Johor Bahru: Pelakon, Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mak Cik Petir’ menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.45 pagi hari ini.
Perkara itu dimaklumkan anaknya, Faizul Hafiz Hashim di akaun sosial Facebooknya. “Dukacita dimaklumkan mama saya (Noryati Taib) telah pergi menghadap illahi pada 1.45 pagi sebentar tadi.
ARTIKEL MENARIK:Tular foto Neelofa dan suami bersiar siar di Langkawi. Terkejut sekali ini tindakan terbaru polis terhadap Neelofa dan suami buat warganet tak sangka.
“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya dalam hantaran berserta gambar. Difahamkan, dia akan diuruskan di Tanah Islam Kebun Teh, jam 10 pagi. Terdahulu, pada September 2017, Noryati pernah teruk dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) apabila mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Noryati menjalani operasi akibat komplikasi diabetes dan dibenarkan keluar selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI). Namun, pelakon itu mengalami sesak nafas sehari kemudian hingga keadaannya teruk di Unit Rawatan Rapi HSI pada 24 September 2017.
Noryati terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi. Noryati yang mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik kerap berlakon dalam drama terbitan Radius One Sdn Bhd milik anak saudaranya Shahrulezad Mohammeddin. p/s: Sama-sama kita doakan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
sumber: hmetro
Makcik Petir positif Covid-19
Kuala Lumpur: Pelakon Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan Makcik Petir dalam kalangan peminat drama lakonannya disahkan positif Covid-19. Perkara ini dikongsikan anak saudaranya yang juga penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin menerusi rakaman video dimuat naiknya di Instagram ketika Noryati di rumahnya menunggu kedatangan ambulans.
“Guys. I need your favour. Makcik saya @ makcik petir, @ makcik Marry @ makcik uda Yati disahkan positif Covid-19. “Jadi, saya merayu pada semua peminat mak uda Yati kesayangan ramai agar mendoakan kesembuhan dia dan semoga Allah tenangkan dia.
“Saya tahu dia tengah gelisah sebab dekat hospital nanti, dia seorang sahaja, tak ada siapa dapat temankan dia. “Doakan dia pulih dan tabah. Malah, doakan sekali agar semua pesakit Covid-19 yang lain sama ada kenal atau tidak diberikan kesembuhan yang sama,” tulisnya.Terdahulu, Noryati terkenal dengan gelaran sepertii Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary menerusi drama lakonannya iaitu Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi. Dia yang menetap di Johor bersama keluarganya mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik dan kerap berlakon di dalam drama terbitan Radiusone Sdn Bhd.
Menurut Shahrulezad lagi, selain ibu saudara, sepupunya dikenali Ezzah juga disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun, Ezzah hanya kuarantin di rumah kerana mengalami simptom ringan. Selain itu, Shahrulezad juga menitipkan pesanan kepada pengikutnya di Instagram supaya menjaga diri. Katanya, Covid-19 sekarang berada di mana sahaja.
Kredit -
Post a Comment