Ramai yang tertunggu tunggu akhirnya kerajaan umumkan tarikh bayaran jumlah baki untuk bantuan prihatin rakyat fasa kedua.

Ramai yang tertunggu tunggu akhirnya kerajaan umumkan tarikh bayaran jumlah baki untuk bantuan prihatin rakyat fasa kedua.

Untuk makluman semua pemohon dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang telah menerima pembayaran Fasa 1 secara berperingkat mulai 24 Februari 2021, pembayaran BPR Fasa 2 akan diagihkan kepada penerima yang layak seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

Ramai yang tertunggu tunggu akhirnya kerajaan umumkan tarikh bayaran jumlah baki untuk bantuan prihatin rakyat fasa kedua.





ARTIKEL MENARIK:“G3lombang Ke-4 Menanti?..”, Ramai Pengunjung Bazar Ramadan Ingk4r S0P & P3njarakan S0sial


Bilakah Tarikh Bayaran BPR Fasa 2

Tarikh bayaran BPR Fasa 1 sebenarnya telah diawalkan pada 24 Februari 2021 bagi membantu kelangsungan hidup. (Tarikh asal adalah dijadualkan pada bulan Mei 2021). Menurut pengumuman yang dibuat melalui LHDN sebelum ini, baki pembayaran akan diterima melalui

Bayaran Fasa 2 BPR pada asalnya dijadualkan pada bulan September 2021, namun ramai yang menjangkakan ia akan dibuat pada awal bulan Mei 2021, iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Walaubagaimanapun, pihak LHDN dan Kementerian Kewangan masih belum memberi kenyataan atau tarikh rasmi bagi pembayaran BPR Fasa Kedua ini.


Jumlah Baki Bayaran BPR Fasa 2 & Fasa 3

Jumlah bantuan mengikut kadar pendapatan isi rumah adalah seperti berikut


Manakala jumlah bayaran BPR Fasa 1 yang dibuat adalah seperti berikut


Terdapat dua kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut, Isi Rumah merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / jnda / duda yang mempunyai anak; atau belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya yang berumur 60 tahun dan ke atas. Merupakan individu bujang atau berumur 21 tahun hingga 59 tahun. Bagi individu kategori orang kurang upaya mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

Kategori Isi Rumah BPR

Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia. Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah). Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR / MyKAS.

Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah. Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan / atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid). Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam / Swasta.

Kategori Bujang BPR

Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia. Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan). Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 2, sila lakukannya hubungi saluran berikut.


Kredit : HarianPost

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Rakyat Yang Dah Terima Bantuan Prihatin Tapi Ada Juga Yang Masih Belum Dapat. Akhirnya Tengku Zafrul Dedahkan Status Terkini Bayaran Tersebut Ikut Jenis Bank.

PUTRAJAYA: Pembayaran Fasa I B.antuan Prihatin Rakyat (BPR) melibatkan peruntukan berjumlah RM 1.93 bilion disalurkan secara berperingkat bermula esok berbanding jadual asal Mei depan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. “Pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 j.uta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM 300 setiap penerima untuk kategori isi rumah melibatkan seramai 4.4 juta penerima dan RM 150 setiap seorang untuk individu bujang, seramai 4.05 juta penerima,”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini. “Isi rumah dan individu bujang akan menerima bayaran yang terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing manakala penerima tidak mempunyai akaun bank, boleh menuntut bayaran melalui cawangan Bank Simpanan Na.sional (BSN), bermula Khamis ini.



“Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula akan menerima bayaran di lokasi akan diumumkan kelak, bersekali dengan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0), bermula 1 Mac sehingga 1 April depan,” katanya.

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) akan dilaksanakan secara bayaran berperingkat mengikut kelompok atau kumpulan kepada pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan kemaskini maklumat mereka itu telah diluluskan atau berjaya.

Setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan melalui peringkat semakan dengan beberapa a.gensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki.

Bayaran BPR akan dikreditkan terus ke akaun penerima bantuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun atau akaun tidak aktif, boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.

