Umum mengetahui terdapat beberapa kes melibatkan selebriti dan instafamous yang dikritik warganet selepas memaparkan mereka merentas negeri ketika situasi pandemik yang masih belum surut ini.
Pun begitu, komen Fazura sebagai juri semasa Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini nyata jadi perhatian ramai.
ARTIKEL MENARIK:Tetap Dirikan S0lat Walaupun Sudah Dijanjikan Syvrga, Anak Istimewa Zarina Zainuddin Meraih Pujian Netizen
“Patuhi SOP, jangan rentas negeri.” Meskipun ringkas sahaja kenyataan tersebut, namun kebanyakan warganet mengaitkan perkara tersebut dengan isu panas pada ketika ini iaitu mengenai Neelofa dan suami, PU Riz yang menerima pelbagai kritikan disebabkan oleh hal rentas negeri.
Tepis Fazura, dia langsung tidak pernah terlintas mahu menyindir sesiapa kerana itu bukanlah sifatnya. Katanya, dia lebih senang menguruskan hal sendiri dan memberikan fokus kepada keluarga dan kerjaya, bukannya mencampuri urusan orang lain.
“Tak pernah terfikir pun nak menyindir sesiapa. Memang saya seorang yang suka berterus terang. Kalau ada yang nak buat spekulasi, terpulang. Masa dan fikiran saya hanya untuk keluarga serta kerjaya.”Malah tegas wanita itu, komen itu dibuat berdasarkan bahan jenaka kumpulan UNI pada malam itu
“Sebagai seorang juri, saya mempunyai tugas untuk memberi komen berkaitan dengan persembahan peserta. Sebagai figura awam juga, saya ada hak untuk bersuara. Saya menyampaikan mesej yang baik.”Bukan menyindir tapi sekadar peringatan buat semua.
Sumber : beautifulnara
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Fazura Dikritik Teruk Oleh Warganet Gara Gara Keluarkan Ayat Ni. Rupanya Memang Win Betul Ayat Yang Fazura Keluarkan Tu.
Berikutan kes Covid-19 yang masih mencecah empat angka, pelakon Fazura mengakui bimbang dengan situasi tersebut apatah lagi mempunyai anak kecil Nur Fatima Aisya yang baru mencecah usia enam bulan. Menerusi temubual eksklusif portal Oi, Jom! semalam, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin itu cuba mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan sebaiknya sepanjang masa.
“Fatima pun tak pernah lagi saya bawa keluar kemana-mana pusat beli belah. Saya nak keluar pun saya akan fikir anak apatah lagi nak bawa dia keluar, sangat menyeramkan,” katanya. Menurut pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2 itu, dia yakin dengan usaha kerajaan dalam menangani wabak pandemik berkenaan setelah pelbagai pelaksanaan dilakukan sejak tahun lalu.
“Saya sedih sebab saya mempunyai nenek yang kurang sihat di kampung tetapi saya tidak dapat berjumpa dengannya sudah berbulan-bulan. Tetapi saya akur dengan SOP yang ditetapkan kerajaan. “Kalau dilaksananakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), nanti banyak perkara yang akan terjejas. Tapi bila diberikan kelonggaran, kita ingkar pula kelonggaran itu,” ujarnya.
Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin itu, ‘public figure’ juga memainkan peranan dengan memberikan contoh yang baik kepada orang awam dalam mematuhi SOP. “Peraturan nombor satu, kita perlu menjadi seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Kedua, sebagai seorang ‘public figure’ kita perlu bagi contoh yang baik… “…dan menggalakkan orang ramai untuk mematuhi SOP supaya membantu negara kita bebas dari j4ngkitan Covid-19,” katanya.
“Ingatkan Dapat ‘Bekas’ & Ada Anak, Kurang Bitternya” – Fazura Dikritik Perli Neelofa?
Umum tahu segelintir masyarakat tanpa mengira pangkat atau darjat masih berdegil tidak mematuhi arahan kerajaan yang tidak membenarkan aktiviti merentas negeri kecuali dengan kebenaran polis. Justeru, tindakan Fazura memberi komen terhadap persembahan kumpulan UNI yang dianggotai Atu Zero, Fad Bocey dan Fakhrul UNIC di Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) menjadi bualan hangat netizen.
