Tolong berhenti jadi badut. Bengang bila ada yang bandingkan dia dengan Neelofa. Sekali ini respon Sarah Hildebrand buat warganet terkedu.

Tolong berhenti jadi badut. Bengang bila ada yang bandingkan dia dengan Neelofa. Sekali ini respon Sarah Hildebrand buat warganet terkedu.

” Tolong jadi bijak dan berhenti jadi badut, ni bukan sarkas..” Itu status dimuatnaik oleh pelakon Sarah Hildebrand yang menarik perhatian ramai di tengah-tengah isu membabitkan selebriti popular,

Tolong berhenti jadi badut. Bengang bila ada yang bandingkan dia dengan Neelofa. Sekali ini respon Sarah Hildebrand buat warganet terkedu.



Neelofa. Ibarat pulang paku buah keras! Itu tindakan pelakon Sarah Hildebrand yang tampil mengkritik semula tindakan peminat fanatik pengacara Neelofa yang pernah mengkritik penampilannya sebelum ini.

ARTIKEL MENARIK:Tiada rezeki untuk cahaya mata ketiga. Syatilla dedahkan ini yang terjadi pada dirinya sampai kehilangan kandungan usia 8 minggu.


Sarah, 30, menerusi posting di Instagram pada Rabu turut mengingatkan semula tindakan peminat fanatik pengacara tersebut yang pernah menyamakan keperibadian Neelofa dengan isteri Nabi Muhammad S.A.W, Siti Khadijah. ” Sekarang apa? Apa yang kamu boleh katakan kepada diri sendiri? Ingat lagi tak apa yang kalian tuturkan pada aku?

” Anda membandingkan dia dengan isteri baginda Nabi Muhammad S.A.W, Khadijah, seorang wanita yang tiada tolok bandingnya dengan sesiapa di atas muka bumi ini. ” Wise up and stop clowning around. Ini bukan satu sarkas,” tulisnya.


Sarah turut meletakkan foto terkininya bersebelahan dengan foto Neelofa sebelum wanita itu berpurdah selain kapsyen kritikan warganet terhadapnya suatu ketika dahulu. Di ruangan Instagram Stories, Sarah turut mengemaskini foto terbabit berserta emoji jari tngah.

Tindakan Sarah memuatnaik luahan hatinya terhadap pengikut fanatik pengacara terbabit mencetuskan pelbagai perasaan di ruangan komen. Malah, ada yang menasihati Sarah agar tidak mengambil kisah tentang sikap keterlaluan warganet yang sering melihat keburukan orang lain berbanding diri sendiri.

Sarah nyahaktif akaun Instagram

Menerusi tinjauan Gempak, selepas memuat naik status berkenaan, Sarah telah menyahaktifkan akaun media sosialnya itu. Terdahulu, sekitar Oktober tahun lalu Sarah mengejutkan ramai apaila berkongsi fotonya yang sudah tidak lagi berhijab di samping suaminya, Otto Gillen di Instagram.

Sarah sebelum itu pernah mengenakan hijab sekitar September 2015. Episod Sarah dan Neelofa mulai menjadi sorotan apabila pernah mengkritik pengacara itu mengadakan pelancaran koleksi tudung jenamanya di sebuah keIab di ibu kota sekitar tahun 2018.

Peminat pula mula membanding-bandingkan kedua-duanya apabila Neelofa mulai berpurdah manakal Sarah membuka hijabnya. Ketika itu Sarah telah menerima pelbagai mesej negatif termasuk dikaitkan dengan penghijrahan Neelofa sehingga memaksanya memuatnaik status berhubung perkara itu.

” Saya menerima banyak mesej seperti ini! Untuk anda yang mengikuti saya sama ada ikhlas atau tidak… ini adalah contoh tentang sesuatu yang tak boleh dikatakan kepada seseorang. ” Jangan jadi macam ni. Ini bukan contoh yang baik dan saya tak mahu ada antara anda menjadi terlalu rendah sebegini (moraI). Sekiranya peminat saya bersikap seperti ini, saya akan berasa maIu,” katanya.