Status Bayaran Ikut Bank


Kredit : MySumber/Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Menteri Kewangan Dedahkan Pendaftaran Bpr Dilanjutkan Sehingga 25 Februari. Tapi Golongan B40 Perlu Buat Permohonan Baru Sekiranya Termasuk Dalam Kategori Ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa, tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini dibuka dari 15 Januari 2021 kini dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021

Langkah ini diambil bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak. Tambahnya lagi, hanya pemohon yang TIDAK pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta

isirumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu membuat permoh0nan baharu. “Ini termasuk golongan mudah terjejas baharu yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran impak penularan C0VID-19,”


Mereka yang tidak lulus boleh kemukakan permoh0nan baharu

Dalam kenyataan tersebut juga, Tengku Zafrul juga menjelaskan proses pendaftaran baharu/kemaskini ini, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk diverifikasi semula. “Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu/kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat,”

Manakala, pembayaran Fasa 1 BPR akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021 seperti yang diumumkan di dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) pada 18 Januari lalu kerana tempoh masa diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima.

Oleh itu, semua pemoh0n BPR yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bolehlah layari bpr.hasil.gov.my– Sumber dipetik dari Xtra

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Tarikh Pendaftaran BPR Dilanjutkan Sehingga 25 Februari. Menteri Kewangan Malaysia Dedahkan Makluman Terbaru Buat Pemohon

Baru baru ini, YB Tengku Datuk Seru Utama Zafrul Aziz yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan PRIHATIN Rakyat (BPR) yang dibuka pada 15 Januari 2021 lalu akan dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021.

Berdasarkan kenyataan media yang dikongsikan di Twitter rasmi Kementerian Kewangan Malaysia,perkara itu dibuat untuk memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang betul betul layak,turut ambil kira PKP yang dilaksanakan di hampir seluruh negara pada saat ini

Menurut kenyataan tersebut, pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isirumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu untuk membuat permohonan baharu.

Manakala penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah lulus sebelum ini tidak perlu untuk membuat pendaftaran baharu.kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.Tambahan daripada itu, Pembayaran bagi Fasa 1 BPR kepada golongan ini akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021.

MAkluman, Bagi bayaran Fasa 2 BPR pula, ianya dijangka akan dibuat pada awal bulan Mei 2021 ini.Pemohon BPR yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR.

Tambah Bantuan E Wallet RM50 Secara One Off Kepada RM100 Setiap Orang. Kerajaan Umum Bakal Beri Bantuan Khas E Wallet Dan BPR 2021 Dan Ini Jumlah Yang

kerajaan menerusi Menteri Kewangan telah menambahkan Bantuan Khas E-wallet RM 50 secara one-off bermula 2021 kepada RM 100 setiap orang.Bantuan ini akan melibatkan 1.5 juta belia seluruh negara. Inisiatif dengan peruntukan 75 juta ringgit ini adalah utnuk membantu kehidupan seharian para belia.

Pemberian RM 50 ke dalam akaun e-wallet belia ini adalah di dalam Strategi 4: Mengutama Agenda Keterangkuman, Langkah 6: Pembangunan Belia dan Sukan.Syarat Kelayakan Bantuan E-Wallet.Syarat kelayakannya ialah :Warganegara Malaysia,

Berumur tidak kurang daripada 18 tahun sehingga tidak lebih daripada 20 tahun.Peljar IPTA dan IPTS layak tanpa mengira umur.Memiliki salah satu aplikasi perkhidmatan untuk penebusan bantuan seperti Grabpay, Boost atau TNG e-wallet.Cara Membuat Permohonan.Tiada permohonan bersurat atau pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.

Bantuan ini akan anda terima sekiranya anda memuat turun/download salah satu daripada tiga aplikasi di atas.Setelah itu, anda perlu mendaftar akaun atau verifikasi akaun menggunakan kad pengenalan anda.Mengisi segala butiran yang diperlukan.Perhatian.

Bantuan ini hanya akan diperolehi sekiranya anda layak pada awal Januari 2021. Sekiranya anda layak, bantuan ini terus anda boleh tebus menggunakan verifikasi kad pengenalan. Info berkaitan ini, kami akan sentiasa kemaskini dari masa ke masa.

