Terbaru, Zul Ariffin telah membuat perkongsian yang dia ada menerima sejabak bunga daripada seseorang ketika menjalani penggambaran untuk drama terbarunya di Langkawi.
Kalau dilihat di IG Story yang dikongsi, Zul ada menunjukkan jambangan bunga itu bersertakan dengan caption Thank You dan siap ada emoji love
ARTIKEL MENARIK:Scha Alyahya baru je lepas berpantang sekali tiba tiba warganet perasan benda ni pada Scha buat ramai yang terkedu.
Haaa, adakah ini bermaksud Zul sedang menjalin cinta dengan seseorang dalam diam?Sebelum ini juga ada ura-ura mengatakan kemungkinan beliau akan berkahwin tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan pandem1k COV1D-19.Tapi persoalannya, dengan siapakah Zul akan mendirikan rumah tangga?Ketika awal tahun 2019 lalu, Zul ada digosipkan sedang hangat bercinta bersama dengan seorang gadis dari Ukraine tetapi tidak lama kemudian isu itu senyap begitu sahaja.
Namun pada 12 Mac baru-baru ini, penerbit Gayatri Su-lin Pillai yang juga merupakan bekas kekasih Zul ada memuat naik foto mereka bersama-sama.Mungkinkah Zul sedang bercinta semula dengan Gayatri?Apa pun kita doakan yang baik-baik untuk Zul dan semoga jodohnya berpanjangan hingga ke akhir hayat!
Lama Menyepi Tiba Tiba Intan Najuwa Bersuara Dedahkan Nak Cari Teman Istimewa Macam Zul Ariffin. Rupanya Intan Najuwa Suka Lelaki Yang Macam Ni.
Pernah bergandingan bersama dalam sebuah drama berjudul Setelah Ku Dimiliki suatu ketika dahulu, nama pasangan duo Zul Ariffin dan Intan Najuwa masih menjadi sebutan peminat sehingga ke hari ini. Manakan tidaknya, gandingan hebat kedua pelakon ini dalam drama tersebut masih melekat di minda peminat.
Jika sebelum ini, Zul dan Intan Najuwa juga pernah menarik perhatian warganet kerana tampil ‘terlebih’ mesra dalam beberapa keping foto yang dipercayai ketika menjalani sebuah penggambaran drama tersebut. Terbaru, sempena hari kekasih yang disambut semalam, Intan dilihat telah membuka segmen Ask Me Question bersama peminat dan juga pengikut media sosialnya.
Sehubungan dengan itu, ada peminat bertanyakan adakah Intan sukakan lelaki berjambang dan personaliti TV itu telah menjawab ya dan turut menyebut nama Zul Ariffin sebagai rujukan.Meskipun menganggapnya sebagai gurauan, nampaknya sehingga kini penangan melakonkan naskah drama itu masih terasa ya? Kalau jodoh tak kemana…
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: beautifulnara
Banyak Hati Yang Nak Kena Jaga. Lama Menyepi Akhirnya Intan Najuwa Tampil Bersuara Bongkar Status Terkini Dengan Bekas Tunang. Rupanya Ini Status Terkini Dia.
Pelakon Intan Najuwa, 24, tidak mahu mengulas lanjut mengenai status terkini dengan bekas tunangnya yang juga ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 40. Jelas Intan, dia kini memilih untuk menyimpan sendiri hal peribadi berbanding menghebahkannya kepada umum. Malah dia juga selesa dengan pendirian tersebut.
“Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami masih baik cuma untuk mengulas lanjut mengenai status hubungan kami secara terbuka, saya tak mahulah komen. “Rasanya sebelum ini pun, semua sudah tahu apa yang berlaku dalam hubungan kami. Cuma buat masa sekarang, saya tidak boleh nak umumkan status saya dengan bekas tunang.
