Nekad nak kahwin dengan suami yang tiada harta dan hanya bekerja sebagai pembantu gerai makan. Tapi perangai mertua pulak tak sedar diri. Sekali ini yang jadi pada rumahtangga wanita ini.

Nekad nak kahwin dengan suami yang tiada harta dan hanya bekerja sebagai pembantu gerai makan. Tapi perangai mertua pulak tak sedar diri. Sekali ini yang jadi pada rumahtangga wanita ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca. Tolong admin siarkan masalah saya… Saya seorang isteri berkahwin dengan seorang suami yang miskin yang tak Ada apa2, sewa bilik bujang, pergi kerja naik bas (tak Ada Rumah, tak Ada kereta, tak Ada motor) kerja hanya pembantu gerai Makan..

Nekad nak kahwin dengan suami yang tiada harta dan hanya bekerja sebagai pembantu gerai makan. Tapi perangai mertua pulak tak sedar diri. Sekali ini yang jadi pada rumahtangga wanita ini.



Niat Kawin dengan suami Sebab kesian dengan hidupnye tak terurus Dan Dia seorang yang sangat rajin berkerja Dan pandai beragama/mengaji…

ARTIKEL MENARIK:Mak Ayah Jangan Kecewa, Bila Anak Tiada Rezeki Jadi ‘Orang Asrama’


Saya Ada 4 orang mertua, pak mertua Lari tinggalkan mak mertua dan 7 orang anak, Kawin dengan perempuan lain.. Mak mertua tuntut fasakh pastu Kawin ngan lelaki lain Dan tinggal di bandar (suami baru pun tak punya apa2, sewa Rumah setinggan) . Anak2 yang lain tinggal di kg Pakcik makcik Dia yang jaga…Saya dan family saya tak mintak hantaran pun, Ikut mana yang Wajib saje, Akad nikah n mas Kawin RM25.50 tanpa hantaran…

duit jamuan Makan pakai duit saya Dan family saya… Jemputan 50 orang je… Sebab saya dan family saya tahu yang suami tak mampu, kami tak mahu bebankan bakal suami.. Sebelum nikah Mak mertua Ada kasi duit RM1700 bagi pihak anak laki dia Dan mak mertua Cakap kalau boleh Nak Ada hantaran berdulang2…Saya sabar Dan diam, Nak tak nak, saya keluarkan duit simpanan saya tambah mana yang tak cukup…

Lepas sebulan dua nikah, mak mertua Ada mengungkit beberapa kali pasal duit yang dia kasi… Saya sabar Dan diam lagi.. Selang sebulan, adik perempuan dia nak nikah Tapi suami tak cukup duit Nak balik kg Dia.. Dia nak balik kg jumpa ayah kandung dia Sebab dah bertahun tak jumpa, kebetulan ayah Dia Balik kg untuk jadi wali adik dia..

Saya memang tak boleh tolong kuarkan duit untuk suami balik kampung, Sebab duit saya dah banyak abis masa nikah. Dia pulaukan saya 1 hari, tak nak bercakap ngan saya, saya pun Mula Nak marah2 sebab dia pulaukan saya Sebab saya Tak kasi duit Kat dia. brbalah besar, naik kaki, naik tangan abis lbm badan2 saya dan suami lafas Talak 1…

Pendekkan cite, kami rujuk balik…Alhamdulillah rezeki saya mengandung anak pertama..Masa saya mengandung anak pertama Masa ni Mula la timbul soal Syurga suami di ibu nye dan syurga isteri di suaminya. Nak dijadikan cerita, saya hanya Ada Sebijik motor yang saya beli sendiri masa bujang, dah abis Hutang… Motor tu la peneman saya Ulang alik kerja, Pergi check up kandungan…

Satu Hari tu, mak mertua call suami suruh suami teman mak dia Pergi satu tempat ni guna motor saya…Saya pun Cakap la, tak boleh Sebab saya Nak pergi kerja Dan saya suruh suami Pergi naik bas atau teksi.. Suami pun diam je… Esoknye saya bangun Nak siap2 Pergi kerja, tengok suami dan motor saya tak Ada. Saya call suami, dia Cakap Kat Rumah mak dia n nak temankan mak mertua.

masa tu jugak saya marah2 dekat suami Tapi Dia diam je. Saya punya sakit Hati Sampai menangis Pergi kerja jalan kaki, jauh ke tempat kerja 3KM Dr Rumah saya…Duit cukup2 untuk Makan, tak boleh naik teksi.. Bila mengadu dengan family saya, family saya nasihatkan saya suruh sabar, Ingat yang saya mengandung, Ingat anak dalam kandungan Sebab risau kalau terjadi apa2 Kat kandungan.