Sarah menulis luahan hatinya itu menerusi Instastory pada Oktober tahun lalu. Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik salah satu mesej peribadi yang diterima daripada warganet. ” Dulu k.utuk Neelofa… sekarang Lofa dah berubah ke arah yang lebih baik tapi kau pula berubah ke arah… hmmm,” tulis warganet berkenaan. Sebelum ini 2018, Sarah dikatakan pernah mengkritik Neelofa kerana mengadakan pelancaran koleksi tudung jenamanya di sebuah keIab.

Berikut pula reaksi dari warganet

“Neelofa berhijrah dengan perlahan tidak drastik. Tu respek saya pada dia untuk bahagian Ini. Lain saya tidak Tengok. Dia belajar menyayangi Allah swt Dan diri nya sebaik mampu. You and us ada ke? Ada tak Allah judge dia? Ada tak Allah judge you or even us?

Doa lah baik2 untuk diri sendiri dik. Doa lah utk jadi hamba Allah swt yg lebih baik sebelum ni, hari2 doa, insyaallah, Allah swt akan bantu. Masyaallah jgn lah tunjuk aib muka dia apabila dia berusaha nak jaga aib dia.. At least she usaha juga”


“perempuan muslim yg bertudung tak semestinya baik,perempuan tidak bertudung bukanlah tidak baik, Tapi perempuan muslim yg baik adalah yg menutup auratnya mengikut syariat dn perintah Allah dn Rasul. Bila aurat ikut syariat,

InsyaAllah..Allah akan bantu hambaNya dari segi lainnya. Otomatik malu akan hadir.. adab dan akhlaknya akan lebih terjaga. kita org sekeliling juga akan nampk perubahannya.. tapi soal imannya kita tidak akan mampu nmpk itu urusan hamba dgn penciptaNya.

sbb ahli syurga itu, pakaian dunia bukan sebagai jaminan atau ukuran..tapi ahli nraka itu dh sah2 tempat org yg ingkar syariat dan perintah agamaNya. Nauzubillah..wallahuaklam..” Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Lama Menyepi Tiba Tiba Sarah Hilderbrand Bersuara Tak Puas Hati Dengan Pengacar Meletop. Sampai Nama Fattah Amin Pun Terkait. Rupa Rupanya Ini Cerita Sebenar Buat Warganet Terkedu.

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Sarah Hildebrand mencetuskan tanda tanya ramai apabila meluahkan rasa tidak puas hati ketika menjadi artis jemputan dalan rancangan hiburan popular, MeleTOP yang dihadirinya setahun lalu.

Perkata tersebut dicetuskan Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 31, dalam beberapa ciapan Twitternya semalam. Lebih mencetuskan tanda tanya, ciapan tersebut memberi gambaran ketidakpuasan hati dengan corak temu ramah kendalian Neelofa dan Nabil Ahmad.

Menurut pelakon Pujaan Hati Kanda itu, dia bersetuju menerima jemputan tersebut bersama suaminya, Otto Gillen selepas meneliti beberapa soalan daripada pihak produksi. “Pada awalnya saya tidak terasa ingin ditemu bual tetapi selepas pihak MeleTOP memberi senarai soalan yang akan diajukan oleh pengacara, saya pun bersetuju.

“Sayangnya, temu bual tersebut dilakukan dengan sangat teruk oleh dua pengacara ketika itu. Semuanya berubah seperti pentas lawak. “Malah, salah seorang pengacara juga berkata “apa lagi eh nak tanya”. “Pengacara yang bagus tidak sepatutnya mengatakan perkara tersebut dalam rancangan siaran langsung,” tulisnya dalam ciapan tersebut.


Luahan hati tersebut dikongsi Sarah dalam ciapan Twitternya semalam. Dalam pada itu, dia juga pelik bagaimana dua pengacara tersebut mengeluarkan soalan yang tidak masuk akal. “Banyak saja soalan boleh ditanya tetapi tetap memilih soalan seperti adakah Otto mahu menjadi seperti Fattah Amin?

