SEPANJANG bulan Ramadan, azan Maghrib menjadi detik yang paling ditunggu-tunggu kerana ia menandakan masuknya waktu untuk berbuka puasa. Pada Isnin lalu, pihak Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor tersilap melaungkan azan tiga minit lebih awal sebelum waktu yang sebenar.
Dalam satu kenyataan rasmi, pihak pentadbir masjid berkenaan turut memohon maaf atas kesilapan itu. Menurut Nazir masjid, Wan Nawawi, kesilapan berpunca akibat masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di rumah ibadah itu. “Assalamualaikum. Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib
ARTIKEL MENARIK:Nekad beli nasi masa bulan puasa. Sekali kantoi dengan pihak berkuasa. Bila ditanya alasan yang dia bagi tu memang tak masuk akal.
tiga minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Isnin, 7 Ramadhan 1442 atau 19 April 2021 disebabkan oleh masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid,” ujarnya. Ujar beliau, pandangan jumhur ulama menyatakan puasa mereka yang terlibat dalam kejadian itu terbatal dan ia perlu diganti semula.
“Jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqada. Kesilapan berpunca akibat masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di rumah ibadah itu.
Pandangan jumhur ulama’ menyatakan puasa mereka yang terlibat dalam kejadian itu terbatal dan ia perlu diganti semula.
“Begitulah pandangan jumhur ulama dalam kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama Hambali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqada. “Sekali lagi kami mohon maaf dan InsyaAllah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” ujar beliau dalam kenyataan itu.
Sementara itu, rata-rata pelayar Facebook khususnya menerusi page Asal Gombak turut menceritakan pengalaman mereka yang terlibat dalam kejadian berkenaan. “Ya saya perasan juga pada waktu itu. Masih ditempat niaga (pasar malam Sri Gombak) memang akan dengar azan Maghrib seakan cepat daripada biasa.
“InsyaAllah ganti puasa bersama sunat Syawal, Isnin dan Khamis. Triple pahala. “Untuk mengelakkan keadaan sebegini berlaku lagi, orang ramai perlu lebih cakna bila masuknya waktu solat sekaligus waktu berbuka di kawasan masing-masing,” tulis warganet. Tersilap Berbuka
Puasa Awal, Apa Hukumnya
Mungkin pernah bermain di benak fikiran anda, bagaimana jika kita berbuka puasa sebelum masuk waktunya. Contohnya, kita mendengar radio sudah melaungkan azan Maghrib, sedangkan di tempat kita lagi sepuluh minit baru akan masuk waktu.
Jumhur ulama’ telah berbahas mengenai kemusykilan ini. Islam itu agama yang memudahkan, namun, dari segi hukum, kita tidak boleh sesuka hati meletakkan hukum sendiri. Berdasarkan kalam Allah yang berbunyi: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang siang kegelapan malam), iaitu waktu malam (maghrib).” (Surah Al-Baqara, 2:187)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW juga meriwayatkan yang berbunyi: Maksud: “Apabila malam datang dari arah sini, dan siang-siang menghilang dari arah sini, serta matahari telah tenggelam maka orang yang puasa boleh berbuka.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Terdapat dua pendapat berkenaan perkara ini, iaitu sesetengah ulama’ berpendapat bahawa tidak batal puasa jika tidak sengaja dan tersalah serta ada sebahagian ulama’ berpendapat bahawa batal puasa dan wajib menggantikannya. Ini adalah berdasarkan kepada pendapat daripada beberapa orang mazhab sendiri.
Pendapat Batal Puasa. Mazhab Syafie, Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa batal puasa dan wajib untuk menggantikannya walaupun tidak sengaja. Berikut merupakan dalil yang dikemukakan melalui kitab-kitab mereka:
#1 – Mazhab Syafie
Berhubung mazhab kita, iaitu as-Syafie, Imam
al-Nawawi menjelaskan: Maksud: “Sekiranya seseorang makan kerana
menyangka tenggelamnya matahari, ternyata belum tenggelam atau menyangka
fajar belum timbul, ternyata telah timbul, dikira batal puasanya atau
nas yang sahih dan ia diputuskan oleh jumhur ulama’.” (Kitab Raudhah
al-Talibin, 2/363)
#2 – Mazhab Hanafi
Mazhab Hanafi telah diasaskan oleh Imam Abu
Hanifah atau nama sebenarnya Nukman bin Thabit yang diamalkan di
kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Mesir, Turki, sub-benua India,
Tajikistan dan Iraq. Imam al Kasani menjelaskan:
Maksud: “Jika seseorang bersahur dengan menyangka bahawa fajar belum terbit, sedangkan sebenarnya sudah terbit atau berbuka dengan menyangka bahawa matahari telah tenggelam, padahal sebenarnya ia belum tenggelam, maka wajib baginya mengqadha puasanya tersebut tanpa perlu membayar kaffarah. Ini kerana dia tidak membatalkan puasanya tersebut secara sengaja tetapi tersilap.” (Kitab Bada’I al-Sana’I fi Tartib al-Syarai, 2/100)
#3 – Mazhab Maliki
Mazhab Maliki telah diasaskan oleh Imam Malik
bin Anas bin Malik bin Amar Al-Harith yang telah diamalkan di Utara
Afrika dan sebahagian Afrika Barat. Ibn Abdi al-Barr menjelaskan:
Maksud: “Daripada sunnah ialah menyegerakan berbuka dan menta’khirkan (melewatkan) sahur. Pada siang hari maka wajib baginya berpuasa bermula daripada terbit fajar sehingga tenggelamnya matahari, maka halallah baginya berbuka. Sebaliknya diwajibkan mengqadha puasa sesiapa yang berbuka dengan sangkaan matahari telam tenggelam dengan sebab lindungan awan atau lainnya padahal belum tenggelam.”
Pendapat Tidak Batal Puasa
Mazhab Hanbali pula mengatakan bahawa
tidak batal puasa jika tidak sengaja atau tersilap sangkaan bahawa telah
masuk waktu berbuka.
Mazhab Hanbali diasaskan oleh Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dan telah diamalkan oleh masyarakat Islam di Semenanjung Arab seperti Mekah dan Madinah, pedalaman Oman dan beberapa tempat di sepanjang Teluk Parsi. Al-Mardawi menjelaskan:
Maksudnya: “Dan jika seseorang makan dengan menyangkakan telah tenggelam matahari, kemudian syak dan sentiasa dalam syaknya, maka tidaklah perlu dia qadha’ puasa tersebut. Dan inilah yang dijazamkannya. Dia berkata pada kaedah 159: Harus berbuka puasa dengan sebab sangkaan berat matahari telah tenggelam pada zahir mazhab.” (Kitab al-Insaf Fi Ma’rifati al-Rajih Min al-Khilaf, 3/310)
Kesimpulan, Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk berbuka puasa di awal waktu berdasarkan hadis yang telah diriwatkan oleh Sahl bin Sa’ad RA: “Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan waktu berbuka.” (Muttafaqun ‘alaih) Walau bagaimanapun, kita perlu berbuka puasa apabila telah yakinnya masuk waktu berbuka dan bukannya dalam keadaan was was.
Wallahu a’lam. Mufti Wilayah
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kredit -
Post a Comment