Masa kandungan dah 7 bulan, saya berhenti kerja Sebab dah tak larat.. Suami pun izinkan saya Rehat Kat rumah.. Kebetulan suami dapat 3 kerja dalam 1 hari..10 pagi sampai 2 pagi..Gerai makan tengahari, gerai Makan malam Dan petang part time 3 bulan kerja cuci tandas awam.. Dia Cakap nak berubah jadi suami ygan Baik dan bertanggungjawap alhamdulillah.. Mak mertua dapat tahu yang saya berhenti kerja, Terus datang rumah.. Tanya Kenapa saya berhenti kerja? Ya Allah..

Sakit hati ni, Allah je yang tahu.. Saya sabar Dan diam lagi…Lepas bersalin, Alhamdulillah saya dapat tawaran kerja gaji 4k sebulan. Separuh dari gaji saya, saya dapat Simpan Dan separuh lagi saya tolong suami… Alhamdulillah dengan kerja baru dapat la saya beli kereta axia baru… Mak mertua dapat tahu yang saya beli kereta baru, Mula la dugaan datang kembali, mak mertua buat kereta tu macam anak dia yang beli..

Suruh suami bawa dia Pergi Sana sini…Saya Pergi kerja bawa motor, suami bawa kereta… Sebab soal “isteri boleh Tukar ganti, ibu seorang Sampai bila2” saya diam lagi dan sedih sangat2, orang lain guna hasil titik peluh saya sendiri..Pas tu adik perempuan dia lagi satu Nak Kawin, suami tak cukup duit Nak balik kg, saya pun Cakap la yang saya kasi pakai duit saya untuk Dia balik kampung Tapi duit saya hanya untuk suami dan anak saje..



Loading...


Lepas tu adik ipar boleh arah2 kan suruh bawa mak mertua balik kampung.. Mesti suami akan guna duit saya untuk Makan minum mak Dan bapak tiri dia… Saya hilang sikit kesabaran Dan Cakap.. Yang saya Nak balik kg sendiri dengan suami dan anak.. Mak mertua balik ngan suami dia… (Balik kampung kena naik flight Sebab tak Ada jalan darat) Tapi adik ipar ni Jenis perangai masa dengan mak mertua…

Saya pun Cakap yang saya tak jadi balik kampung.. abang Dia balik la kampung, kalau Dia Ada duit sendiri… Mula dari masa tu, saya dah mula sikap dingin dengan adik ipar.. Mak mertua dan bapak tiri pun balik kampung sendiri tanpa kami.. Anak Nak masuk 1 tahun, saya mengandung anak kedua masa ni Ada 2 perasaan… Happy Dan Takut.. Lepas je kandungan Nak masuk 3 bulan, saya Ada Alahan yang sangat teruk Sampai tak boleh bangun Nak Pergi kerja, sampai kena warning Sebab selalu Mc..

Masa tu saya rasa Nak Gugrkan kandungan tapi akak saya nasihat, Ingat Allah, berdosa gugrkan baby. Saya menangis Nak pilih kerja atau kandungan.. Nak tak nak, saya pilih kandungan Dan saya berhenti kerja 24jam… Lepas beberapa minggu saya dapat tahu yang boss kasi saya gaji penuh Dan tambahan 2k… Alhamdulillah rezeki anak2… Gaji yg baki tu la duit simpanan Dan duit melanje saya masa saya tak kerja..

Hari dapat gaji tu, saya shopping la sikit pakai duit sendiri. beli la sikit untuk family saya Dan family suami.. Niat Baik Singgah Rumah mak mertua Nak kasi apa yang saya belikan.. Sampai je rumah mak mertua, dia tengok kat Belakang seat kereta Ada Banyak bag shopping… Saya masuk ke dalam Rumah, mak mertua boleh Cakap “dah la tak kerja, abiskan duit laki je” Nasib Baik suami cepat2 Cakap yang barang2 tu pakai duit saya sendiri…