“Jika lupa soalan yang hendak ditanya, boleh saja fikir lain. Kata dapat anugerah pengacara terbaik, tak rujuk pada soalan yang diberikah?,” soalnya lagi. Menurutnya, sepanjang temu bual berlangsung, dia hanya tersenyum menyembunyikan rasa kecewanya.

“Sejujurnya saya berasa malu sepanjang ditemu ramah. Serius, saya benci menonton temu ramah tersebut apabila mereka muat naik dalam YouTube. “Ketika ditemu ramah, saya hanya tersenyum dan tidak bercakap terlalu banyak, walhal dalam hati hanya Tuhan saja tahu betapa kecewanya saya.

“Apapun, saya tahu semua orang menyanyangi mereka. Jadi tidak kira apa yang mereka lakukan, semuanya kelakar dan hebat,” katanya lagi. Dalam ciapan lain, Sarah juga memuat naik tangkap layar senarai soalan yang sepatutnya ditanya oleh pengacara pada malam tersebut. Terdahulu, pada 13 November 2019, Sarah dan Otto hadir ke rancangan MeleTOP untuk ditemu bual selepas mereka selamat diijabkabul sebagai suami isteri pada 3 November 2019. – K! ONLINE

KOMEN WARGANET:


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendinggiler.pw/2021/01/15/sarah-hildebrand-tak-puas-hati-dengan-pengacara-meletop/

Dulu Pernah Kritik Neelofa. Kalini Giliran Sarah Hildebrand Teruk Dikritik Oleh Warganet Sampai Ada Yang Buka Kisah Lama Gara Gara Buka Tudung. Mengejutkan Sampai Ada Yang Ungkit Balik Cerita Ni.

KETIKA pelakon dan pengacara Neelofa dipuji ramai kerana mengenakan purdah, aktres Sarah Hildebrand pula menerima nasib yang sebaliknya. Menurut Sarah atau nama sebenar Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, dia menerima pelbagai mesej negatif termasuk dikaitkan dengan penghijrahan Neelofa.

“Saya menerima banyak mesej seperti ini! Untuk anda yang mengikuti saya sama ada ikhlas atau tidak… ini adalah contoh tentang sesuatu yang tak boleh dikatakan kepada seseorang. “Jangan jadi macam ni. Ini bukan contoh yang baik dan saya tak mahu ada antara anda menjadi terlalu rendah sebegini (moral). “Sekiranya peminat saya bersikap seperti ini, saya akan berasa malu,” katanya.


Luahan Sarah di Instastory.

Sarah menulis luahan hatinya itu menerusi Instastory pada Jumaat.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik salah satu mesej peribadi yang diterima daripada warganet. “Dulu kutuk Neelofa… sekarang Lofa dah berubah ke arah yang lebih baik tapi kau pula berubah ke arah… hmmm,” tulis netizen berkenaan.

Sebelum ini 2018, Sarah dikatakan pernah mengkrit1ik Neelofa kerana mengadakan pelancaran koleksi tudung jenamanya di sebuah kelab . Sementara itu, Sarah berkata setiap manusia boleh berubah dan apa yang penting adalah memiliki hati yang baik.

Sarah puji warganet beri kata-kata positif.

“Ingat sesiapa pun boleh berubah pada bila-bila masa. Akhirnya… apa yang penting ialah keikhlasan dan kesucian hati,” katanya.Pada Rabu lalu, fOtto menerusi Instagram berkata dia menyokong apa jua keputusan yang dibuat oleh aktres itu.

“Saya memberi sokongan penuh semua keputusan peribadi yang dibuatnya. Itu saja satu-satunya maklum balas saya. Jangan mesej saya,” tulisnya. Sarah Hildebrand berkahwin dengan jejaka kacukan Filipina dan Amerika Syarikat itu pada 3 November tahun lalu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar via MediaViral



Loading...


