Baru-baru ini, pelakon Didie Alias ada memuat naik sekeping foto bersama dengan rakan pelakon Elfira Loy di akaun Instagram miliknya. Difahamkan, kedua pelakon ini menjalani pengambaran rakaman rancangan khas Melodi Raya.
“Lama tak jumpa anak mumy nie @elfiraloy. Lps kawin dh beranak smp anak dh jalan br terjumpa, tetap comey je.
ARTIKEL MENARIK:Bekas suami baru je doakan kebahagiaan Nadia Brian. Terkejut bila tiba tiba Nadia tuntut untuk pulangkan 19 kotak pada bekas suami. Rupanya ini yang Nadia Brian tuntut tu.
“Korang mesti ingat gandingan mumy dgn die,cite ape ekkk Wearing @klambikl Makeup @kasihcicie Hairdo @missanastacia_lee #melodiraya,” tulisnya. Dalam pada itu, penampilan Elfira telah menjadi perhatian peminat. Bukan itu sahaja, peminat juga membuat spekulasi bintang berusia 27 tahun itu dilihat seperti sedang hamil anak kedua.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : MH
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Perkahwinan Sudah Hampir Memasuki Dua Tahun. Elfira Loy Buat Perkongsian Detik Pertemuan Dia Dan Suami Sehinggakan Suaminya Diberikan Syarat Oleh Ibu Elfira Jika Mahu Bernikah Dengan Elfira
Pejam celik, pejam celik nampaknya usia perkahwinan selebriti Elfira Loy dan suaminya sudah hampir memasuki dua tahun selepas mereka selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2019.Namun, apa yang menarik perhatian dan tidak diketahui ramai adalah bagaimana pertama kali mereka bertemu.
Elfira baru-baru ini telah memuat naik beberapa keping foto menceritakan perkara berkenaan selepas ditanya oleh beberapa peminatnya.Menurut Elfira, kali pertama beliau berjumpa dengan suaminya adalah pada malam Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) kira-kira beberapa tahun dulu.
Selain memuat naik foto berkenaan di laman Twitter, suaminya turut melahirkan penghargaan buat pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi kerana telah mempertemukannya dengan Elfira pada malam tersebut.Menerusi perkongsian yang sama, Elfira turut membuka cerita apabila rakan baiknya yang juga anak kepada aktor Rosyam Nor iaitu Anis pernah mendoakan Faris berjodohan dengan pelakon yang popular menerusi drama Tentang Bulan itu.
Sementara itu, pelakon yang berusia 26 tahun itu juga menjawab pertanyaan pengikutnya apabila mereka mengajukan soalan antara surah kegemarannya dan sebenarnya terdapat cerita menarik disebalik surah tersebut.Aww so sweet Faris! Untuk pengetahuan pembaca lain, Faris juga diberi syarat oleh ibu Elfira jika mahu bernikah dengan Elfira:-“Faris, kalau nak kahwin dengan anak aunty, kena hafal al-Mulk,” tulis Elfira.
Apa-apa pun, Hot FM ingin mengucapkan tahniah in advance! kepada pasangan ini yang bakal menyambut ulangtahun perkahwinan yang kedua awal tahun 2021.Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan seterusnya ke syurga.. Gittew!Sumber foto: Instagram Elfira Loy
Muat Naik Foto Sambut Hari Lahir Ank. Tapi Benda Lain Yang Jadi Perhatian Warganet. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Warganet Tu Komen .
Seronok apabila kita dapat melihat anak membesar dengan sihat. Begitu juga dengan pelakon Elfira Loy yang turut berkongsi satu entri di Instagram miliknya mengenai cahaya mata pertama mereka.“Ish budak garang ni dah nak setahun ke. is it one year ago i gave birth to this babyyyyy. Literally crying.
“Is he still a baby even he’s one? Will you sleep under my ketiak still? Oh nooo jadi baby jelah forever,” tulis Elfira yang nyata gembira anaknya bakal menjejaki usia setahun. Terbaru, Elfira telah memuatnaik sekeping foto di Instagram miliknya. Foto tersebut dapat dilihat sedang meraikan sambutan hari lahir anaknya iaitu Muhammad Rayyan yang pertama.
“Happy 1st birthday mylove babyboi Muhammad Rayyan Khalaf” “You’re such a good boy to the both of us, there’s nothing I want you to change about you.” “Just be the cheeky you , the amazing you and the most adorable babyboi as always! ”
Elfira turut memberi ucapan bahawa dia dan suaminya sayangkan Rayyan hingga ke syurga. “I hope you had a great day with my loved ones today.” “Mommy and Ayah love you hingga ke Syurga ”, tulisnya. Sehubungan dengan itu, ramai juga pengikutnya tidak ketinggalan tinggalkan komen untuk memberi ucapan hari lahir kepada baby Rayyan.Ada juga yang turut berminat dan memuji dengan kek hari lahir Rayyan yang sangat unik sehinggakan impikan kek seperti tersebut untuk dirinya.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkahwin dengan Muhd Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan pasangan tersebut dikurniakan dengan cahaya mata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.Sumber:tehtarikkaw
Tak sangka umur anaknya hampir mencapai satu tahun. Terkini Elfira Loy luahkan sesuatu mengenai cahaya mata sulungnya yang dikongsikan menerusi laman Instagramnya.
