PENDAKWAH bebas, Ustazah Asma Harun berpendapat kontroversi sebuah jenama sandal menggunakan perkataan Muslim Friendly atau ‘mesra muslim’ bagi mempromosikan produk hanya bersifat salah faham.
Bagaimanapun menurut Asma, ia mungkin bergantung kepada kefahaman seseorang itu dalam isu berkenaan.
ARTIKEL MENARIK:Mimi Lana muat naik gambar terbaru mesra dengan Syafiq Kyle. Terkejut bila ada warganet komen mcm ni siap ada yang suruh kahwin cepat.
“Bagi saya ia bergantung pada perspektif masing-masing. Saya mungkin terbuka dalam isu ini dan saya nampak ia biasa. “Ia bukanlah perkara yang sampai peringkat kita nak gelarkan sebagai penunggng agama atau menyalahi syariat.
Terma ‘Muslim Friendly’ mengundang kebimbangan ramai.“Pada saya, maksud disampaikan ialah selipar itu lebih kepada ‘muslimah friendly’ khusus bagi wanita yang memakai stokin,” katanya. Beliau berkata demikian seperti yang dilaporkan Sinar Harian selepas majlis pelancaran Semarak Ramadan @ Anjung Bonda Nor di Bandar Prima Senawang, Negeri Sembilan pada Jumaat.
Sebelum ini, warganet mempertik4ikan penggunaan Muslim Friendly yang digunakan sebuah jenama selipar yang berkolaborasi dengan aplikasi Islamik dibangunkan oleh selebriti popular, Neelofa iaitu The Noor. Ia bukanlah perkara yang sampai peringkat kita nak gelarkan sebagai penunggang agama atau menyalahi syariat.
Menurut warganet, tindakan itu dilihat sebagai menunggng agama bagi tujuan meraih keuntungan. Sementara itu, Asma turut menegur golongan selebriti supaya menjadi lebih bertanggungjawab dengan segala perkongsian yang dibuat mereka menerusi media sosial masing-masing.
“Allah bagi pengaruh kepada masyarakat sama ada artis, instafamous, influencer atau mereka yang ada dalam bidang perniagaan. Tolong bertanggungjawab ke atas setiap yang kita kongsi di media sosial. “Apabila kita buat sesuatu dan mendapati positif lebih banyak daripada negatif, teruskan. Tapi apabila kita tengok ia 50-50, mula muhasabah diri dan betulkan semua niat kita.
“Walaupun kita kata itu hak peribadi, tapi kalau betul hak peribadi, simpan ia sebagai peribadi,” ujarnya. Sebelum ini, isu beberapa selebriti mengundang kemarahan ramai apabila berkongsi aktiviti rentas negeri secara terbuka tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/04/sandal-lop-ustazahasma/
Neelofa Dikritik Teruk Lepas Kecoh Tentang Selipar Muslim Friendly. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Pihak Fipper Tampil Mohon Maaf Dan Jelaskan Tentang Muslim Friendly.
Sejak beberapa hari lepas, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila aplikasi yang diasaskan olehnya iatu TheNoor telah berkobularasi dengan satu jenama selipar terkenal iaitu Fipper Slipper untuk mengeluarkan satu produk yang diuar-uarkan sebagai ‘Muslim friendly’.
Disebabkan hal tersebut, Neelofa telah teruk dikritik sehingga ada yang mendakwa dirinya sebagai ‘penunggang agama’ berikutan ciri khas yang ada pada selipar keluaran tersebut. Enggan meneruskan lagi salah faham mengenai selipar keluaran mereka, pihak Fipper Slipper telah tampil memohon maaf diatas kekeliruan tersebut dan menjelaskan maksud sebenar dengan perkataan ‘muslim friendly’ di ruangan Instagramnya.
Menurut penjelasan pihak Fipper dan TheNoor, selipar tersebut dikategorikan sebagai ‘muslim friendly’ kerana sesuai digunakan untuk Muslimah yang memakai stokin. Ia juga dijelaskan dalam press release yang dilakukan sebelum ini. Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai
usahasama Fipper dan TheNoor yang mengeluarkan selipar yang dimaklumkkan sebagai mesra Muslim. Hal tersebut membuatkan Neelofa terus dikritik warganet kerana didakwa menggunakan agama untuk melariskan produk.
Sumber : omm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Cerita Langkawi Belum Habis Kali Ni Neelofa Kena Kritik Lagi Gara Gara Lancarkan Produk Baru. Ramai Yang Tak Senang Duduk Bila Tengok Neelofa Guna Tagline Ni.
Belum habis reda kontroversi Langkawi, sekali lagi selebriti Neelofa menggemparkan media sosial dengan mengeluarkan selipar mesra muslim. Berkolobrasi bersama jenama selipar antarabangsa, pengantin baru tersebut dilihat selesa apabila memperkenalkan produk selipar yang seolah-olah mempunyai kaitan dengan agama.
