Rasanya nama selebriti wanita yang serba boleh ini tidak perlu diperkenalkan lagi apabila Sherry Alhadad bukan sahaja bergelar pelakon malah dia juga sangat aktif sebagai seorang pengacara yang disenangi ramai.
Biarpun begitu, sejak beberapa hari ini perkongsian Sherry Alhadad diruangan Instagram peribadinya jadi tumpuan peminat dan pengikut berikutan ramai yang mulai perasan dengan penampilannya.
ARTIKEL MENARIK:Sebelum ni pernah diakatakan pelakon kayu. Tapi Sekarang Fattah Amin terima Anugerah pelakon terbaik. Sekali selamba je Fazura boleh komen macam ni.
Ini kerana, Sherry Alhadad dilihat semakin kurus daripada sebelum ini malah melalui fotonya bersama penyanyi, Han Byul juga mengundang rasa teruja peminat melihatnya itu. Namun begitu, sekeping foto terbaharu dimuat naik Sherry Alhadad ini bukan sahaja mendapat pujian peminat dan pengikutnya tetapi ramai rakan selebriti tinggalkan pelbagai reaksi mereka terhadap foto terbaharu yang dimuat naik itu.
Foto tersebut memaparkan Sherry Alhadad mengenakan baju kurung dan ternyata gara- gara perkongsian itu pengacara rancangan Muzik Muzik itu menerima ratusan reaksi diruangan komen. Kelihatannya rakan selebriti seperti Awal Ashaari, Lisa Surihani mahupun beberapa selebriti yang lain memberikan pujian buat Sherry Alhadad dimana dilihat semakin kurus.
Lepas Kecoh Tentang Isu Body Shaming Sherry Alhadad Tiba Tiba Usop Bongkarkan Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tak Lama Lagi. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Wanita Yang Jad Pilihan Hati Usop.
Naib juara Big Stage 2020 Usop mengakui niat sebenarnya untuk menyertai pertandingan ini adalah untuk berkahwin. Jelas Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 23, dia tidak mahu berahsia tentang status terkininya yang sudah mempunyai teman istimewa.
“Niat saya lama dah, buat apa saya nak rahsia-rahsia kalau ni benda baik. Saya mengenali si dia selepas saya keluar daripada rancangan realiti terdahulu. “Dia orang biasa sahaja tapi apa yang buatkan saya suka dia adalah sebab dia tinggi daripada saya. Dia orang Pulau Pinang, anak mami,” jelas Usop kepada Gempak.
Usop ditemui semasa sidang media konsert akhir BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad. Tambah Usop lagi, dia tidak mahu melambatkan proses mendirikan rumah tangga kerana berpendapat benda baik harus dipercepatkan.
“Benda baik ni kalau kita buat lagi cepat, lagi bagus. Nanti saya akan kongsi. “Malah, dia juga tahu yang ramai wanita yang mesej saya di Instagram (IG) dan dia juga sering juga membuka IG saya. “Saya tahu jaga diri, saya tak akan layan benda-benda begitu sebab saya setia pada yang satu,” ujarnya lagi. Pada konsert akhir BS2020 yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan Azzam Sham dinobatkan dinobatkan sebagai juara. Usop mendapat naib juara dan Qody Rany berada di kedudukan ketiga. Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.
Semalam Ketika Di Big Stage Usop Terlepas Cakap Sesuatu Pasal Isu Ini Buat Ramai Yang Tak Puas Hati. Mengejutkan Nasib Usop Sempat Buat Ini Untuk Selamatkan Diri.
Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Usop memohon maaf secara terbuka apabila terlanjur menegur bentuk badan pengacara Sherry Alhadad di pentas akhir konsert BS2020. Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, memohon maaf jika gurauannya itu disalah anggap oleh Sherry dan orang ramai.
“Sebenarnya saya nak cakap, tadi saya ada terlepas cakap. Saya harap semua orang tak terasa. Sebelum apa-apa yang orang cakap pada saya dan kak, saya minta maaf,” ujar Usop secara langsung di atas pentas selepas selesai mempersembahkan lagu keduanya, sebentar tadi.
Sherry pula menggangap perkara itu sekadar gurauan dan tidak mengambil hati terhadap ketelanjuran kata Usop terbabit. “Takpe, kami faham Usop bergurau. Akak pun faham itu sekadar gurauan,” ujar Sherry.
