Pagi jumaat yang mulia bersamaan 4 Ramadan telah perginya pelakon veteran tanahair Abu Bakar Omar. Pemergian pelakon ini ibarat negara kehilangan sebutir permata yang tidak ada tolok bandingnya.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 73 tahun dan menghembuskan nafas terakhir jam 9.04 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Alor Setar, Kedah. Punca kematian adalah akibat masalah jantung.
ARTIKEL MENARIK:Ramai yang nak tahu kos sebenar untuk gigi palsu anknya. Ramai yang terkejut bila sekali Aeril dedahkan kos sebenar rawatan tu.
Anak Allahyarham Abu Bakar Omar, Mohon Doakan Ayah Diampuni Khilafnya
Perkhabaran sedih itu telah dikongsi anak Allahyarham, Mohd. Zainuddin Abu Bakar menerusi Facebook.
“Dikemuliaan pagi Jumaat 4 Ramdhan 1442H bersamaan 16 April 2021 jam 9.04 pagi..
“Dengan sedih keluarga memaklumkan bahawa Ayahanda Kami Tuan Haji Abu Bakar Omar telah dijemput kembali ke Rahmatullah..
“Jenazah akan diuruskan di No 7 Jalan Bukit Nyamuk Mukim Kurung Hitam Kuala Nerang..
“Solat Jenazah dijangka selepas solat Jumaat..
“Jenazah akan disemadikan dan disolatkan sekali lagi Masjid Al Ghufran
di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar Kedah
selepas Solat Asar InsyaAllah,” tulis Mohd. Zainuddin.
Malah Mohd. Zainuddin juga turut memohon agar arwah ayahnya ditempatkan di kalangan para solihin
“Mohon doakan Ayahanda kami diampuni segala khilafnya…ditempatkan bersama para Solihin.
“Bagi pihak keluarga kami memohon maaf atas segala salah silap Almarhum
Ayahanda kami sepanjang hayat beliau bersama masyarakat warga nusa ini.
“Diberkati rahmat Allah selalu duhai Ayahanda…
“Kami akan sentiasa merinduimu..
“Dari Allah kita datang…Kepada Allah kita kembali. Alfatihah,” kongsi Mohd. Zainuddin.
“Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga” Azhan Rani
Antara yang terkesan dengan pemergian Allahyarham adalah aktor Azhan Rani yang mengakui Abu Bakar adalah pelakon yang sangat dikaguminya. Malah dia juga sempat bekerjasama dengan Allahyarham beberapa bulan lalu di dalam sebuah telemovie.
“Allahuakbar. Baru sahaja menerima berita duka perginya seorang pelakon yang sangat-sangat aku kagumi dari kecil lagi baik di pentas teater, drama radio TV dan filem. Antara pelakon yang paling aku teruja kalau dia yang jadi ayah aku dalam cerita tu. Selamat berangkat ke negeri abadi Uncle Abu Bakar Omar.
“Mac 2020 aku terlalu teruja bila dapat tau beliau sudi untuk
bersama-sama kami dalam telemovie Khilaf Terakhir yang diterbitkan
@naziamustafar untuk @rtm_malaysia yang menjalani pengambaran di Kedah
dan Perlis. Lama beliau berehat dari muncul di depan kamera.
“Bakat, displin dan dedikasinya terhadap dunia seni lakon terlalu
tinggi. Pastinya akan dirindui ramai lagi-lagi yang pernah bekerjasama
dengannya.
“Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya dan semoga ditempatkan bersama orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga uncle abu bakar omar,” tulis Azhan Rani.
Kredit - Mingguan Wanita.
Post a Comment