“Saya sekarang ni lebih kepada ‘go with the flow’. Doakan yang baik-baik. Apapun, saya akui banyak belajar dari apa yang terjadi dahulu. “Jadi oleh sebab itu, saya mahu menyimpan sendiri apa yang terjadi dalam hubungan saya,” katanya.
Intan turut menambah, hubungannya ketika ini agak ‘complicated’ untuk dijelaskan tetapi masih lagi baik dan positif. “Ada banyak hati yang perlu saya jaga, hati keluarga saya serta pihak di sebelah sana juga. Jadi, ada baiknya saya berdiam.
“Saya minta semua orang faham sebab mengapa saya mahu menyimpan sendiri. Saya juga mohon doa yang baik-baik dari semua pihak,” katanya kepada MH. Mengulas mengenai reaksi bekas tunang terhadap statusnya sekarang, Intan mengakui si dia memahami dan memberi ruang buatnya untuk fokus dalam lakonan.
“Dia faham dan sekarang pun masing-masing mahu fokus terhadap apa yang dilakukan sekarang. Saya sendiri pun memang mahu fokus dengan lakonan dan bisnes tahun ini. “Setakat ini semuanya berjalan dengan baik,” katanya yang sebelum ini pernah bertunang dengan Razrul pada 18 Ogos 2019 namun mereka putus sekitar Februari 2020 lalu.
Bagaimanapun, Intan kembali memuat naik foto mesra bersama Razrul pada Jun 2020 dan semenjak itu, bintang ini masih belum menjelaskan status hubungannya dengan lelaki berkenaan secara terperinci. Intan ditemui di lokasi penggambaran drama 28 episod, Tak Sempurna Mencintaimu terbitan Zeel Production yang bakal bersiaran slot Akasia di TV3 Mac depan arahan Emi Suffian.
Selain Intan yang memegang watak sebagai Siratul dalam karya adaptasi novel berjudul sama nukilan Rehan Makhtar ini, pelakon lain yang turut sama terlibat ialah Redza Rosli, Rita Nadhira, Wan Maimunah, Datuk Ahamd Tarmimi Siregar, Lydiawati dan ramai lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: MH
Cinta Intan Najuwa dan bekas tunang berputik kembali?
Kuala Lumpur: Pelakon Intan Najuwa enggan mendedahkan secara terperinci mengenai hubungan cintanya dengan bekas tunang Razrul Anwar Rusli, 40, yang dikatakan sudah berputik kembali. Intan berkata, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk merahsiakan apa saja hal berkaitan peribadinya.
“Sebenarnya hubungan kami masih baik. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Nak ulas lebih lanjut mengenai sejauh mana hubungan kami, saya taknak komen. “Pengalaman lalu banyak mengajar saya, jadi lebih baik saya simpan sendiri segala apa yang berlaku dalam hubungan saya. Lagipun ada banyak hati yang perlu dijaga seperti pihak keluarga saya serta pihak di sebelah sana juga. Jadi, ada baiknya saya berdiam dan ikut saja apa yang ditentukan.
“Doakan hubungan kami berada dalam keadaan yang baik,” katanya. Terdahulu Intan pernah bertunang dengan Razrul pada 18 Ogos 2019 tetapi hubungan mereka putus pada Februari 2020. Bagaimanapun Intan kembali memuat naik foto mesra bersama Razrul sekitar Jun tahun lalu tetapi tidak menjelaskan status terkini hubungannya dengan lelaki berkenaan. Dalam perkembangan lain, Intan kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri terbitan Zeel Production berjudul Tak Sempurna Mencintaimu untuk slot Akasia TV3.
Intan Najuwa putus tunang
“APA punca sebenar saya putus tunang, biarlah kami bersama keluarga saja yang tahu,” kata pelakon Intan Najuwa, 23, yang mengesahkan dia sudah putus tunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39. Intan ketika dihubungi memaklumkan mereka putus tunang kerana sudah tidak ada persefahaman.