Pada malam minggu akhir program tersebut, Usop yang mempersembahkan lagu Arjuna nyanyian asal Dewa 19 menerima kecamman apabila secara tidak sengaja bergurau mengenai badan Sherry sehingga warganet menganggap penyanyi itu melakukan ‘body shamming’. Usop turut mempersembahkan lagu Peluang Keduanyanyian asal penyanyi Nabila Razali.
Selain Ucop, empat orang peserta iaitu Qody Rany, Fadh Majid, Azzam Sham dan Dinie Rashid bersaing di pentas akhir untuk berebut gelaran Big Stage 2020. Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
Instagram: @usopofficial, @sherry_alhadad
sumber : gempak
Jadi Sasaran Body Shaming Usop Masa Dekat Big Stage. Akhirnya Sherry Alhadah Tampil Berusara Luahkan Sesuatu Bila Usop Cakap Macam Tu. Terkedu Sampai Macam Ni Sekali Luahan Hati Sherry.
Naib juara Big Stage 2020 (BS2020) Usop dikritik hebat di media sosial apabila dikatakan terlanjur menegur bentuk badan pengacara Sherry Alhadad di pentas akhir konsert BS2020. Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, walaubagaimanapun memohon maaf jika guravannya itu disalah anggap oleh Sherry dan orang ramai.
Tidak melatah dengan situasi berkenaan, tuan empunya badan, Sherry Alhadad tampil menyuarakan pandangannya. Menurut Sherry, dia langsung tidak ambil hati dengan apa yang terjadi. Bagi Sherry, terlepas kata merupakan perkara yang tidak boleh dielak terutama ketika program siaran langsung.
“Kadang kala sama juga macam Sherry apabila jadi pengacara. “Kalau atas pentas paling Sherry takut adalah terlepas cakap. “Saya faham niat dia bergurau, mungkin ketika itu orang lain anggap ianya seperti menghina,” katanya ketika ditemui Gempak usai pentas final Big Stage 2020, malam tadi.
Tambahnya, dia juga sudah menganggap Usop seperti adiknya, oleh itu langsung tidak terlintas di hatinya untuk berkecil hati. “Sebagai seorang kakak, saya memang sayang Usop sebagai adik. “No heart feeling, takde perasaan marah-marah, kami sayang sama-sama,” katanya.
Terdahulu, pada malam minggu akhir BS2020, Usop yang mempersembahkan lagu Arjuna nyanyian asal Dewa 19 menerima kritikan apabila secara tidak sengaja bergurau mengenai badan Sherry sehingga warganet menganggap penyanyi itu melakukan ‘b0dy shaming’.
Tindakannya itu mencetvskan rasa tidak senang buat sesetengah warganet sehingga ada yang cuba memboikot penyanyi berkenaan. Dalam pada itu, Big Stage 2020 (BS2020) telah melabuhkan tirainya apabila Azzam Sham dinobatkan sebagai juara BS2020 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.
Naib juara menjadi milik Usop manakala Qody Rany berada di tangga ketiga. Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing di kedudukan keempat dan kelima. Instagram: @sherry_alhadad. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: GEMPAK
Semalam Ketika Di Big Stage Usop Terlepas Cakap Sesuatu Pasal Isu Ini Buat Ramai Yang Tak Puas Hati. Mengejutkan Nasib Usop Sempat Buat Ini Untuk Selamatkan Diri.
Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Usop memohon maaf secara terbuka apabila terlanjur menegur bentuk badan pengacara Sherry Alhadad di pentas akhir konsert BS2020. Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, memohon maaf jika gurauannya itu disalah anggap oleh Sherry dan orang ramai.
“Sebenarnya saya nak cakap, tadi saya ada terlepas cakap. Saya harap semua orang tak terasa. Sebelum apa-apa yang orang cakap pada saya dan kak, saya minta maaf,” ujar Usop secara langsung di atas pentas selepas selesai mempersembahkan lagu keduanya, sebentar tadi.
Sherry pula menggangap perkara itu sekadar gurauan dan tidak mengambil hati terhadap ketelanjuran kata Usop terbabit. “Takpe, kami faham Usop bergurau. Akak pun faham itu sekadar gurauan,” ujar Sherry.
Pada malam minggu akhir program tersebut, Usop yang mempersembahkan lagu Arjuna nyanyian asal Dewa 19 menerima kecamman apabila secara tidak sengaja bergurau mengenai badan Sherry sehingga warganet menganggap penyanyi itu melakukan ‘body shamming’. Usop turut mempersembahkan lagu Peluang Keduanyanyian asal penyanyi Nabila Razali.