“Sampai seldup mak bapak. Kita kenalah mematuhi peraturan kerajaan. SOP kan… Tak boleh rentas (negeri), jangan rentas,” ujarnya. Kenyataan Fazura itu mencetuskan teka-teki di kalangan warganet sama ada ia ditujukan buat individu tertentu atau sekadar pesanan umum buat semua golongan masyarakat. Lembut saja sindirannya buat pihak yang masih berdegil ingkar SOP kerajaan
Polis perlu ambil keterangan Neelofa, PU Riz
Dalam perkembangan lain, Keterangan selebriti popular, Neelofa dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz akan diambil bagi melengkapkan kertas siasatan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan mereka.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan hampir siap dan pihaknya perlu menunggu untuk mengambil keterangan pasangan itu untuk melengkapkan siasatan. “Kertas siasatan dijangka siap dalam masa terdekat. Kita perlu ambil keterangan pasangan terbabit terlebih dahulu,” katanya di sini hari ini.
Pada Selasa lalu, polis telah mengambil keterangan pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin dan penganjur majlis iaitu pengasas Syarikat Reka Teemor Faiz Sabari serta isterinya, Rozana Mumtaz di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dekat sini.
Mereka dipanggil bagi melengkapkan kertas siasatan yang dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal. Ia susulan satu gambar tular dalam media sosial menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – UTUSAN ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : http://trendingsangat.pw/
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Neelofa Telah Dinikahkan Sendiri Oleh Adik Yang Mewakili Bapanya Sebagai Wali. Ternyata Ini Mas Kahwin Yang Diberikan Oleh PU Riz
Setelah sekian lama, akhirnya Neelofa dan PU Riz sudah sah bergelar suami isteri pada harini. Kelihatan Neelofa kelihatan anggun dengan busana putih dan masih kekalkan niqab dan agak sedondon dengan PU Riz. Dilaporkan akad nikah berlangsung kira kira jam 11 pagi dan ia bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan bertemakan Jabal Rahmah.
Para tetamu juga kelihatan mengenakan pakaian serba putih bagi bersesuaian dengan tema. Untuk makluman, Neelofa telah dinikahkan sendiri oleh adiknya yang mewakili bapanya sebagai wali dengan mas kahwinnya sebentuk cincin. Menarik sekali pernikahan pasangah ini disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Senator Datuk Dr Al Bakri yang bertindak sebagai jurunikah.
Difahamkan perkahwinan Neelofa da Haris menjadikan ini antara Wedding of The Tear buat kalangan selebriti kerana menjadi salah satu majlis yang sangat dinantikan oleh orang ramai. Tambahan pula banyak petunjuk yang muncul tentang perkahwinan pasangan ini yang dikatakan akan berlangsung dalam masa terdekat. Ianya bermula bila seorang individu ini tampil kongsi yang dia melihat Riz sedang membelek sampin songket di sebuah kedai
Berbalik kepada majlis hari ini, PU Riz melangkah masuk ke dewan sebelum upacara akad nikah berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Ternyata ia terus menjadi perbualan hangat wargane di media sosial selepas Neelofa pula pada Rabu lalu memuat naik tiga potngan doa meminta orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan.Kemudian pada Khamis, inai pada jari tangan kirinya kelihatan seperti kebiasaan dipakai oleh bakal pengantin baharu.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 November lalu dalam sebuah majlis tertutup hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.Pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakw4an sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.Neelofa turut menafikan tuduh4n yang mend4kwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakw4h muda itu.
Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekaligus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.
Gambar Bekas Kekasih PU Riz Pula Jadi Perhatian Ramai. Ternyata Ini Kisah Di Sebalik Dia Berpenampilan Busana Putih
Jika sebelum ini, Amal Syahmina telah menjadi bualan warganet sebaik sahaja pendakwag dari program Pencetus Ummah Eiz merisik Neelofa pada bulan lalu. Ternyata kisah sedih berkaitan perhubungan mereka pernah dikongsi di IG miliknya dan ambil keputusan untuk lupakan segala kenangan bersama pendakwah itu. Bahkan baru baru ini, PU Riz dan Neelofa dilaporkan bernikah pada hri ini.