“Walaupun sudah putus tunang, tetapi kami serta keluarga kedua belah pihak baik-baik saja. Saya anggap kami tiada jodoh,” katanya kepada Harian Metro. Ditanya sama ada dia dan Razrul ke Makkah mengerjakan umrah awal Februari lalu, Intan menafikannya.
“Saya ke sana bersama keluarga. Dia (bekas tunang) tidak menyertai rombongan itu. Saya terima, kami tidak ada jodoh kerana ketentuan Allah SWT. Kini, fokus saya hanya pada keluarga dan kerjaya lakonan,” katanya. Intan sebelum ini mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan berasal dari Johor itu pada 18 Ogos tahun lalu.
Majlis pertunangan serba mewah dan meriah mereka dibuat secara tertutup di hotel terkemuka di Johor Bahru yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat. Teka-teki keretakan berlaku pada ikatan pertunangan Intan dan Razrul mula tercetus selepas aksi ‘terlebih mesra’ Intan bersama Zul Ariffin tahun lalu.
Intan yang ketika itu berstatus ‘tunang orang’ dipalit kontroversi melakonkan babak mesra bersama Zul ketika mereka membintangi drama Setelah Ku Dimiliki untuk slot Akasia TV3. Sebelum aksi dengan Zul, Intan terlebih dulu dipalit kontroversi sama iaitu berlakon terlebih mesra dengan Idris Khan dalam drama Tuan Daniel.
Kejadian beberapa kontroversi dihadapi Intan itu dikatakan pernah menyebabkan Razrul terasa hati. Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan komen Razrul tidak berjaya apabila mesej di aplikasi WhatsApp tidak dibalas.
Intan jaga privasi
KISAH pelakon, Intan Najuwa, 23, putus tunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 40, Februari tahun lalu pantas jadi perhatian ramai. Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan sudah berputik kembali beberapa bulan selepas itu apabila Intan memuat naik gambar mesra dengan Razrul di Instagram, Jun tahun lalu.
Sejak gambar terbabit tular, Intan dilihat mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri sehingga membuka sedikit ruang privasinya. Enggan mendedahkan secara terperinci mengenai hubungan cintanya dengan Razrul ketika ini, Intan berkata, cukup dia memaklumkan hubungannya berada dalam keadaan baik.
“Sebenarnya hubungan kami masih baik. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Nak ulas lebih lanjut mengenai sejauh mana hubungan kami, saya tak nak komen. Pengalaman lalu banyak mengajar saya, jadi lebih baik saya simpan sendiri segala apa yang berlaku dalam hubungan saya.
“Lagipun ada banyak hati yang perlu dijaga seperti pihak keluarga saya serta pihak di sebelah sana juga. Jadi, ada baiknya saya diam dan ikut saja apa yang ditentukan. Doakan hubungan kami berada dalam keadaan yang baik,” katanya yang bertunang dengan Razrul pada 18 Ogos 2019.
Mengakui sikap keterbukaannya memberi aura negatif apabila kisah peribadi lebih mendapat perhatian, Intan berkata, dia mahu kerjaya lakonannya yang menjadi fokus utamanya. “Saya akan kongsikan perkara yang saya rasa perlu saja seperti kerjaya saya.
Ini kerana, saya nak elakkan perkara negatif berlaku. Lebih baik saya simpan kisah peribadi saya sendiri saja. Bukan serik cuma saya nak hadkan berkongsi hal peribadi. Saya mula sedar bahawa privasi itu sangat penting,” katanya.
Ditanya adakah dia akan merahsiakan berita perkahwinannya nanti, Intan memaklumkan perkara itu akan diumumkan kerana ia sesuatu yang baik. “Buat masa ini saya tak fikir mengenai kahwin. Tapi, kalau sudah sampai waktunya, saya akan kongsikan kepada semua. Lagipun berita baik kena kongsi kepada pengikut dan peminat sebab mereka, saya berada di tahap sekarang,” katanya.