Bantuan BPR 2021 Berjumlah Sehingga RM 1,800.Terdapat satu insentif lama yang telah diubahsuai yang mampu membuat anda sedikit tersenyum.Insentif tersebut adalah, pengubahan nama Bantuan Sara Hidup (BSH) ke Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Pengubahan nama juga ditambah baik dengam jumlah bantuan yang semakin bertambah.

Kadar umur bagi kategori bujang turut semakin menurun.Perbandingan Kadar Bayaran Antara BSH dan BPR.Kategori 1.1. Bantuan Sara Hidup (BSH).Bantuan diagihkan kepada Pendapatan Isi Rumah RM 2,000 dan ke bawah.Bantuan berjumlah RM 1,100 + RM 120/ satu anak



Loading...


2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).Bantuan ini diberikan kepada Pendapatan Isi Rumah RM 2,500 dan ke bawah.Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak.Bantuan berjumlah RM 1,800 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.

Kategori 2.1. Bantuan Sara Hidup (BSH).Bantuan diagihkan kepada Pendapatan Isi Rumah antara RM 2,0001 hingga RM 3,000.Bantuan berjumlah RM 850 + RM 120/ satu anak.2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 2,501 hingga RM 4,000.Bantuan berjumlah RM 800 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak.Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.

Kategori 3.1. Bantuan Sara Hidup (BSH).Bantuan diagihkan kepada Pendapatan Isi Rumah antara RM 3,001 hingga RM 4,000.Bantuan berjumlah RM 600 + RM 120/ satu anak.2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 4,001 hingga RM 5,000.Bantuan berjumlah RM 500 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak.Bantuan berjumlah RM 700 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.

Kategori Bujang.1. Bantuan Sara Hidup (BSH).Diberikan kepada bujang yang melebihi 40 tahun.Berpendapatan kurang daripada RM 2,000.Bantuan berjumlah RM 300.2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).Diberikan kepada individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas.Bantuan berjumlah RM 350Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Permohonan I Sinar Kini Dah Dibuka. Wanifa Ni Kongsikan Cara Cara Untuk Aktifkan I Akaun Kwsp Yang Ramai Tak Tahu. Rupanya Mudah Je Cara Nak Aktifkan

Pastinya ramai rakyat Malaysia sedang ternanti-nanti peluang mengeluarkan wang simpanan sendiri dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kan? Kerajaan sudah memberi peluang untuk sesiapa yang layak bagi mengeluarkan wang simpanan mereka melalui i-Sinar KWSP.

Tapi adakah anda tahu bagaimana caranya? Anda ada i-akaun KWSP? Dan nanti nak kena buat macam mana? Seorang warga Facebook bernama Ellashah ini sudah memberi tunjuk ajar tentangnya dari A sampai Z. Nak tahu? Jom baca perkongsian ini.

Sudah aktifkan i-akaun KWSP?

Untuk sesiapa yang layak untuk memohon i-Sinar bermula 21 Disember 2020 nanti, pastikan kalian sudah aktifkan i-akaun KWSP. Untuk aktifkan i-akaun, perlu kemaskini nombor telefon untuk proses penghantaran TAC (kata laluan).

Dekat mana boleh kemaskini nombor telefon ni?

Boleh di mana-mana kiosk mesin sama ada di pejabat KWSP atau agen KWSP seperti bank komersial, antaranya RHB, CIMB, Maybank dan Bank Rakyat. Boleh juga rujuk di laman web KWSP.

Bagaimana caranya?

Ikuti langkah-langkah mengemaskini nombor telefon di kiosk mesin seperti di bawah. Ianya mudah sahaja. Pergi ke mesin kiosk itu dan:-

1. Masukkan kad pengenalan

Pergi kiosk mesin yang ada logo ‘Encik’ KWSP ini. Boleh rujuk pegawai bertugas, mesti ada yang akan tolong. Mula-mula masukkan kad pengenalan (ada ruangannya, jangan risau).

2. Baca arahan ikut sahaja

Baca penerangan yang dijelaskan seperti yang dipaparkan pada skrin mesin tersebut.