Susulan hal itu, pengikut Amal di IG makin bertambah saban hari dan terbaru dia ada berkongsikan beberapa gambar yang mengenakan busana persalinan serba putih.. Jika dilihat pada perkongsian itu, dapat dilihat dia memegang sejambak bunga sambil tersenyum manis. Amal yang meiliki wajah yang begitu cantik merupakan antara satu kurnian Allah swt yag amat berharga.
Difahamkan foto tersebut dipercayai adalah ketika ulang tahun perkahwinan ibu bapanya namun dia masih menerima ucapan tahniah daripada warganet yang tersilap dia telah dirisik oleh seseorang. Dapat dilihat warganet terus menitipkan kata-kata positif selain mendoakan agar Amal akan menemui jodoh terbaik dalam kehidupannya.Kami di sini mendoakan agar Amal jumpa jodoh yang baik.Terdahulu, akaun Instagram miliknya mencecah ratusan ribu pengikut namun telah digodm oleh individu tidak bertanggungjawab sebelum mencipta akaun baru ini.
Ini tema dan lokasi sebenar Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz
Sebelum ini NeeIofa mengakui dia sudah mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sejak tiga tahun lalu dan mereka sering bekerjasama dalam program dakwah namun tidak mendapat perhatian.” Ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya saya dan ustaz Haris (Riz) sudah lama bekerjasama sejak tiga tahun lalu. Saya banyak membuat program yang melibatkan Haris dan juga ustaz Tarmizi.
” Tapi orang tak fokus sangat program tersebut sebab ia tidak melibatkan media tapi hanya untuk peminat saya serta mereka yang terlibat dalam NeeIofa hijab,” katanya kepada mStar.Bercerita lanjut tentang keperibadian Riz, bekas pengacara program MeleTOP ini berkata, jejaka itu dianggap sebagai seorang pendakwah muda yang baik, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.
” Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak, ada latar belakang agama selain seorang pendakwah yang bagus.” Dia boleh tarik orang untuk mendengar tazkirah. Tak semua orang ada tarikan itu,” kata NeeIofa lagi.Suasana di sekitar Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur di mana majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz akan berlangsung sebentar lagi.
Teka Teki Tentang Pernikahan Neelofa Dan PU Riz Terjawab Jua Akhirnya. Sumber Ini Dedahkan Tentang Majlis Tersebut
Setelah sekian lama teka teki tentang isu perkahwinan pasangan selebriti ini, akhirnya terjawab jua setelah Neelofa dan PU Riz akan disatukan dalam ikatan suami isteri pada pagi ini. Dilaporkan majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz dijangka akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada jam 10 pagi. Walaupu Neelofa dan PU Riz masih tidak membuka mulut, namun sumber yang terdekat telah memaklumkan bahawa pasangan itu bernikah dalam satu majlis tertutup.
Ada sumber memaklumkan bahawa majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihairi sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua dua pihak dan rakan baik mereka. Kata sumber”Ya, Neelofa dan PU Riz akan diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup pagi ini. Bagaimanapun, ia dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,”
Jika dilihiat di akaun Instagram (IG), @lofapage, sebuah video istimewa Neelofa bercerita mengenai lelaki idamannya dimuat naik, semalam.Biarpun tidak menyebut nama PU Riz, namun video yang memaparkan gelagat Neelofa disisi bekas peserta program Pencetus Ummah itu dipercayai dituju kepada bakal suaminya itu.”Saya banyak berdoa soal jodoh. Ada satu masa, saya menulis doa saya.
“Saya bukan hanya mahu lelaki yang boleh membahagiakan saya tetapi memberikakan kebaikan dan membimbing orang sekeliling. Itu sudah cukup membuatkan saya gembira.”Saya ada banyak mata yang memandang. Ramai menjadikan saya sebagai ikon. Hinggakan siapa pasangan hidup saya akan memberi impak sangat besar kepada orang ramai,” katanya.
Neelofa berkata, setiap wanita mengimpikan lelaki beriman, begitu juga dirinya.”Selain beriman, saya mahukan lelaki berilmu, beramal, bijak, rajin dan bertanggungjawab.”Itu antara ciri-ciri penting yang perlu ada untuk mencari calon suami. Apabila bersama lelaki beriman dan bertanggungjawab, saya rasa banyak perkara boleh diselesaikan dengan baik.