Menurut Intan, dia bersyukur apabila Razrul tidak pernah cemburu setiap kali dia bergandingan dengan lelaki lain dalam drama lakonannya. “Dia sangat faham dengan kerja saya. Setiap gambar atau video mesra yang dimuat naik dia tahu untuk tujuan promosi drama. Jadi tidak timbul soal cemburu atau brbalah. Kami berada dalam keadaan baik sebagai kawan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Intan kini menjalani penggambaran drama bersiri terbitan Zeel Production berjudul Tak Sempurna Mencintaimu untuk slot Akasia TV3. Diarahkan Emi Suffian, Intan memegang watak sebagai Siratul dalam karya adaptasi novel berjudul sama nukilan Rehan Makhtar.
“Menerusi drama bersiri ini, saya mengubah sedikit watak Siratul. Dalam novel, Siratul digambarkan sebagai wanita yang lembut dan sederhana. Namun, saya menambah perisa dengan menjadikan Siratul seorang wanita yang lebih tegas untuk mencantikkan visual,” katanya.
Bergandingan dengan Redza Rosli buat pertama kali, Intan berkata, dia mudah mencari keserasian dengan Redza. “Dia sangat mudah untuk diajak berbincang. Banyak babak yang kami berlatih dahulu sebelum memulakan penggambaran.
Saya tak perlu ambil masa lama untuk mencari keserasian. Redza sangat membantu saya memberikan mood dalam drama ini. Saya harap drama ini akan diterima baik dan mendapat sambutan yang baik apabila ditayangkan pada Mac depan,” katanya.
Dalam pada itu, Intan menyambut tahun ini dengan segunung harapan yang besar untuk perjalanan karier seninya sebagai pelakon. “Alhamdulillah dari tahun lalu sampai sekarang saya tak putus dihujani tawaran berlakon. Saya juga harap tahun ini karier seni saya terus berkembang dan berjaya. Saya juga nak fokus pada perniagaan yang diusahakan di platform online,” katanya.
‘Ada lagi gambar saya dan Intan Najuwa’ – Razrul
TUNANG kepada pelakon Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai Intan yang bertindak memadam beberapa foto mereka di Instagram. Razrul ketika dihubungi berkata, di Instagram milik pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu masih ada foto dia bersama Intan.
“Ada lagi gambar saya. Ya, hubungan kami masih seperti biasa. Terima kasih kerana ambil berat dan doakan kami,” katanya ringkas kepada Harian Metro. Razrul enggan mengulas sebarang pertanyaan mengenai foto Intan bersama pelakon Zul Ariffin yang mengundang kontroversi baru-baru ini.
“Berkenaan gambar itu saya tak mahu komen. Nanti keadaan jadi lebih buruk. Harap faham, terima kasih,” katanya. Sebelum ini, tular foto mesra Intan dan Zul Ariffin. Dalam foto itu, Intan didukung Zul dalam keadaan mengghrhkan. Sehingga artikel ini ditulis, Intan mahupun Zul masing-masing mengunci mulut dan gagal dihubungi.
Intan rasa bertuah
KERJAYA lakonan Intan Najuwa, 23, tetap bersinar walaupun dia sering dipalit cerita sensasi. Lebih-lebih lagi apabila dia baru putus tunang kira-kira sebulan lalu. Cekal dengan apa yang berlaku, wanita genit ini tidak mahu terus meratap sedih.
Kehidupan perlu diteruskan dan fokus pada kerjaya menjadi keutamaannya. Enggan mempedulikan apa saja pandangan negatif, pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid ini selesa membiarkannya. Selagi tidak keterlaluan, Intan positif. Ditambah, kini dia sangat bersyukur kerjaya lakonannya masih bersinar walaupun semakin ramai bakat baru yang hadir.