Seronok apabila kita dapat melihat anak membesar dengan sihat. Begitu juga dengan pelakon Elfira Loy yang turut berkongsi satu entri di Instagram miliknya mengenai cahaya mata pertama mereka. “Ish budak garang ni dah nak setahun ke. is it one year ago i gave birth to this babyyyyy. Literally crying. “Is he still a baby even he’s one? Will you sleep under my ketiak still? Oh nooo jadi baby jelah forever,” tulis Elfira yang nyata gembira anaknya bakal menjejaki usia setahun. Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkahwin dengan Muhd Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan pasangan tersebut dikurniakan dengan cahaya mata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.
SUMBER: GEMPAK
Muhammad Rayyan Khalaf nama pilihan Elfira buat anaknya
Terdahulu, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia tidak mengalami sebarang alahan semasa hamil. “Saya tidak mengalami sebarang alahan kerana pada awalnya saya tidak tahu saya hamil. “Saya dapat tahu hamil apabila sudah lama tidak datang bulan.”Saya ada buat beberapa ujian kehamilan sendiri tetapi tidak mempercayai. Akhirnya saya pergi klinik dan doktor mengesahkan saya hamil,” katanya lagi.
MUHAMMAD Rayyan Khalaf demikian indahnya nama putera sulung kepada pelakon, Elfira Loy dan suaminya, Khairol Faris Anuar. Menurut Elfira, dia dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar berasa gembira dan bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan. Di laman Instagramnya pada Rabu, Elfira berkongsi jantina serta nama pilihan buat cahaya matanya untuk tatapan peminat-peminatnya.Dalam perkongsian itu juga, Elfira yang memuat naik gambar wajah bayi nya selain mengimbau pengalaman kali pertama melalui proses kelahiran dan bergelar ibu. “Semalam tidur bagai dibuai mimpi , every minutes in the labour room , every pain , ever moments i went through dia recap balik,”
Ya Allah macam tak percaya.terima kasih Ya Allah , terima kasih keluarga , terima kasih sahabat , terima kasih semua yang mendoakan kami,” katanya dalam kapsyen di Instagram.Dalam perkongsian itu, Elfira turut memaklumkan dia dan anaknya berada dalam keadaan baik. Elfira selamat melahirkan anak lelaki dengan berat 3.68 kg pada jam 5.40 petang di Andorra Women & Children Hospital, Seri Kembangan.Elfira Loy, 25, dan Khairol Faris Anuar disatukan sebagai suami isteri pada 1 Januari lalu.- ASTROAWANI
Kafe Elfira Loy tutup
PELAKON Elfira Loy akur dan sedih apabila terpaksa menutup perniagaan kafe Love Me Seven Days miliknya selepas lebih lima tahun beroperasi. Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Ahmad Sabri, 26, berkata, penutupan itu bukan disebabkan terjejas akibat pandemik Covid-19, sebaliknya dia memiliki keutamaan lain yang lebih penting.
“Saya cuba rahsiakan berita ini agak lama juga kerana saya tidak pasti sama ada mahu teruskan atau tidak. Bukan disebabkan Covid-19 atau apa tapi kerana keutamaan. “Saya tidak mampu lakukan 10 pekerjaan serentak dan lepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain.
Justeru, ini adalah keputusan yang terbaik. Hari ini, kami sudah mula mengemas semua barangan, buang barang, kemas dan ada yang dijual juga. Saya rasa ini jalan yang terbaik,” katanya. Dalam pada itu, Elfira turut mengucapkan syukur atas sokongan semua pihak terhadap perniagaannya itu selama ini.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang pernah datang kafe saya, sokong dan sentiasa memberi kata semangat. Saya juga ingin memohon maaf jika sepanjang anda berada di sini kami ada mengguris hati. Saya harap ini bukan pengakhirannya. Jika ada rezeki, nak buka lagi,” katanya. Elfira memulakan perniagaan kafe berkenaan Alam Damai, Cheras pada 2015.
Gempar gambar Elfira Loy di Instagramnya timbul salah faham warganet baru baru ini. Akhirnya terjawab persoalan warganet itu.
Pelakon Elfira Loy berkongsi sekeping foto hitam putih menunjukkan dirinya yang sedang tersenyum. Foto itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya. “Senyuman itu sekarang menjadi ‘limited edition’,” tulisnya di ruangan kapsyen. Seterusnya, kapsyen dan foto hitam putih itu menjadi tanda tanya di kalangan pengikut Elfira. Meninjau ruangan komen, ada antara wargamaya yang risau dan terkejut melihat posting tersebut.