Dari masa tu saya dah hilang hormat dengan mak mertua dan rasa benci ni membuak2 Sebab apa yang dia buat Kat saya selama ni, saya pendam je. Dari kejadian tu, saya Cakap dengan suami yang saya harmkan harta benda saya untuk keluarga Dia Sampai bila bila. Lepas bersalin anak kedua, adik ipar Nak datang bandar, Nak jumpa mak mertua dan anak2 saya… Adik ipar Dia wasap dengan suami suruh Jemput Dia dekat airport…

Suami pun Cakap Inn sayaa Allah…Padahal saya dah Cakap dengan suami yang saya dah harm kan harta benda saya untuk keluarga Dia.. Saya pun Terus wasap adik ipar tanya Kenapa pulak nak suruh jemput2 bagai… Teksi Ada kan… Saya dah mula naik Angin, dia siap beri arahan kat saya suruh saya kemas baju anak2 saya sebab dia nak bawa anak2 saya balik kampung…

Tanpa mintak Izin saya..Dari tu saya dah mula hilang sabar, saya Cakap ini anak2 aku, kau sape suka hati nak bawa anak2 aku… Kalau kau tak puas hati, Nak Berebut hak anak2 aku, aku boleh bawa kau Pergi mahkamah. Lepas tu kau bawa la balik abang kau ni… Aku pun dah lama bertahan dengan perangai keluarga kau yang tak Ada otak ni… Terus Dia block saya…

Lepas tu Rumah tangga saya Tenang tanpa dugaan mertua.. Masa ni jgak saya kehilangan tempat mengadu, kehilangan seseorang untuk beri saya nasihat iaitu mak saya.. Dalam rasa sedih Sebab kehilangan seorang emak, Masa tu la timbul kekuatan dan semangat saya yang baru untuk Demi masa depan saya n anak2..Lepas tu saya mula Berani tuntut duit nafkah saya yang tak pernah dapat dari suami ..

Saya tuntut hak anak2… Saya dah tak bantu suami dari segi kewangan.. Siap nak bawa suami pergi pejabat Agama lagi untuk kaunseling.. Alhamdulillah suami pun setuju yang saya tak perlu kerja dan jaga anak2 dekat Rumah.. Dia Cuba nak jadi suami mithali untuk saya dan anak2…Walaupun tak senang, Tapi kami tak kebuluran, Sebab kadang2 boss suami kasi lauk untuk bawa balik…

Tapi terpaksa jugak la saya gadaikan motor saya… Saya bantu suami sikit2, saya keluarkan simpanan saya sikit…Lepas beberapa Hari tu Mak mertua suruh suami balik kampung bawa anak2. Saya sebagai isteri, Mesti la tahu yang suami saya tak mampu untuk balik kampung..Tapi saya kesian kan suami Sebab dia tersepit dengan mak nye dan tanggungjawap Dia… Saya pun tak tahu macam mana saya dapat kekuatan untuk saya luahkan semua hal yang saya tak puas hati dari sebelum Kawin sampai sekarang…

Sampai saya Cakap anak2 saya, hak saya… Nak jumpa datang rumah saya, Sebab anak2 saya hak saya..Harta benda saya, saya harm untuk keluarga mak… Apa yang suami pinjam duit saya untuk keluarga mak dan adik beradik suami, saya tak halalkan Sampai bila bila Selagi tak bayar balik.. Saya luahkan Apa yang saya pendam selama ni. Lepas tu masing2 diam kan diri…

Mak mertua dan adik2 ipar tak ade ganggu lagi Hidup saya…Lepas beberapa bulan tu.. . Alhamdulillah suami dinaikkan pangkat dan naik gaji… Alhamdulillah suami dah Banyak berubah, jadi suami yang bertanggungjawap, nafkah zahir batin terjaga, tak tinggi kan suara lagi ngan saya, dah tak kasari saya lagi. Duit saya, suami tak pernah lagi amik. . Ni nak masuk tahun ke 4 perkahwinan kami..Masalah nye sekarang ni, saya kesian dekat suami…

Tapi saya kena keraskan hati saya untuk jaga Hati saya sendiri… Cukup la 3 tahun lebih saya merasa dengan Apa yg suami dan keluarga suami buat Kat saya… Tapi kesian dekat suami pun Ada.. Sampai saya Cakap dengan suami, kita berpisah la untuk Dia bahagiakan mak kandung Dia Dan Biar saya Cari kebahagiaan saya sendiri… Sekarang ni saya kuat Demi anak2 dan masa Depan anak2 je…



Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post