3. Imbas ibu jari

Contoh imbas ibu jari untuk disahkan dengan kad pengenalan kita. Ikut sahaja ar4han untuk masukkan nombor telefon.

4. Masukkan nombor telefon

Masukkan nombor telefon anda di skrin yang tertera.

5. Tunggu print out akaun BERJAYA didaftar

Keluarkan kad pengenalan, tunggu print out. Dah berjaya daftar, baliklah! Buat dekat rumah pun boleh. ID pengguna dan kata laluan sementara akan diberi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ke nombor telefon yang kita sudah kemas kini tadi. Balik rumah, ‘login’ laman web KWSP untuk pengaktifkan kali pertama (bukan melalui aplikasi i-akaun).

Selepas masuk ke laman web KWSP tadi, nampak tak garis biru tiga di atas belah kanan tu? Tekan garis tu nanti akan keluar arahan LOG MASUK. Tekan i-AKAUN (ahli). Ikut sahaja ar4han untuk penukaran ID pengguna dan kata laluan yang kekal, buatlah sehingga selesai.

Anda juga boleh memuat turun aplikasi i-akaun KWSP untuk ‘tengok-tengok’ berapa baki simpanan kalian yang ada. Dah boleh tekan kalkulator agaknya berapa dapat keluarkan. Gunakan secara berhemah dan bermanfaat. i-Sinar, semoga ada sinarnya!

Sumber via yoynetwork

Terkini Pihak Kwsp Umumkan Sesuatu Pasal I Sinar Kategori 1. Tiba Tiba Najib Boleh Pulak Cakap Ceo Kwsp Macam Ni.

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan tiada sebarang perubahan terhadap kriteria kemudahan pengeluaran i-Sinar , termasuk keperluan pencarum kategori 2 mengemukakan dokumen untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1.

“Buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap krlteria semasa i-Sinar. “Dijangkakan sebahagian besar daripada 8 jvta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan,” kata KWSP dalam kenyataan.

Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021 menerusi Akaun 1, kata kenyataan itu. Dalam pada itu, Najib Razak juga tampil mengulas perkara tersebut di laman Facebook beliau. Menurut Najb, ramai yang tak ada side income jual kuih sudah tunggu sejak bulan Oktober. Dan pencarum perlu tunggu sedikit masa lagi.

“Pendapat saya ialah CEO KWSP sudah give-up dan telah tndang bola kepada Lembaga Pengarah serta Menteri Kewangan. Mesej yang CEO nak sampaikan dalam kenyataan terbaru ini ialah jika Lembaga Pengarah dan Menteri Kewangan tak luluskan, jangan salahkan dia lagi” tulis Najib lagi

Sebelum itu, Pemuda UMNO memaklumkan bahawa pihaknya sudah menghubungi Ketua Pegawai (CEO) Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizikri Alias berhubung syaratt pengeluaran akaun satu KWSP menerusi program i-Sinar.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah meminta Alizikri supaya memansuhkan semua kriteria yang ditetapkan bagi permohonan i-Sinar agar pencarum mudah untuk mengeluarkan wang simpanan mereka.

“Insya-ALLAH, beliau resppons, jawab dengan baik dan positif untuk bawa lsu ini serta akan berbincang lanjut dengan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenainya. “Doakan agar ada natijah yang positif untuk rakyat,” katanya dalam satu komen di hantaran Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, rata-rata warganet turut memberikan komen positif terhadap usaha Asyraf Wajdi dalam mempertahankan suara rakyat. Terdahulu, KWSP mengumumkan dua kategori ahli yang layak mengeluarkan wang simpanan akaun satu menerusi program i-Sinar itu. Bagi kategori pertama, ia melibatkan ahli KWSP yang sudah lama tidak mencarum, yang hilangg pekerjaan, suri rumah atau diberi notis cuti tanpa gaji.

i-Sinar: Sebahagian besar daripada 8 juta pemohon Kategori 1 diberi kelulusan automatik – KWSP

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

Dalam satu kenyataan, KWSP memaklumkan permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021. “KWSP mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai i-Sinar, namun buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar.

“Dijangkakan sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan. “Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021,” kata kenyataan itu.