Dengan rekaan yang didakwa anti licin, selipar tersebut sangat sesuai digunakan oleh umat Islam. Hal inilah yang membuatkan warganet berasa marah. Sudahlah membawa imej muslim, produk pun mahu tunggang agama? Lalu, berbondong-bondong komen yang mengkritik dan juga menyindir Neelofa.
Terdahulu, warganet juga mengkritik aksi suaminya, PU Riz bersugi di dalam kereta lalu dikongsikan di media sosial. Persoalannya, mengapa perlu berkongsi dengan orang ramai? Kan dah jadi umpatan. Tetapi kritiklah macam mana sekalipun, ramai peminat tegar yang akan membeli produk mereka. Jadi, bila nak habis cerita macam ni?
Peminat Berpaling Tadah Nak Boikot Neelofa Sebab ‘Angkuh’?
Warganet meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Neelofa berhubung isu menyalahgunakan permit rentas negeri dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinannya baru-baru ini. Mereka menyifatkan kenyataan Neelofa kedengaran an.gkuh hingga ada yang mahu memboikot selebriti popular itu.
“Selain tudung dan susu pisang, apa lagi produk yang berkaitan Neelofa perlu diboikot?” antara luahan warganet. Kecoh di media sosial semalam mengenai kenyataan mahu memboikot Neelofa yang menurut warganet, sepatutnya meminta maaf atas kesalahan dilakukan dan bukannya mengeluarkan kenyataan berbaur angkuh.
Rata-rata warganet berpendapat Neelofa sepatutnya meminta maaf atas kesalahan dilakukan dan bukannya mengeluarkan kenyataan berbaur angkuh. “Minta maaf Neelofa, sebelum ini saya memang minat awak tetapi tidak lagi sekarang.
“Awak sepatutnya meminta maaf bukannya keluarkan kenyataan berlagak dengan rezeki diberikan,” tulis seorang warganet. Kelmarin, Kosmo! melaporkan pelakon, pengacara dan usahawan itu memohon agar diberikan isu terbabit secara profesional dengan pihak berkuasa.
Neelofa dan Haris Ismail dilaporkan selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kelmarin. Terdahulu Kosmo! melaporkan sejak minggu lalu nama pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac itu menjadi bualan hangat warganet selepas mereka dikatakan bersiar-siar, bermain jetski dan menaiki kereta kabel sebagai mana yang dikongsikan dalam Instagramnya ketika dalam tempoh lawatan kerja di pulau peranginan berkenaan.
“Saya Sangat Tekankan Keberkatan Dalam Setiap Perkara,” – Pintu Rezeki Makin Bertambah, Neelofa Bersyukur
Selebriti dan usahawan popular, Neelofa meluahkan rasa syukur kerana telah dilimpahi dengan rezeki yang luas, lebih-lebih lagi selepas baru berkahwin. Bagaimanapun, Neelofa menyifatkan dia dan suami, PU Riz lebih mengutamakan mengenai soal keberkatan dalam setiap perkara yang mereka lakukan.
“Alhamdulillah, kami berkahwin pun baru je seminggu. Jadi, apa-apapun bentuk rezeki yang diterima sama ada suami atau diri saya sendiri, yang paling saya utamakan adalah keberkatan. “Kalau kita terlalu luangkan masa untuk kejar segalanya tapi tiada berkatnya, kita akan penat dan rasa membazir sahaja.
“Saya sangat tekankan kepada keberkatan dalam setiap perkara yang saya lakukan InsyaAllah,” katanya kepada MH. Pemenang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 29 (ABP29) itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis tandatangan produk terbaharu Fipper x The Noor di Hotel Marriot, Putrajaya pada Isnin.
Pada masa sama, Neelofa turut memaklum segala urusan kerjanya sewaktu di Kedah telah berjalan dengan lancar meskipun dikritik oleh segelintir pihak yang mendkwa dia dan suami telah menyalahgunakan kebenaran merentas negeri.
“InsyaAllah dengan kerjasama bersama pihak Chatime, saya akan buka beberapa oulet di sana (Kedah). “Jadi sebelum puasa saya cuba selesaikan apa yang perlu. Alhamdulillah segalanya dapat dibuat pada minggu lepas. “Walaupun setelah apa yang terjadi termasuklah impak daripada orang ramai, kami telah ditawarkan untuk membuka lebih daripada satu cawangan.
“Terima kasih kepada anda semua kerana telah memberikan ‘free marketing’ dan membuka rezeki kepada saya. “Rasanya saya tidak perlu bercakap mengenai segala tindakan saya kerana segalanya ada sebab-sebab yang tersendiri mengikt keadaan dan keperluan saya pada ketika itu,” katanya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya menyambut bulan Ramadan sebagai seorang isteri, Neelofa mengakui dia berasa sangat teruja kerana ini antara momen-momen yang amat dia nanti-nantikan. “Ada beberapa perkara sebenarnya didalam perancangan saya tetapi sekiranya perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan, saya akan berpuasa di sini bersama keluarga seperti biasa.