Selain Ucop, empat orang peserta iaitu Qody Rany, Fadh Majid, Azzam Sham dan Dinie Rashid bersaing di pentas akhir untuk berebut gelaran Big Stage 2020. Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
Instagram: @usopofficial, @sherry_alhadad
sumber : gempak
Sherry turut rasa ‘kehilangan’
“PELAWAK sebenarnya adalah seniman yang menangis,”. Itu kata-kata pelakon dan pengacara popular Sherry Alhadad apabila diminta berkongsi mengenai kisah pemergian pelawak popular Abam Bocey, Isnin lalu.
Sherry berkata, pemergian Abam satu kehilangan besar kerana impak komedinya sentiasa tersemat di hati ramai orang. “Pemergiannya secara tiba-tiba. Itulah yang dikatakan di tangan Allah. Tidak akan awal sesaat atau lewat sesaat.
“Saya bukanlah pelawak yang kerjaya hakikinya dalam bidang komedi secara keseluruhan. Walaupun sering bekerjasama dengan mereka, mungkin kedekatan saya dengan dia tidak seerat mereka yang sudah umpama keluarganya.
“Apabila Abam pergi menghadap illahi, bukan saja kita yang berada di dalam industri hiburan terasa kehilangannya, malah seluruh negara turut terasa sehinggakan ada yang menitip mesej di Instagram saya menyatakan rasa tak percaya mereka dengan berita itu,” katanya.
Menurut Sherry, impak komedi yang dibawakan Abam setiap kali beraksi di pentas komedi sangat kuat. “Seperti yang saya katakan, pelawak adalah seniman yang menangis. Mereka cuba untuk sajikan komedi dan jenaka untuk menghiburkan orang. Tapi, mereka juga sering diperlekehkan oleh orang-orang tertentu. Namun, sekarang terbukti bahawa semua orang sayangkan Abam,” katanya.
Menyambung perbualan mengenai pemergian Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, Sherry meluahkan rasa simpatinya kepada dua rakannya yang juga anggota kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey.
“Saya turut bersimpati dengan Achey dan Fad kerana mereka umpama kehilangan tulang belakang untuk kumpulan itu. Apa pun, Allah lebih sayangkan Abam dan kita doakan yang terbaik. “Kedua-dua mungkin masih lagi melunaskan tugas Abam dan kita semua sebagai masyarakat sentiasa mendoakan dan mengingati Abam dalam hidup kita,” katanya.
Menyentuh isu yang melanda pelawak Ilya Buang baru-baru ini, Sherry juga berkongsi pendapatnya mengenai kandungan lawak yang sensitif dan sesuai untuk dipersembahkan di TV. “Komedi itu sendiri terbahagi kepada beberapa bahagian. Kebanyakannya yang dipersembahkan dalam bentuk drama dan teater adalah apa yang berlaku di persekitaran. Kebanyakannya juga menggambarkan situasi sosioekonomi dan masyarakat pada ketika itu.
“Ada juga kebanyakannya menggunakan elemen politik sebagai elemen dalam komedi kerana ia adalah ‘ratio’ paling besar dalam sesebuah negara. Namun, satira atau ‘black comedy’ ini kebanyakannya dipersembahkan secara ‘underground’,” katanya.
Katanya, dia sendiri secara peribadi sentiasa menitikberatkan beberapa elemen penting sebelum tampil di kaca TV. “Dalam TV, ada benda yang boleh dan tidak boleh. Dalam kata lain, disekat. Ketika saya mula masuk ke dalam dunia hiburan, ramai yang berpesan kepada saya supaya elakkan menyentuh hal politik, agama dan apa-apa yang sensitif.
“Jadi, setiap kali saya nak persembahkan sesuatu yang berunsur jenaka, saya akan fikirkan dulu kata-kata yang sesuai digunakan kerana kita nak hidup dalam situasi harmoni. “Sebenarnya, sampai ke hari ini pun masih ada lagi yang membuat komedi berdasarkan masalah sosial dan sebagainya. Kadang-kadang, kita tak bermaksud apa-apa pun ketika berlawak, namun akan ada masyarakat yang terus membuat andaian sendiri dan mengaitkannya dengan perkara yang berunsur politik dan sebagainya,” katanya.