Penjelasan itu merujuk pelbagai laporan media mengenai permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat yang ditetapkan di bawah kemudahan i-Sinar. “KWSP ingin menyatakan bahawa ia sentiasa mengambil berat terhadap setiap permintaan dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan,” katanya.

Menurut KWSP, setiap proses, perubahan dasar atau penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan. Berikutan itu, katanya setiap perkara yang melibatkan isu dasar akan dibawa kepada perhatian Kementerian Kewangan.

Sumber : FMT/KWSP, Najib Razak

Kwsp Bukan Macam Bank. Lepas Ramai Yang Pertikaikan Akhirnya Ketua Pegawai Kwsp Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Kenapa I Sinar Tak Boleh Lulus Automatik Untuk Semua Pencarum.

KUALA LUMPUR: Meskipun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikhususkan untuk simpanan masa depan, namun institusi itu komited untuk membantu ahlinya dalam apa juga situasi khususnya ketika negara berdepan pandemik C0VID 19.

Menurut Ketua Pegawainya, Alizakri Alias, sehubungan itu, kemudahan i-Sinar diperkenalkan bagi memperluaskan bantuan kepada pencarum selepas kemudahan i-Lestari dilaksanakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Kami faham situasi sekarang adalah waktu genting untuk kita menolong ahli-ahli untuk bertahan dan kita sebulat suara bersetuju mahu menolong ahli kita buat masa ini, usah cakap untuk masa hadapan.

“Itu sebab kita perkenalkan i-Sinar dan i-Lestari untuk kita bantu mereka yang betul-betul terjejas aklbat C0VID-19,” katanya menerusi temu bual eksklusif dalam program Agenda AWANI pada Khamis. Dalam pada itu, Alizakri menegaskan, KWSP bukan seperti institusi perbankan yang boleh mengeluarkan wang masing-masing pada bila-bila masa.

Sebaliknya, beliau berkata, tujuan penubuhan institusi itu bagi memastikan setiap pencarum mempunyai simpanan pada usia tua kelak. “Memang saya tidak menafikan ini adalah duit ahli kita, tetapi KWSP bukan macam bank. Kalau macam bank, duit ahli boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

“Sebaliknya, KWSP ditubuhkan hampir 70 tahun lalu atas kebijaksanaan kerajaan terdahulu bagi memastikan rakyat Malaysia yang bekerja mempunyai wang yang cukup pada usia tua,” katanya. Selain itu, beliau menambah, KWSP juga memperkenalkan kadar penurunan caruman daripada 11 peratus kepada 7 peratus untuk membantu meringankan beban ahli dalam situasi sukar ini.

“Langkah itu bagi memastikan setiap ahli mempunyai lebihan wang untuk perbelanjaan harian. “Justeru, i-Sinar bukanlah suatu perkara yang perlu dilihat secara persendlrian, tetapi perlu dilihat secara menyeluruh daripada program i-Lestari, penurunan kadar caruman dan sekarang i-Sinar,” jelasnya.

Keputusan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk tidak meluluskan secara automatik penerima i-Lestari kepada skim i-Sinar adalah berikutan perbezaan situasl yang dihadapi negara ketika ini. Ketua Pegawainya, Alizakri Alias menjelaskan i-Lestari diperkenalkan ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac yang menyebabkan kebanyakan ekonomi dan aktiviti sosial tidak dibenarkan beroperasi.

Justeru, beliau berkata, keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan KWSP terhadap nasib ahli-ahli mereka.“Tetapi masa sekarang ini situasi telah pun berubah, kalau kita fikir PKP yang secara ketat dulu pun tidak ada lagi. Jadi, kita (rakyat) telah bekerja semula dan ekonomi sudah mula dijana. Kita juga jangan lupa, bukan semua orang hendak membuat perm0honan i-Lestari pada masa itu.

“Walaupun kriteria dan ia terbuka untuk ramai orang, bukan semua orang mahu memohon i-Lestari, sama juga dengan i-Sinar. “Mungkin keadaan sekarang dah berlainan berbanding pada Mac dan April,” katanya menerusi temu bual eksklusif dalam program Agenda AWANI di sini pada Khamis malam.

