MASIH ingatkah anda dengan kisah Kak Ros, seorang ibu kepada 10 anak yang terpaksa keluar dari rumah sewanya seminggu sebelum Ramadan yang lalu?
Kisahnya viral dan mendapat perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang pemuda Cina, Keow Wee Loong menerusi laman Instagram lebih seminggu yang lalu.
ARTIKEL MENARIK:Menjadi perbualan di kalangan warganet. Wanita ini dedah bagaimana cara dia rentas negeri tanpa ada sekatan jalanraya
Jika sebelum ini kehidupan Kak Ros atau nama sebenarnya Rosliza Hassan begitu terumbang ambing dengan pendapatan yang tidak seberapa, kini sedikit demi sedikit wanita itu mampu bangkit hasil pertolongan ramai pihak.
Selain Wee Loong, antara individu terawal yang tampil membantu Kak Ros adalah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.
Bukan sahaja mencarikan tempat perlindungan yang selesa untuk ibu itu bersama 10 anaknya, malah mereka membantu Kak Ros bangkit dengan menjana pendapatan sendiri melalui berniaga di bazar Ramadan.
Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon turun padang membantu Kak Ros membeli barang persiapan untuk berniaga.
Berkongsi cerita dengan mStar, Wee Loong berkata Kak Ros secara rasminya mula berniaga di Bazar Ramadan Alma, berdekatan dengan tempat tinggal barunya di Machang Bubuk, pada hari kedua Ramadan (Rabu).
“Perancangan untuk Kak Ros berniaga di bazar Ramadan sudah saya rancangkan ketika mula-mula membantunya pindah minggu lalu. Hasil perbincangan bersama YB Steven dan YB Khai Loon, kami sepakat bantu Kak Ros carikan peluang untuknya berniaga di bazar Ramadan.
“Dan YB Khai hubungi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mendapat satu tapak untuk Kak Ros berniaga di bazar Ramadan Alma. Kak Ros menjual beberapa menu seperti ayam goreng, pasembur, sosej dan juga minuman seperti laicikang.
Khai Loon membantu Kak Ros dari segi modal dan juga mendapatkan tapak berniaga di bazar Ramadan.
“Bayangkan dalam masa seminggu, daripada keadaan Kak Ros yang terp.aksa keluar rumah dan kini dia bangkit untuk keluarga. Siapa sangka jualan pada 1 Ramadan yang kita anggap sebagai percubaan, Kak Ros mendapat keuntungan RM700!” cerita Wee Loong yang juga jurugambar bebas.
Tambah Wee Loong, dia bersama-sama Khai Loon membantu wanita tersebut daripada menyediakan bahan-bahan, peralatan dan modal untuk peringkat permulaan.
Bayangkan dalam masa seminggu, daripada keadaan Kak Ros yang terp.aksa keluar rumah dan kini dia bangkit untuk keluarga.
KEOW WEE LOONG
JURUGAMBAR BEBAS
“YB Khai Loon sendiri turun padang membeli kelengkapan untuk Kak Ros berniaga. Saya kata kepada dia, ‘Kak Ros jangan bimbang pasal anak… saya boleh bantu jadi nanny dan pastikan mereka semua cukup makan’. Saya mahu dia fokus berniaga.
“Sambutan di gerai Kak Ros pada 1 Ramadan lalu sangat menggalakkan. Mujur dua orang anaknya turut membantu ibu mereka di gerai. Saya cadangkan kepada dua anaknya yang kerja di kedai makan supaya berhenti kerja dan bantu ibu mereka.
“Sebab dengan sambutan yang diterima, bisnes Kak Ros boleh berkembang dan pergi lebih jauh,” kata pemuda berusia 33 tahun itu lagi.
Selain Wee Loong, Steven dan Khai Loon merupakan antara individu yang banyak membantu Kak Ros.
Menurut Wee Loong, jualan pada hari kedua Ramadan iaitu hari pertama Kak Ros secara rasminya berniaga, jumlah keuntungan yang diperoleh begitu menggalakkan iaitu sekitar RM847.90.
“Kak Ros memang sangat gembira dengan bisnes baharunya. Kami berharap agar sepanjang Ramadan dan pada masa depan, bisnes Kak Ros terus mendapat sambutan dan semakin berkembang,” kata Wee Loong lagi.
Sumber: mstar
Post a Comment