Sherry juga mengajak semua orang untuk mencuba pelbagai perkara baru dan menjadi seorang yang ‘versatile’. “Jika diikutkan, apabila kita berada dalam industri hiburan, kita kena belajar banyak benda baru. Tak semestinya kita hanya perlu pakar dalam satu bidang saja.
“Saya beri contoh, kalau saya boleh berlakon dan mengacara, tapi untuk nyanyian bukanlah dalam kepakaran saya. Jadi, saya tahu mana yang saya lebih arif dan cabang seni mana yang saya kurang arif. “Itu akan jadikan kita seorang yang ‘versatile’ dan tak hanya tersekat dalam satu cabang seni saja. Lihat saja Tan Sri P Ramlee. Dia adalah contoh anak seni yang serba boleh,” katanya.
Ditanya mengenai kerjaya lakonan, Sherry memaklumkan dia sendiri belum melihat apa-apa perancangan dalam bidang itu dalam masa terdekat. “Mungkin akan ada lagi karya-karya membabitkan lakonan untuk saya. Namun, buat masa sekarang fokus saya adalah kepada pengacaraan,” katanya. Apa yang pasti, Sherry akan terus menyinar dalam apa jua cabang seni yang disertainya dengan disiplin dan sikapnya yang sentiasa menyenangkan.
‘Rasa macam mimpi, betul ke abah dah pergi menghadap illahi’
PENGACARA Sherry Alhadad gagal menahan air mata ketika mengimbau kembali detik kehilangan bapa tersayang, Syed Abdullah Syed Ali Al Hadad ketika berusia sembilan tahun. Perkongsian dibuat oleh Sherry dalam satu program bual bicara itu, menjentik emosi penonton serta pengacara program berkenaan yang turut menangis.
Sherry berkata, ketika kehilangan insan paling disayangi, dia awalnya menganggap apa yang berlaku hanyalah mimpi. “Abah tidak bekerja, dah pencen. Jadi kalau pergi mana-mana orang mesti cakap ‘Tuan Syed bawa cucu ke?’. Sebenarnya, anak lah sebab beza umur kami jauh.
“Jadi setiap kali saya balik dari sekolah, abah akan menyorok. Bila buka sahaja pintu, saya akan terus mencarinya. Ia sudah menjadi rutin setiap kali saya balik ke rumah. “Tapi pada hari itu, buka pintu tengok abah tak ada. Rupanya, dia dah masuk hospital. Selama seminggu abah di hospital, saya tidak dibenarkan melawat sebab masih kecil dan keesokan harinya, saya dimaklumkan abah dah pergi menghadap illahi.
“Saya masuk bilik dan terfikir betulkah apa yang berlaku ini. Saya anggap ia mungkin hanya sekadar mimpi,” katanya. Menurut Sherry lagi, dia hanya menyedari bapanya sudah tiada selepas di uruskan. “Ketika abah dibawa ke rumah dan menunggu saudara-mara lain datang, saya seronok melayan dan bermain dengan sepupu-sepupu ketika itu. “Namun, apabila abah diursukan baru saya tersedar, ini realiti,” katanya.
Minta maaf lupa diri sampai naik ‘sheikh’
PENGACARA dan pelakon, Sherry Al-Hadad memohon maaf jika ada segelintir warganet yang mengecam tindakannya menari keterlaluan pada sebuah program televisyen bulan lalu. Sherry, 35, berkata, dia hanya sedar perkara itu selepas menonton kembali program berkenaan.
“Saya adalah seorang pelakon teater dan apabila membabitkan diri dalam program seperti itu apa yang dilakukan hanyalah untuk fokus dan memberikan terbaik selain mahu penonton terhibur. “Tidak sangka pula ia terlihat keterlaluan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penonton dan warganet,” katanya.
Katanya, apabila terbabit dalam program berkenaan dia menjadikan program Rupaul sebagai rujukan sehingga begitu obses dan terikut cara dalam program itu. “Saya minta maaf kerana terlupa diri dan batas sebagai seorang wanita. Saya juga terlupa program berkenaan disiarkan untuk tayangan umum.
“Saya begitu bersungguh-sungguh kerana sudah dua tahun berturut-turut kami kalah dengan lelaki, jadi saya fikir apa pun jadi kali ini mahu menang. “Itu yang sampai lupa diri dan menari sampai naik ‘sheikh’,” katanya. Terdahulu, program yang diberi nama Drop The Beat Extra itu turut menampilkan Sherry sebagai pengacara bersama Dennis Yin.