Ingatkan Gambar Lama Rupa Rupanya Memang Dah Buka Tudung. Mengejutkan Bila Sarah Hildebrand Muat Naik Foto Dengan Suami Tanpa Bertudung.

Ramai yang terkejut bila pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand berkongsi sekeping gambar dirinya dan suami tanpa mengenakan hijab di Instagram miliknya.

Sarah yang mula bertudung sepenuhnya sejak penghujung tahun 2015 lagi juga seolah-olah mahu peminat menerima keputusannya itu dengan hati terbuka kerana dia turut membalas beberapa komen yang ditinggalkan di ruangan komen Instagramnya.


Keputusan yang dibuat oleh Sarah itu juga mendapat sokongan suaminya, Otto Gillen. Otto turut berkongsi gambar tersebut di IG Stories miliknya dan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada isterinya itu. “I love @sarahhildebrand so much. And I fully support all of her personal decisions. “That is my one and ONLY response. Don’t message me,” tulis Otto pada IG stories miliknya.


Pada IG Stories milik Sarah pula, dia memuat naik satu pertanyaan mengapa orang yang dianggap paling beragama selalunya menjadi orang yang paling pembenci dan tidak bertimbang rasa. “Why is it that the most religious of us are often also the most hateful and intolerant?” tulis Sarah.


Sarah turut memuat naik tiga video pendek di IG Story untuk menerangkan kembali tentang pertanyaan tersebut dan juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan serta semangat kepada dirinya.

“Hey you all.. I just want to say that the last question on my Instagram story was actually a rhetorical question. If you don’t know what that means, that means like I don’t want an answer to it, it’s more of a question that already has a statement and it’s for you guys to ponder on. Just think about that a little bit.

“And then I would also like to thank everybody that has been positive and like supportive and not judgy at all, and you know I just want to thank you guys from the bottom of my heart, that was really sweet and it’s just nice to see cause we just never know what people are going through,” kata Sarah di dalam video di IG Stories.  Sarah Hildebrand berkahwin dengan suaminya Otto Gillen, jejaka kacukan Filipina dan Amerika pada 3 November 2019.

Masih Malu Walaupun Dah Berkahwin. Sarah Hildebrand Dedah Punca Dia Tidak Kongsi Sesuatu Berkenaan Suaminya Dan Memohon Maaf Atas Sikapnya

Pelakon Sarah Hildebrand meminta maaf kerana dia dan suami, Otto Gillen kurang memuat naik gambar bersama di media sosial. Menurut Sarah perkara itu lebih baik disimpan untuk diri sendiri sahaja dari menayangkannya kepada awam.“Maaf kami jarang display public affection. Malulah walaupun dah kahwin. 

“Kadang- kadang benda macam tu lebih bagus simpan untuk diri sendiri sahaja,” katanya.Sarah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya bersama suami.Sarah mendirikan rumah tangga dengan Otto yang juga jejaka kacukan Filipina-Amerika pada 3 November lalu selepas suaminya memeluk Islam pada September 2019.Pasangan tersebut dikatakan mula berkenalan ketika Sarah melawat bapanya yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat pada awal tahun ini.-gmpk

Sarah Hildebrand bergelar isteri kepada jejaka kacukan Filipina-Amerika – “Suami peluk Islam pada September lalu”

Sarah kini bergelar isteri kepada Otto Gilen.PELAKON Sarah Hildebrand sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Otto Gillen dengan sekali lafaz pada pukul 10.23 pagi, Ahad.Memetik laporan BH, pasangan itu dinikahkan Pendaftar Perkahwinan Percraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Hilmi Saadan.

Menurut Sarah, 29, dia dan suami sepakat mengadakan majlis pernikahan secara bersederhana.Sarah menyarungkan cincin di jari suaminya.“Saya dan suami sepakat melakukan hanya yang wajib serta bersederhana. Alhamdulillah, fasa baharu untuk hidup saya dan suami sudah bermula.”Saya berdoa, semoga segala-galanya dipermudahkan. Insya-Allah,” kata Sarah.