“Sejujurnya saya teruja kerana ini juga merupakan perkara yang saya tunggu-tunggu. “Banyak masa akan dipenuhi dengan program-program tersendiri terutamanya ketika di rumah,” akhirinya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://trendingsangat.pw/
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kecoh Pasal Majlis Nikah Neelofa Tak Patuh Sop. Lepas Neelofa Dan Suami Rupanya Menteri Agama Pun Dipanggil Untuk Ambil Keterangan Tentang Isu Ini.
MENTERI (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tidak terkecuali daripada dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan ingkar prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan selebriti Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Zulkifli merupakan antara individu terawal tampil membantu polis berhubung isu berkenaan. “Kita sudah ambil keterangan YB (Yang Berhormat) berkenaan, dia juga hadir sebagai tetamu jemputan.
“Keterangan beliu lebih awal diambil berbanding yang lain kerana kita juga nak pastikan apa yang ditularkan itu betul atau tidak. “Maklumat yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu kita meneliti lebih dalam mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada hari berkenaan,” katanya dalam pertemuan eksklusif bersama mStar pada Selasa.
Difahamkan Zulkifli dijemput ke majlis berkenaan bagi memberikan khutbah nikah dan tazkirah ringkas. Pada Isnin, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suaminya Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, tampil memberi keterangan berhubung siasatan kes pelanggaran SOP majlis pernikahannya 27 Mac lalu.
Bagaimanapun menurut polis, pihaknya perlu mendapatkan keterangan beberapa lagi ahli keluarga mereka sebelum tindakan lanjut dapat diambil. Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.
Mengulas kebimbangan ramai berhubung wujud isu pilih kasih atau ‘double standard’ terhadap siasatan kes ini kerana ia melibatkan golongan selebriti dan VIP, Mohamad Zainal bagaimanapun menafikannya. SOP pihak polis adalah sama di mana-mana pun, jika tular kita perlu siasat… tak kira majlis VIP atau orang biasa.
Jelas Mohamad Zainal, tiada sebab untuk pihaknya melindungi pihak terbabit jika mereka didapati bersalah. “Tiada apa-apa kepentingan untuk kita lindung, tindakan akan diambil. Malah kalau kita keluarkan kompaun pun, mereka mampu nak bayar. “Jadi tiada sebab untuk kita tak mahu ambil tindakan,” katanya.
Ujar Mohamad Zainal lagi, siasatan bagi kes yang ditularkan sememangnya memerlukan sedikit masa untuk siasatan berbanding jika pihak berkuasa berada di lokasi pada hari kejadian. “Kalau masa itu (majlis berlangsung) aduan dibuat, saya percaya pada masa itu juga kompaun akan dikeluarkan. “SOP pihak polis adalah sama di mana-mana pun, jika tular kita perlu siasat… tak kira majlis VIP atau orang biasa,” katanya.
Warganet kecewa terhadap kenyataan Neelofa – “Purdah Tak Mampu Menutup Sifat Seakan Sombong Dan Angkuh”
Kehidupan seorang selebriti sudah semestinya tidak akan lari jauh daripada perhatian warganet, lebih-lebih lagi apabila perwatakan dan imej segelintir selebriti tanah air kita sering menjadi tumpuan dan dianggap sebagai idola oleh peminat mereka.
Meskipun gelaran ‘selebriti’ diberikan kepada mereka, namun mereka juga merupakan manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Lumrah menjadi seorang selebriti ini akan sentiasa dikecam lebih-lebih lagi apabila perkara yang dimuat naik oleh mereka sangat terkesan oleh warganet.
Terkini, isu yang masih hangat menjadi perbulan warganet di media sosial mengenai usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa sekali lagi mengundang amarah warganet apabila beberapa kenyataannya di sidang akhbar baru-baru ini berbaur seperti angkuh dan riak.
Menerusi sidang akhbar tersebut, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada warganet kerana disebabkan warganet yang membuat ‘free marketing‘ ini, beliau mendapat peluang untuk membuka lebih banyak cawangan air yang berjenama itu.
Menurut warganet di Twitter, perbuatan Neelofa diungkapkan seperti menyiram bara api yang sedang hangat membara dek kerana isu ini masih belum diselesaikan. Meninjau di Twitter, majoriti daripada warganet meluahkan perasaan kecewa dengan kenyataan Neelofa yang dianggap bongkak serta tidak menyangka beliau akan berkata seperti itu.
Kenyataan Neelofa yang dikatakan berbaur seperti angkuh ini telah membuatkan sesetengah warganet untuk tidak menyokong produk-produk Neelofa lagi. Bagaimanapun, dalam sidang akhbar tersebut, Neelofa meminta ruang privasi untuk beliau menyelesaikan kemelut ini bersama pihak atasan.
Apa-apa pun, kita mengharapkan ada penjelasan di atas setiap perkara berlaku. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak Neelofa dan pihak berkuasa untuk isu ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Koolfm via
Post a Comment