Malah, ada juga yang menasihati Elfira untuk sentiasa kuat ketika berhadapan dengan ujian Allah SWT. “Terkejut bila tengok post macam ni. “Sentiasalah senyum walaupun ujian dan dugaan datang kerana Allah SWT hendak menguji hamba-hamba-Nya. “Terkejut bila tengok post macam ni, teruskan senyum Kak El,” tulis beberapa wargamaya. Walaubagaimanapun, Elfira memilih untuk berdiam diri tanpa membalas komen-komen tersebut.
Sekadar info, Elfira mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Ryan Khalaf pada 1 Oktober 2019. Sama seperti pelakon genit Elfira Loy yang turut berkongsi kisah terbaik sepanjang tahun 2019. Kata Elfira, dia bersyukur dilimpahkan kebahagiaan dalam kehidupan terutama tahun ini yang memberikan dua gelaran berbeza dalam hidupnya; isteri dan ibu.
“Mulanya tahun ini dengan berkahwin, kemudian berbulan madu ke Makkah bersama suami. “Selepas itu kejutkan dia dengan ujian kehamilan. Beranakkan anak saya dan sudah tentulah selfie! “Alhamdulillah syukur untuk kehidupan dan kebahagiaan yang Allah berrikan. Semoga diberkati dan dilindungi selalu,” tulis Elfira. Tambahnya, dia punyai pelbagai perancangan menarik pada tahun 2020 dan teruja untuk berkongsikan pelbagai khabar gembira buat peminatnya.
“Saya ada beberapa projek untuk dikongsikan kepada anda semua dan saya sudah tidak sabar lagi! “Tapi anda sudah tengok saya dari kecil, rasa-rasa apa misi saya untuk tahun hadapan?” soalnya semula. Elfira dalam pada itu berkongsi foto ‘best nine’ yang mendapat jumlah likes paling banyak sepanjang tahun 2019. Elfira dan suami, Khairol Faris Anuar telah berkahwin pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober lalu, Muhamad Rayyan Khalaf. – Gempak
Membeli sambil beramal dengan Elfira Loy
PELAKON, Elfira Loy mengajak orang ramai membantu keluarga dan individu yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dengan membeli sambil beramal menerusi pembelian tudung terbaharu keluarannya, The Maharani Series.
Elfira berkata, inisiatif itu dibuat selepas jenama tudung dari Indonesia, Buttonscarves yang juga rakan kerjasamanya turut melakukan perkara sama di sana. “Pada mulanya saya dapat tahu pihak mereka sudah menyalurkan bantuan di Indonesia termasuk mengagihkan topeng muka selain sumbangan lain. Kini ia dipanjangkan di Malaysia pula. Apatah lagi kita pun negara serumpun.
“Apabila pihak mereka membuat keputusan itu saya melihat ia satu langkah baik dan sangat bertepatan dengan situasi semasa. “Saya percaya setiap daripada kita boleh memainkan peranan dan menyumbang dengan pelbagai cara,” katanya yang juga ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf yang baru berusia enam bulan.
Koleksi yang dilancarkan hari ini serentak di Indonesia dan Malaysia itu menyaksikan Elfira menjadi artis tempatan pertama disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular yang berpangkalan di negara seberang itu. Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus tanpa diduga selain mengakui dia juga peminat kepada jenama tudung itu.
“Ia bermula dengan mesej peribadi (DM) di Instagram dan berlanjutan ke aplikasi WhatsApp. Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung. “Sejujurnya, sejak beberapa tahun lalu saya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau pergi ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama mereka kerana materialnya cukup selesa dan kemas.
“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani,” katanya.
Hidup kami terasa lengkap – Elfira Loy
PELAKON, Elfira Loy berkongsi wajah anak lelakinya, Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris, di Instagram yang dilahirkan secara normal semalam di sebuah hospital di Seri Kembangan, Selangor. Elfira menerusi aplikasi media sosial itu berkata, dia berterima kasih kepada semua yang mendoakan dia dan anaknya.
“Semalam, tidur bagai dibuai mimpi. Teringat kembali setiap minit dan rasa sakit yang saya lalui ketika berada di bilik bersalin. Ya Allah, macam tak percaya. “Lahir semalam pada jam 5.40 petang seberat 3.68 kilogram. Alhamdulillah, kami bersyukur dikurniakan anak lelaki yang sihat.
“Hidup kami terasa lengkap dan hati penuh dengan rasa cinta tidak bersyarat. Sayang kamu, anakku,” tulisnya. Gambar yang dimuat naik hari ini menerima lebih 200,000 tanda suka serta dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan pengikutnya di laman sosial itu. Elfira dan Faris berkahwin pada 1 Januari lalu di Cyberview Resort, Cyberjaya.
Kredit -
Post a Comment