Majlis pernikahan diadakan di Masjid As Sobirin, Lembah Keramat, dengan dihadiri kira-kira 100 tetamu.Pada majlis tersebut, pelakon drama popular Pujaan Hati Kanda itu menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.Pasangan itu mula berkawan rapat sejak Februari lalu selepas bertemu semula menerusi laman sosial, Facebook.

Suami sudah memeluk Islam pada September lalu. Alhamdulillah, urusan jodoh kami seperti dipermudahkan.

Dalam pada itu, Sarah mendedahkan dia bertemu semula dengan Otto ketika melawat bapanya yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat pada awal tahun ini.Malah, aktres berdarh campuran ini juga memberitahu suami yang berdarh kacukan Filipina-Amerika telah memeluk Islam pada September lalu.

“Kebetulan, saya turut berada dalam kumpulan sekolah sama dengan abangnya. Kami bertemu kembali ketika saya melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat, awal tahun ini.”Suami sudah memeluk Islam pada September lalu. Alhamdulillah, urusan jodoh kami seperti dipermudahkan,” ujarnya.

Sarah Hildebrand ajar suami berpuasa

KUALA LUMPUR: Macam mengajar budak kecil.Itu pengalaman pelakon, Sarah Hildebrand, 30, mengenai keletah suami yang belajar berpuasa hari ini.”Saya seperti mengajar budak-budak kecil berpuasa. Suami banyak bertanya soalan. Perkara seperti boleh minum atau tidak, apa yang tidak boleh buat dan sebagainya,” katanya kepada BH Online.

Sarah berkata, suaminya, Otto Gillen yang berdrah kacukan Filipina-Amerika Syarikat (AS) memeluk Islam, September lalu dan teruja melakukan ibadat puasa.”Sebelum ini, saya berpuasa sendiri dan tidak perlu mengajar orang lain. Kali ini, Ramadan berbeza sebab saya perlu mengajar suami berpuasa.

“Alhamdulillah, pada hari pertama, dia okay. Cuma kita tahu, pada awal berpuasa, sudah tentu kita rasa lapar lain macam, jadi dia masih belajar untuk mengawal nafsu.”Apabila begini, saya rasa lebih bermotivasi untuk menyambut Ramadan. Iyalah, dahulu bersama keluarga, sekarang saya ada suami yang menemani sahur dan berbuka,” katanya.Sarah menambah suaminya tidak kekok berpuasa kerana pernah mengamalkan diet sebelum ini.

“Suami melakukan diet ‘intermittent fasting’ sebelum ini. Dia pernah merasa berpuasa selama beberapa jam. Tetapi kali ini lebih lama, namun untuk hari pertama ini, saya lihat dia melakukannya dengan baik.”Tapi, sayang apabila kali pertama dia berpuasa, kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dia tidak dapat merasa pergi solat tarawih, membeli juadah berbuka di bazar Ramadan dan sebagainya.

“Tidak mengapa, tahun depan dia boleh merasai pengalaman berbeza pula,” katanya.Sarah turut mendoakan umat Islam dapat menunaikan ibadat puasa dengan baik biarpun terpaksa akur dengan PKP.”Saya fikir di sebalik yang terjadi, ada hikmah. Sebelum ini, kita sibuk dengan kerja, tapi Ramadan kali ini, kita dapat fokus kepada beribadat di rumah.”Dahulu kita hendak pulang ke rumah untuk berpuasa dengan keluarga kena melalui kesesakan jalan raya. Mahu pergi bazar Ramadan pun sesak, jadi, sekarang kita boleh tenang sahaja di rumah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon Pujaan Hati Kanda ini membantu suami menjalankan perniagaan dari rumah seperti menjual pakaian dan biskut.”Sebelum PKP, saya ada penggambaran drama Tunggu Dulu Cinta tapi ditunda. Saya banyak menghabiskan masa berniaga dari rumah.”Saya merancang menjual biskut yang saya buat sendiri untuk Aidilfitri. Sekurang-kurangnya kami dapat menjana pendapatan,” katanya.Sarah mendirikan rumah tangga bersama Gilen pada 3 November lalu. Pasangan ini rapat sejak Februari lalu selepas bertemu semula di Facebook.BERITA BERKAITAN-bh

