Terkejut bila tiba tiba madu Adira luahkan perasan di laman ig seolah beri bayangan rumahtangga tak bahagia. Sampaikan pergi balai polis lagi.

Terkejut bila tiba tiba madu Adira luahkan perasan di laman ig seolah beri bayangan rumahtangga tak bahagia. Sampaikan pergi balai polis lagi.

Madu kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datin Red berkongsi luahan perasaan di Instagram Stories mengenai keadaan dirinya dan anak-anak. Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim seolah-olah memberikan bayangan status itu berkenaan rumah tangga yang tidak bahagia.

Terkejut bila tiba tiba madu Adira luahkan perasan di laman ig seolah beri bayangan rumahtangga tak bahagia. Sampaikan pergi balai polis lagi.



“Tak pernah rasa sesakit ini. Saya dan anak-anak akan melaluinya, kehidupan akan menjadi baik semula. “Untuk kali ini, saya takkan setia bersama kamu disebabkan anak-anak. “Mereka patut membesar dan belajar tentang kegembiraan dan kasih sayang, berbanding kebencian dan kesengsaaraan. “Satu (ikatan) perkahwinan yang tidak gembira tidak akan berhasil,” tulis Datin Red.

ARTIKEL MENARIK:Wawa Zainal akui pernah laluidetik sukar ketika awal perkahwinan sampai ada yang kata dia lahirkan ank luar nikah. Sebak rupa rupanya ini cerita sebenar.



Selepas memuatnaik status berkenaan, Datin Red turut berkongsi dirinya ditemani rakan baiknya berada di balai polis Sungai Buloh seawal pukul 3 pagi. Tulis rakannya yang memuatnaik keadaan dirinya berpakaian serba hitam di balai polis berkenaan; “Kalau hidup tak boleh menyenangkan, jangan menyusahkan! Teruskan kuat.” 


 Untuk rekod, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu telah berkahwin bersama penyanyi Adira tanpa pengetahuannya pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Perkahwinan pertama bersama Datin Red dikurniakan lima orang cahaya mata. Sebelum perkahwinan itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian. 

Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun. Menerusi perkahwinannya dengan Adira, mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Secara keseluruhannya, Datuk Red mempunyai 10 orang anak dalam semua perkahwinannya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Adira kian matang

SEDEKAD dalam kerjaya seni membuatkan penyanyi Adira Suhaimi, 29, cukup matang. Apatah lagi, kini sudah berkeluarga. Adira mengatur langkah dalam bidang nyanyian pada 2010 selepas menyertai Akademi Fantasia 8 (AF8) ketika berusia 19 tahun.



Loading...

Berjaya muncul sebagai naib juara, ibu tiga anak ini mengakui dia tidak menduga mampu mempertahankan kerjaya nyanyian hingga sekarang. Malah, paling teruja katanya dia mendapat jolokan ‘Ratu Soundtrack’ dalam kalangan peminat industri muzik tempatan.

Ia berikutan lagu-lagu dinyanyikan Adira sama ada secara solo atau duet sering dipilih menjadi lagu tema untuk drama dan filem tempatan. Selain itu, Adira juga mendapat sokongan padu daripada peminat yang begitu menyukai gandingannya dengan penyanyi, Hafiz Suip pada setiap lagu duet dirakam mereka.

Bertemu dengannya pada sesi fotografi di Balai Berita Bangsar, baru-baru ini, Adira kini dalam rangka promosi video muzik lagu solonya berjudul Maaf yang dilancar pada Februari lalu. “Alhamdulillah, kerjaya nyanyian saya sudah mencecah 10 tahun.

Sudah sedekad, malah sepanjang tempoh ini pelbagai dugaan manis dan sebaliknya saya harungi. Apapun saya amat bersyukur. “Terima kasih juga pada peminat yang masih setia menyokong saya dan pencapaian cukup berharga diperoleh pastinya gelaran ‘Ratu Soundtrack’ itu.

“Ia gelaran yang tak pernah saya duga, tapi rezeki Allah siapa yang tahu. Saya pun bukanlah penyanyi yang terlalu cerewet memilih lagu untuk dirakamkan,” katanya. Menurut wanita kelahiran Sabah ini, dia lebih selesa meneliti melodi dan lirik sebuah karya lagu itu.

Katanya, jika melodi dan lirik sudah sesuai, termasuk serasi juga dengan vokal, dia okay untuk menyanyikannya. Berbicara mengenai lagu Maaf, Adira berkata, karya berkenaan pernah menjadi lagu tema drama Maaf Tak Indah lakonan Azlee Khairi, Azar Azmi dan Fizo Omar di Slot Samarinda, TV3.