Sherry menjadi ketua kumpulan selebriti wanita yang menampilkan Nabila Huda dan Ernie Zakri. Manakala Dennis menjadi ketua kumpulan lelaki, yang menampilkan Aman Ra dan Sean Lje. Sherry kemudiannya menunjukkan bakat tariannya menerusi lagu Don’t Stop Me Now oleh Queen.
Sherry miliki kelebihan
DALAM tempoh 10 tahun, artis serba-boleh, Sherry Al-Hadad berjaya meletakkan namanya sebaris dengan artis popular dan diyakini bakatnya. Pastinya itu pencapaian cukup membanggakan. Dalam tempoh itu juga, Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad tidak pernah terkait dengan sebarang isu atau kontroversi yang boleh memberikan implikasi buruk terhadap kerjayanya.
Kehebatannya sebagai pelakon dan pengacara membolehkan pihak TV3 memberikan kepercayaan kepada wanita berusia 34 tahun ini untuk muncul dalam program bual bicara menggunakan jenamanya sendiri, The Sherry Show.
Selain itu, Sherry turut dikenali sebagai pengacara program realiti Big Stage untuk musim kedua di Astro Ria. Walaupun kini di puncak kerjaya, semua itu tidak diperoleh dengan mudah. Ini kerana dia harus berusaha dari bawah bagi mengenengahkan bakatnya.
Berjuang dengan pandangan peminat dan pemerhati industri seni tempatan yang lebih menghargai mereka yang bertubuh langsing dan cantik membuatkan Sherry harus bekerja lebih keras berbanding artis lain. Apa yang saya peroleh sekarang bukannya kerja individu, sebaliknya bekerja secara berpasukan.
“Mereka inilah yang banyak membantu dan menolak saya untuk terus mendaki kejayaan. Namun, saya harus mendaki satu demi satu tangga sehingga berada di tahap sekarang,” katanya. Walaupun mengambil masa panjang untuk membina kerjaya sebagai pelakon, pelawak dan pengacara, Sherry tetap gembira kerana dalam masa yang sama banyak ilmu yang dikutip.
Sherry berkata, dia percaya jika dia memulakan kerjaya dan terus berada di puncak, dia tidak akan memperoleh kejayaan seperti sekarang. Saya dilihat berjaya sekarang ini berkat daripada ilmu yang saya kutip satu-persatu sepanjang meneladani kerjaya seni. Bermula dari bawah menjadi satu kelebihan buat saya,” katanya.
Memulakan kerjaya sebagai pelakon menerusi drama Sutun pada 2006, kini nama Sherry lebih dikenali sebagai pengacara.Sherry berkata, kedua-dua bidang itu tidak ada bezanya. “Falsafahnya adalah sama iaitu dalam bidang pengacaraan teori lakonan juga harus diaplikasikan. Iaitu reaksi dan memberikan reaksi. Lagipun sebagai penggiat, saya akan cuba lakukan apa saja yang boleh mencabar bakat yang saya miliki.
“Namun, saya tidak akan melakukan semua, sebaliknya saya hanya melakukan kerja seni yang saya yakin saya mampu buat dan mampu melakukannya dengan baik apabila saya melaksanakannya,” katanya. Sudah melakukan semua perkara, apakah lagi impian Sherry yang belum lagi terlaksana atau dia berasakan cukup dengan apa yang sudah diraih sekarang ini?
“Jujur sehingga ke hari ini, apa saja perkara yang ingin saya cuba sudah pun dapat saya realisasikan. Terbaru saya kini sudah bergelar penerbit menerusi syarikat produksi Perempuan Productions yang saya tubuhkan bersama beberapa lagi teman rapat.
“Produk pertama ialah telefilem Geng di mana saya turut berlakon bersama dua lagi sahabat baik, Lisa Surihani dan Nadia Nisa. Saya bersyukur komen diberikan penonton juga agak positif. “Cuma pada masa akan datang saya teringin untuk mendalami bidang penulisan skrip dan menghasilkan lebih banyak karya yang diangkat daripada hasil penulisan dan idea saya. Sebagai anak seni, saya suka berangan dan banyak idea atau cerita yang ingin dikongsi,” katanya.
Kredit - apampink
Post a Comment