“Bawa Dia Pi Berkubang Kat Bendang,”- Sarah Hildebrand Bawa Suami Balik Kampung Di Perlis

Pelakon Sarah Hildebrand membawa suaminya, Otto Gillen, pulang ke kampung halamannya di Kuala Perlis, Perlis untuk bertemu keluarga besarnya.Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marier Hildebrand, 29, berkongsi hal tersebut menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Instagram.”Balik kampung. Membawa Otto untuk berjumpa keluarga saya di Perlis,” tulis Sarah di ruangan kapsyen.

Namun, apa yang mencuri tumpuan warganet apabila ramai yang tidak pernah mengetahui aktres berdrah campuran Melayu, Jerman dan Amerika Syarikat itu berasal dari sebuah kampung di Utara Semenanjung Malaysia.Bahkan, terdapat rakan artis juga terkejut dengan perkongsian pelakon drama Suami Tanpa Cinta itu.

“Orang Perlis ke babe?” tanya pelakon Diana Danielle.”Waa Sarah orang Peghelih rupanya!!!”Boleh cakap loghat Utara ke Sarah?”Melihat dirinya yang berwajah kacukan,.. kampung dia kat Perlis hokey!”Bawak dia pi berkubang kat bendang, tengok okay tak masuk lumpuq,” antara komen yang ditinggalkan warganet.

Sarah turut berkongsi momen-momen menarik memaparkan suaminya yang berdrah kacukan Filipina-Amerika menjalani kehidupan di Kampung Tok Kaya, Kayang, Perlis.Rata-rata mereka memuji tindakan Sarah yang membawa suaminya untuk berkenalan dengan saudara mara yang lain.”Kesiannya, dia (Otto) tinggi sangat tak lepas bumbung,” komen warganet.

Sarah mendirikan rumah tangga dengan Otto pada 3 November selepas suaminya memeluk Islam pada September lalu.Pasangan tersebut dikatakan mula berkenalan ketika Sarah melawat bapanya yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat pada awal tahun ini.-gmpk

Bakal suami peluk Islam dengan rela hati – Sarah

KUALA LUMPUR: Kesediaan jejaka kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen, 26, untuk memeluk Islam membuka hati pelakon dan pengacara, Sarah Hildebrand, untuk menerimanya sebagai suami.Malah, Sarah, 29, tersentuh dengan pengorbanan pelukis terbabit untuk tinggalkan kerjaya dan keluarga di Amerika Syarikat (AS) demi mendirikan rumah tangga bersamanya.

“Kami banyak berkomunikasi dan berbincang mengenai agama, terutama apabila Otto terkejut melihat penampilan saya berhijab. Selepas menerangkan mengenai keindahan Islam, dia sendiri terbuka hati untuk memeluk agama suci ini tanpa paksaan, September lalu.

“Biarpun keluarganya terkejut dengan berita diterima, mereka memahami tindakan diambil Otto. Saya bersyukur kerana keluarga saya turut memberikan sokongan moral dan nasihat, selain memahami keputusan yang dibuat. Ibu saya pula memberikan restu selepas saya tekad dengan keputusan yang diambil.

“Semestinya saya tersentuh hati apabila Otto sanggup berkrban dan berpindah ke Malaysia selepas kami berkahwin. Ia menguatkan naluri dan firasat mengatakan dialah yang terbaik buat saya,” katanya kepada BH Online.Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Otto pada 3 November ini.

Majlis pernikahan mereka bakal berlangsung di masjid berhampiran kediaman keluarga selebriti jelita itu di Lembah Keramat, di sini.“Saya dan Otto bertemu semula menerusi laman sosial Facebook. Saya berada dalam kumpulan sekolah sama dengan abangnya. Kami kembali berkawan rapat sejak Februari lalu selepas hubungan saya dengan bekas kekasih berakhir.