“Pada Februari lalu, seiring dengan tayangan drama itu juga saya berkesempatan melancarkan video lirik lagu Maaf di YouTube yang kini sudah mencatat lebih 885,000 tontonan. “Sekarang, saya nak hebahkan pula video muzik lagu Maaf yang baharu dimuat naik di YouTube sekitar dua minggu lalu. Alhamdulillah, setakat ini jumlah tontonannya sudah melebihi 258,000,” katanya.

Ditanya mengenai kebimbangan terhadap sambutan video muzik itu, Adira tidak menafikannya. Kata penyanyi lagu Pujaan Hati dan Takdir Tercipta ini, dia berasa video muzik itu sudah lewat dihasilkan. “Beberapa minggu lagu ini dilancarkan, pada Mac lalu pula negara melaksana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19. Jadi, segala perancangan untuk rakaman video muzik dibatal.

“Diikuti, drama Maaf Tak Indah itu juga sudah lama habis tayang lebih lima budan. Jadi, memang saya bimbang sedikit kerana macam agak terlewat. “Apapun, lagu Maaf ini ternyata memiliki aura tersendiri. Malah, saya dapati lagu ini ada rezeki panjang masih bertahan dalam beberapa carta popular hujung minggu di radio,” katanya.

Menurut Adira, apa yang pasti dia juga berpuas hati kerana sambutan video muzik mendapat maklum balas positif. Katanya, dia bersyukur dan sangat berterima kasih kepada semua pihak terbabit untuk lagu berkenaan. Utamakan anak-anak Mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015, Adira juga sibuk menguruskan anak-anak iaitu Anggrek, 3, Asan, 2 dan Anggun, 1.

Katanya, sebagai ibu kepada anak yang masih kecil, tanggungjawab agak besar. Perhatian terhadap anak tidak boleh ambil mudah dan sambil lewa. “Ditambah, sekarang kita dan anak-anak perlu menjalani kehidupan harian dalam norma baharu. Saya yakin, semua ibu bapa masih perlu masa untuk menghadapinya.

“Walaupun kita semua sudah boleh menerima cara kehidupan norma baharu ini, pasti ada ibu bapa yang tak dapat menolak perasaan bimbang terhadap keselamatan anak-anak terutama di sekolah. “Saya pun pernah bimbang juga pada mulanya,

memandangkan Anggrek kini sudah dihantar ke tadika. Bagaimanapun, Alhamdulillah saya dapati pihak guru dan tadika berkenaan, mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya. Menurut Adira, berikutan masih belum ada vaksin untuk Covid-19 ini, maka hendaklah selalu menggunakan pelitup muka, melakukan penjarakan fizikal, kerap cuci tangan dengan sabun dan elakkan hadir ke tempat sesak.

Adira tak boleh anak terlalu rapat dengan orang lain

PENYANYI Adira Suhaimi, 29, enggan lagi berkongsi perihal peribadi seperti kisah rumah tangganya kecuali berbicara mengenai anak-anak dan kerjaya. Adira berkata dia tak mahu lagi telalu bersikap terbuka membicarakan kisah peribadi kerana fokusnya kini pada promosi lagu baharu berjudul Maaf.

“Taknaklah cakap lagi pasal peribadi dan rumah tangga. Tapi, kalau kongsi mengenai anak-anak dan kerjaya, saya okay.”Lagipun, saya kalau soal anak-anak memang tak ambil mudah. Hinggakan, anak tidur dengan pembantu rumah pun tak boleh.

“Bagi saya, macam mana sibuk kerja pun sebagai ibu akan pastikan sentiasa ada masa dengan anak-anak. Saya tak boleh, anak terlalu rapat dengan orang lain,” katanya. Menurut Adira lagi, dia akan berasa tidak selesa jika anak-anaknya terlalu rapat dengan pembantu rumah. Ujarnya, dia perlu lebih bertanggungjawab sebagai ibu.

“Saya juga tak pernah berjauhan lama-lama dengan anak. Jika saya ada persembahan menyanyi di tempat jauh pun, saya akan balik rumah pada hari itu juga. “Saya akan pastikan, dapat tidur bersama-sama anak. Malah, ada kalanya saya bawa juga mereka ke tempat persembahan itu dengan sediakan  penginapan kami,” katanya.

Terdahulu, Adira hadir sesi fotografi di Balai Berita, Bangsar untuk promosi video muzik lagu Maaf nyanyiannya yang sudah dilancarkan di YouTube. Adira bertemu jodoh dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 3,  Asan, 2  dan Anggun, 1.



Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post