Sumber : AstroAwani

Ramai Yang Persoalkan Pasal Akaun 1 Kwsp. Sekali Ceo Kwsp Tampil Buat Ramalan Yang Mengejutkan Tentang Apa Yang Akan Terjadi Pada Rakyat Lepas Bersara Nanti.

(KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.

“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun, namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun. Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan.

“Selain itu, sebanyak 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini semalam.

Menurutnya, daripada data KWSP itu, jumlah berkenaan sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk isi rumah dan RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti dinyatakan dalam kaji selidik oleh Social Wellbeing Research Centre.

“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 Jumaat lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 setiap bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban seramai kira-kira 600,000 ahli yang dibuang kerja.

Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini. “Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak.

Lihat juga kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada simpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir. “Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Pertubuhan k3selamatan Sosial (Perk3so),” ujarnya. Katanya, KWSP memikul beban yang berat untuk melihat situasi semasa dan memainkan peranan bagi memastikan semua ahli mempunyai wang pada masa depan iaitu selepas hari persaraan.

Kredit : Sinar Harian

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/

Ramai Yang Tak Puas Hati Pasal I Sinar Kwsp. Perkongsian Terkini Dari Najib Razak Buat Ramai Yang Setuju Bila Najib Dedahkan Tentangvapa Yang Rakyat Nak Sebenarnya.

Semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umumkan pencarum yang layak untuk kemudahan i-Sinar terbahagi kepada dua kategori. KWSP dalam kenyataan berkata, bagi Kategori 1, mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

“Kriteria bagi Kategori 1 meliputi ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan; atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020,” katanya.

Katanya, bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan dan kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP. Malah, ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021. KWSP berkata, bagi Kategori 2, ia meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi. Rata rata di media sosial ramai yang masih tidak berpuas hati disebabkan masih bersyarat dan ini menarik perhatian NajibRazak melalui perkongsian beliau yang terkini.

Duit KWSP duit rakyat. Kita mesti percaya kepada rakyat membuat keputusan terbaik untuk diri mereka. Hidup rakyat amat tertekan dan ada yang perlukan duit untuk kecemasan kini. Faham?

Reaksi Dari Warganet Di Ruangan Komen

Terbaik bossku..sy layak kategori 1 tapi sy tetap tak puass hati sebab tetap ada yg tak layak biarpun mereka bukan kenalan sy namun kita tetap manusia dan faham keadaan skg jadi sy tetap akan bersama yg lain agar sama2 semua layak..biar adil.

Dato bagus klu kwsp faham . Tdk adil macam ne kan bagus semua dapat mcm I lestari. Kami ne bekerja besar tanggngan gaji hanya basic 1200. Istri tdk kerja tda kwsp anak tanggung 3 orang . Macam mana dato ne kwsp. Keputusan tdk adil.

Kami fikir kwsp boleh tolong keadaan kami rupanya salah angapan Saja. Suri rumah untung lah yg layak dapat sbp dapat seprt pendapatan suami dia. Kami siapa seprt dato sendiri Cari mengmis Minta kesihan tdk dpt syarat yg d tetapkan kwsp.

Ye betul tu DSNR..rakyat memang tertekan sekarang ni biar la kami putuskan nak keluarkan ke tak sebab itu hak kami..memang ada yang masih berkerje tapi bagaimana pulak jika dulu suami isteri dua-dua berkerje dan sekarang ni tinggal isteri sahaje. amat2 mengecwakan jika orang yang berkeje tidak dapat keluarkan kwsp duit sendiri.

Nak adill kpd semua pihak utk Kategori 2 tak perlulah bersyarat2, sbb mereka masih lagi bekerja, masih lagi mencarum, sy tak nampak ada masalah disitu yg perlu disyaratkan oleh kwsp dan tiada masalah sebenarnya jika mereka mahu keluarkan…10%@10k > 200… 2@3 thn selepas tu mereka dah boleh cover semula jumlah yg diambil sbb mereka masih mencarum dan bekerja.

Sumber : FBNajibRazak/OM
via apampink




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post