Muncul dengan drama baru berjudul Ironi Kasih di slot Akasia TV3 mulai 2 April lalu, Intan berganding dengan Aqasha sebagai heronya. Lebih menarik lagi, selain jalan cerita semestinya drama ini dibarisi pelakon senior hebat seperti Datuk Fizz Fairuz, Intan Ladyana, Ramona Zamzam dan Fauziah Ahmad Daud.
INTAN bersyukur kerjaya lakonan terus bersinar. INTAN bersyukur kerjaya lakonan terus bersinar. Mengulas kerjasama dengan pelakon berpengalaman, Intan berkata, dia suka dan berasa sangat bertuah kerana dapat menimba begitu banyak ilmu lakonan dan cara bekerja.
“Bekerja dengan pelakon senior seperti Aqasha dan Intan Ladyana amat mudah. Mereka sudah banyak pengalaman dan senang untuk menimba ilmu termasuk mengikut cara kerja mereka. “Sangat senang kerana di antara kami, masing-masing memberi kerjasama yang baik. Namun, cabaran dalam merealisasikan watak dibintangi tetap ada.
“Untuk saya, mencabarnya watak Kasih dilakonkan itu apabila banyak babak dengan pelakon kanak-kanak, Isaac Iman sebagai Danish,” katanya. Intan berkata, Kasih pada mulanya bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan (lakonan Aqasha) yang diminta menjadi pengasuh anaknya, Danish.
“Babak saya memang banyak dengan Iman dan ternyata ia tidak mudah. Ini kerana, saya perlu bijak mengendali emosi dan rasa suka kanak-kanak ketika bekerja terutama apabila berdialog. “Terus-terang, saya tak boleh terlalu ikut dialog daripada skrip dan kena ikut rentak kerja kanak-kanak. Kena selalu emosi dia (Iman) okey ke atau sebaliknya sebab kanak-kanak tak boleh dipaksa,” katanya.
Berbicara lanjut mengenai drama 15 episod itu, Intan berkata, penggambaran sudah disiapkan sebelum kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu. Katanya, dia bersyukur drama arahan Nazir Jamaluddin itu dapat disiapkan sepenuhnya.
Menurut Intan, dia juga terbabit dengan penggambaran drama yang ditangguhkan seketika kerana sekatan PKP. Menurut anak jati Johor ini, dia mengharapkan usaha kerajaan menerusi PKP dibuat akan berjaya memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19 dan berharap Malaysia kembali sejahtera seperti biasa tidak lama lagi.
Jadi wanita perampas? Apabila meneliti sinopsis drama itu, watak Kasih yang dilakonkan Intan boleh dianggap ‘negatif’ kerana dia bakal merampas suami orang sekali gus menggugat kebahagiaan hubungan Johan dan isteri, Emilia (Intan Ladyana). Mengulas apakah Intan tidak bimbang dikritik penonton, katanya, dia sudah bersedia jika watak Kasih itu bakal menerima kritikan hebat.
Katanya, apabila sesuatu watak itu dikritik penonton bermakna lakonan dipersembahkan menjadi kerana tinggalkan kesan di hati. “Apapun, setiap orang pasti ada pendapat mereka masing-masing. Malah, lakonan saya sebagai Kasih itu pun adalah cerita semata-mata. Jadi, tontonnya untuk pengajaran dan panduan.
“Saya tahu, masyarakat sangat sensitif apabila menonton drama yang mengaitkan kisah rampas merampas ini. Namun, setiap babak dalam cerita itu ada mesej dan moral yang nak disampaikan. “Tonton dengan tenang dan mana yang buruk itu jadikan sempadan.
Ia boleh dilihat sebagai proses membentuk pengajaran dalam kehidupan. Ambil sebagai iktibar,” katanya. Intan turut berterima kasih dengan penonton yang menyaksikan drama itu. Katanya, teruskan memberi sokongan berikutan kini semua orang berkurung di rumah kerana tempoh PKP.
Kredit -
Post a Comment