“Sebab itulah, saya sangat tekankan berkahwin dengan orang yang mempunyai ilmu agama,” katanya.Kisah perkahwinan Neelofa dan PU Riz meraih perhatian sebuah entri video menerusi akaun sama memaparkan PU Riz di sebuah kedai sambil membelek sampin songket, bagaimanapun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.Video itu menyusul selepas kelihatan Neelofa di sebuah butik baju dimuat naik dalam akaun sama.
Seterusnya inai dijari menjadi petunjuk baharu mengenai teka-teki tarikh Neelofa dan PU Riz. Gambaran jelas dilihat dalam satu perkongsian menerusi IG Story Neelofa ketika mempromosikan satu produk makanan.Menguatkan dakwaan apabila beberapa gambar rakan baik sedang bersiap dalam bilik Neelofa dengan memakai persalinan sedondon berwarna merah.Berdasarkan komen, ia adalah majlis berinai yang diadakan secara tertutup di kediaman Neelofa pada Rabu lalu.
Macam Dah Nak Dekat Je Majlis. Baru Je Jumpa Neelofa Untuk Satu Rancangan Sekali Tiba Tiba Ustaz Don Dedahkan Sesuatu Tentang Neelofa Di Laman Fb Buat Warganet Teruja.
KUALA LUMPUR: Nampaknya bau nasi minyak perkahwinan usahawan dan selebriti terkenal negara, Neelofa dengan pasangannya, PU Riz semakin kuat. Semalam dilaporkan gadis berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu akan melangsungkan majlis akad dalam sebuah majlis tertutup pada Sabtu dan hari ini berita gembira itu itu semakin kencang bertiup.
Menerusi kemaskini di Instagram Story milik juara Dewi Remaja 2009/10 it, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dilihat memberi bayangan seolah-olah sudah pun bersiap sedia menghitung hari untuk bergelar isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail.
Sementara menerusi video yang dimuat naik lebih kurang dua jam lalu, didapati jari pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dilihat sudah berinai warna merah. Inai dijari Neelofa, 32, kelihatan begitu ketara ketika beliau sedang mempromosikan produk makanan tambahan, Markaz Tijaari.
Kebiasaannya majlis malam berinai menjadi simbolik kepada bakal mempelai yang mahu mendirikan rumah tangga. Dalam laporan pada Rabu, sumber memaklumkan bahawa pasangan berkenaan akan melangsungkan majlis akad di sebuah hotel lima bintang di sekitar lingkaran Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Jelas sumber, segala persiapan sedang dijalankan dan Neelofa turut dikatakan memilih perunding perkahwinan sama yang mengendalikan majlis pernikahan kakaknya, Noor Nabila minggu lalu. Hubungan Neelofa dan PU Riz sentiasa menjadi sorotan
media tempatan sejak beberapa bulan lalu kerana mereka juga tidak terlepas melalui pelbagai ujian dan cabaran. Pada hujung Januari lalu, Neelofa ada memberi bayangan bakal mengumumkan tarikh pernikahan mereka, namun, tiada sebarang pengumuman dibuat.
Ustaz Don Beri Nasihat
Alhamdulillah selesai hari ni penggambaran dengan 2 orang insan hebat yg Allah pilih mereka atas kehebatan mereka, Nabil & Neelofa. Untuk Nabil Ahmad my brother, saya doakan agar sentiasa dalam peliharaan Allah, dilindungi daripada ftnah, selamat daripada bla bncana, dijauhkan daripada tangan-tangan yg tidak bertanggungjawab, sentiasa dalam circle yang diredhai Allah.
Credit kepada kumpulan tabligh, Sri petaling, maulana2 yg banyak bagi kesan kepada sahabat saya ini. Brother, I love u. Untuk Neelofa , saya doakan untuk hari mendatang, agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik, diberi pilihan itu pilihan yg baik, semoga Neelofa menjadi isteri solehah, dan kepada Riz, jaga perhiasan dunia yg baik yg Allah bagi ini.
Kredit : Astro/FBUstazDon
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kredit -
Post a Comment