Dia bertanya saya mana organisasi yang paling bagus.

“Yang kedua pula, amat mengejutkan kerana berjaya menyiapkan dua lagu tanpa pengetahuan saya. “Daripada A hingga Z semuanya dia buat sendiri merangkumi buat lirik, susunan lagu, rakaman dram, gitar serta vokal. Saya terkejut apabila mendengar hasilnya,” katanya.

Dalam pada itu, Saiful Apek serta beberapa artis seperti Julia Farhana Marin dan Putra Amaris akan menjayakan Karnival Health Insurance Safety Conference & Expo 2019 (HISCE 2019) di Padang B, Plaza Angsana Johor Bahru pada 2 hingga 6 Oktober depan.

Program anjuran Klass Event Network itu menghimpunkan sektor keselamatan dan perlindungan di bawah satu bumbung untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat.



Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post