“Saya bertemu semula dengannya ketika melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, AS, awal tahun ini. Banyak yang saya belajar selepas putus cinta. Saya sudah meneruskan kehidupan dan enggan berpaling mengenang kisah lalu.“Justeru, selepas kami sepakat untuk berkahwin, saya terlebih dahulu memastikan semua perancangan ke arah itu berjalan lancar sebelum sedia berkongsi berita baik ini dengan semua,” kata Sarah.Sarah sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan seorang pengacara, tetapi percintaan selama lima tahun itu berakhir, awal tahun ini.BERITA BERKAITAN-bh

Sarah Hilderbrand kena tipu 

“SAYA pernah tengok berita dan baca akhbar berkenaan perkara ini. Selalunya panggilan begitu daripada scmmer dan saya tak akan melayan. Tapi entah bagaimana kali ini saya boleh terkena,” kata pelakon Sarah Hildebrand yang menjadi sasaran penipuan dalam talian membabitkan beberapa individu yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis, Selasa lalu.

Sarah, 30, yang kerugian ribuan ringgit berkata, kejadian berlaku apabila dia menerima panggilan telefon kononnya daripada wakil LHDN ketika berada di rumahnya pada jam 10 pagi. “Suami (Otto Gillen) ada tapi sedang tidur. Mula-mulanya saya tak rasa pun kena pukau. Individu itu seperti bermain dengan psikologi dan kata saya ada cukai tertunggak. 

“Apabila saya mempertikaikan, dia kemudian sebut nama syarikat yang katanya di bawah nama saya yang mempunyai tunggakan cukai. “Saya kata tak kenal syarikat itu dan tiada kena mengena. Saya bertegas tak nak bayar dan dia kata kalau bukan syarikat saya, saya kena buat laporan polis,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, bermula dari situ, panggilan disambungkan kepada seorang anggota polis dikatakan berpangkat pegawai dan dari situlah semuanya berlaku. “Dia buat saya rasa takut. Dari situ saya sendiri sukar mengagak bila masanya dipukau atau sebaliknya. Yang nyata, saya memang terikut-ikut kemahuannya. Segala-galanya berlaku dengan pantas dan dia buat saya tertekan. 

“Dia marah-marah saya hingga buat saya jadi takut. Proses perbualan kami selesai sepenuhnya jam 1.30 tengah hari. Boleh dikatakan agak lama juga,” katanya. Menurutnya, jika difikirkan semula, dia kebiasaannya memang akan meletakkan telefon jika dimarahi sedemikian tanpa mengira status individu terbabit.

“Kalau saya betul-betul sedar, memang saya takkan layan, tapi kali ini tak sangka kenapa saya boleh ikut cakap mereka. Ketika membuat pindahan wang menggunakan mesin ATM di bank pun, saya masih tak boleh berfikir tindakan itu. Saya pergi sendirian tanpa suami.

“Kebiasaannya saya akan maklumkan setiap pergerakan saya kepadanya dan kadang-kadang dia akan temankan. Tapi kali sebab terlalu takut, saya buat semuanya senyap-senyap,” katanya. Sarah mengakui kerap didatangi panggilan begini tetapi sering mengabaikannya.

“Agak susah saya nak layan tapi kali ini dah nasib nak berlaku. Bagi saya jumlah kerugian ini agak banyak. Susah payah saya berlakon sana sini, akhirnya hilang begitu saja. Memang menyesal tapi apa boleh buat. Saya pun dah buat laporan polis. Kata mereka sukar untuk dapat wang kembali. 

“Tapi saya tak kisah semua itu asalkan mereka dapat ditngkp dan orang lain tak jadi sasaran seterusnya,” katanya.  Apa yang berlaku membuatkan Sarah tidak dapat melelapkan mata sedangkan keesokannya dia bakal memulakan penggambaran drama bersiri Tunggu Dulu Cinta. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana suami dan ibunya tidak menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku.



Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post